CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 24, 2011

(xiii) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-9 Hijrah

PERISTIWA TAHUN KESEMBILAN HIJRAH



  • Sariyah Uyainah bin Hisni r.a. (Muharram) ~ Rasulullah s.a.w. mengutus Basyar bin Sufyan r.a. kepada Banu Ka'ab untuk memungut zakat. Banu Tamim melarang mereka, lalu Rasulullah s.a.w. mengutus Uyainah bin Hisni r.a. bersama 50 pasukan berkuda untuk memerangi mereka. Berjaya menangkap 11 lelaki, 11 perempuan dan 30 kanak-kanak.

  • Sariyah Qutbah bin 'Amir r.a. (Safar) ~ Sariyah bersama 20 lelaki ke Hayy min Khath'am.

  • Sariyah Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah (Rabi'ul Awal) ~ Keluar bersama 100 muslimin dan 50 ekor kuda. Bertujuan untuk menghancurkan berhala al-Fulus (berhala Tayyi'). Diperangi oleh para penyembahnya lalu menyerang mereka. Namun tentera muslimin berjaya menawan para kuffar.

  • Sariyah ad-Dhahak bin Sufyan r.a. (Rabi'ul Awal) ~ Sariyah meneuju ke Banu Kilab untuk menyeru kepada Islam. Mereka enggan lalu diserang oleh tentera Muslimin.

  • Sariyah 'Alqamah bin Mujazziz r.a. (Rabi'ul Akhir) ~ Sariyah bersama 300 tentera menuju ke penduduk Habsyah di Juddah. Musuh melarikan diri, tidak berlaku pertempuran.


  • Ghazwah Tabuk (Rejab) ~ Berpunca dari berkumpulnya orang-orang Rom bersama orang Arab Nasrani dari qabilah Lukhman, Judh'am untuk menyerang kaum Muslimin. Tentera Rom seramai 40,000 orang sementara Muslimin seramai 30,000 orang. Berlaku pada bulan Rejab, musim panas yang bersangatan dan musim menuai buah-buahan (Tamar) di Madinah. Munafiqin menghasut agar muslimin tidak keluar berjihad. Para sahabat menginfaq harta untuk peperangan: Uthman bin Affan r.a. menginfaq 10,000 dinar, 300 unta dan 50 kuda lengkap dengan alat menunggang. Abu Bakar as-Siddiq r.a. menginfaq seluruh hartanya berjumlah 4,000 dirham. Umar al-Khattab r.a. menginfaq separuh hartanya. Abdul Rahman bin 'Auf r.a. menginfaq 100 Uqiyah dan 'Asim bin 'Adi r.a. menginfaq 70 Ausuq tamar. Kesusahan sepanjang perjalanan yang jauh. Mukjizat Nabi s.a.w.; keberkatan diperbanyakkan bekalan makanan walaupun bekalan hampir kehabisan. Sampia di Tabuk tidak berlaku peperangan disebabkan musuh berpecah dan melarikan diri. Kedatangan Yuhannah bin Ru'bah, pembesar negeri Ailah kepada Nabi s.a.w. meminta perdamaian. Nabi s.a.w. menerima dengan syarat jizyah dibayar. Seterusnya diikuti dengan kedatangan penduduk Azrah dan Jarba' meminta perdamaian dan syarat pembayaran jizyah. Nabi s.a.w. tiba di Madinah dari medan Tabuk pada bulan Ramadhan setelah 2 bulan keluar.

  • Wafatnya Najasyi, raja Habsyah (Rejab) ~ Nabi s.a.w. melakukan solat Gha'ib di Madinah.

  • Kewafatan Ummu Kalthum binti Rasulillah s.a.w, isteri Uthman bin Affan r.a. (Sya'ban).

  • Masjid Dirar ~ Pembinaan masjid berhampiran Masjid Quba'. Bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada utusan dan sebagai tempat mengintip bagi Abu Amir ar-Rahib. Dibina sebelum Ghazwah Tabuk dan dirobohkan dalam perjalanan pulang tentera Tabuk ke Madinah.

  • 3 sahabat yang tidak pergi ke medan Tabuk dipulaukan selama 50 hari dengan penerimaan taubat mereka oleh Allah s.w.t. Kisah mereka dinukilkan dalam al-Quran.

  • Rombongan suku Thaqif (Ramadhan) ~ 6 orang ternama dari suku Thaqif datang untuk memeluk Islam dan belajar ilmu agama, Quran dan cara solat. Penghantaran al-Mughirah bin Shu'bah, Abu Sufyan bin Harb diketuai oleh Khalid bin al-Walid r.a. untuk menghancurkan berhala al-Laata di Taif. Keislaman penduduk Taif.

  • Ibadat haji Abu Bakar as-Siddiq r.a. (Zulkaedah) ~ Haji ini dipimpin oleh Abu Bakar as-Siddiq r.a. bersama Ali bin Abi Talib beserta 300 orang muslimin dengan membawa 20 binatang korban dari Rasulullah s.a.w. Bertujuan untuk membersihkan amalan jahiliyah di sekeliling kaabah. Kaum Musyrikin dilarang mengerjakan haji selepas tahun tersebut dan tidak diizinkan tawaf berbogel. Mereka diberi tempoh 4 bulan untuk memeluk Islam sebelum diperangi.

  • Tahun kesembilan hijrah menyaksikan negara-negara seperti Yaman, Mahra, Bahrain dan Yamamah sudah menerima Islam.

*Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.

* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.


* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~ Rujukan dari pelbagai kitab Ulama' Sirah.



0 comments: