PERISTIWA TAHUN KESEPULUH HIJRAH
- Sariyah Khalid bin al-Walid r.a. (Rabi'ul Awal) ~ Sariyah menuju ke Banu Abdul Madan di Yaman untuk menyeru kepada Islam.Mereka berduyun-duyun memeluk Islam. Khalid r.a. menetap di sana untuk mengajarkan agama Islam kepada mereka.
- Kematian Ibrahim ibnu Nabi s.a.w. (Rabi'ul Awal)
- Rasulullah s.a.w. mengutuskan Muaz bin Jabal dan Abu Musa al-'Asya'ari r.a. ke Yaman untuk menyeru dan mengajar hukum hakam Islam (Jamadil Awal).
- Sariyah Ali bin Abi Talib karramallu wajhah (Ramadhan) ~ menuju ke Banu Muzhij untuk menyeru kepada Islam.
- Haji Wada' (Zulhijjah) ~ Berita keinginan Rasulullah s.a.w. untuk menunaikan haji tersebar ke seluruh tanah Arab. Penduduk Islam berkumpul di Madinah untuk bersama dengan Nabi s.a.w. menunaikan haji. Nabi s.a.w. bertolak ke Mekah pada 25 Zulkaedah bersama 90,000 (khilaf, 114,000) muslimin menyertai baginda. Tiba di Mekah pada 4 Zulhijjah. Bertolak ke Mina pada 8 Zulhijjah dan menyampaikan khutbah di Arafah pada 9 Zulhijjah.
- Pengutusan Khalid bin al-Walid r.a. ke Najran untuk menyampaikan Islam kepada Banu al-Harith bin Ka'ab.
- Kedatangan delegasi demi delegasi bertemu dengan Nabi s.a.w. untuk berdamai atau memeluk Islam. Antaranya ialah delegasi Najran, Dhimam bin Tha'labah, Banu Hanifah, Tayyi', Kindah, Azdi Syunu'ah, utusan Raja Himyar, Hamdan, Tujib, Tha'labah dan 30 rombongan lain.
- 3 orang Nabi palsu ~ Tulaihah, Musailamah al-Kazzab dan Aswad bin al-Ansi.
PERISTIWA TAHUN KESEBELAS HIJRAH
- Sariyah Usamah bin Zaid r.a. ke Balqa' (Safar) ~ sekembalinya Baginda s.a.w. dari Mekah, Nabi s.a.w. menyuruh kaum muslimin bersiap sedia untuk menyerang Rom dan menyebarkan Islam di sana. (Namun sariyah dibatalkan setelah mendapat berita kewafatan baginda s.a.w.)
- Nabi s.a.w. mula gering.
- Abu Bakar r.a. mengimami solat subuh hari Isnin 13 Rabi'ul Awal.
- Kewafatan Nabi s.a.w. pada hari Isnin, 13 Rabi'ul Awal tahun ke-11 Hijrah (8 Jun 633M). ketika berusia 63 tahun 3 hari (Qamariah), bersamaan 61 tahun 84 hari (Syamsiah).
- Dimakamkan di tempat baginda s.a.w. wafat, iaitu di dalam bilik Aisyah r.a.
0 comments:
Post a Comment