PERISTIWA TAHUN KEDUA HIJRAH
- Ghazwah Waddan (Safar) ~ Nabi s.a.w. keluar bersama 70 sahabat untuk menyekat kafilah Quraisy seramai 100 orang bersama Umayyah bin Khalaf dan 1,500 unta. Tidak berlaku pertempuran.
- Zil-'Ushairah (15 Jamadil Awwal) ~ Nabi s.a.w. keluar bersama 150 Muhajirin untuk menyekat rombongan Abu Sufyan bin Harb beserta 20 orang lelaki. Musuh terlepas.
- Ghazwah Badar al-Ula (22 Jamadil Akhir) ~ Bertujuan menjejaki da mengejar Kuraz bin Jabir al-Qahri yang datang menyerang hendap Madinah. Khuraz terlepas.
- Sariyah Abdullah bin Jahsy r.a. (Rejab) ~ Sariyah bersama 12 orang lelaki. Berlaku pembunuhan pertama oleh umat Islam pada bulan yang diharamkan perang dengan terbunuhnya 'Amru bin al-Hadrami.
- Pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah (15 Sya'ban).
- Kefardhuan puasa. Kewajipan pada bulan Sya'ban untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan.
- Kewaajipan zakat fitrah dan zakat harta.
- Ghazwah Badar al-Kubra (17 Ramadhan) ~ Nabi s.a.w. keluar bersama 313 muslimin (majoritinya kaum Ansar beserta 2 tentera berkuda dan 70 unta) untuk menyekat kafilah Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb yang pulang dari Syam. Kafilah mereka terlepas dari sekatan, namun Abu Jahal tetap berkeras untuk berperang. Tentera musyrikin Quraisy seramai 950 orang, 100 tentera berkuda dan 700 unta. Kemenangan di pihak muslimin dengan 70 musyrikin terbunuh dan 70 orang ditawan. Beberapa orang pembesar Quraisy terbunuh termasuk Abu Jahal bin Husham.
- Tahun ke-2 hijrah juga menyaksikan kewafatan puteri Rasulullah s.a.w., Ruqayyah r.a. isteri Uthman bin 'Affan r.a. (26 Ramadhan).
- Ghazwah Banu Qauniqa' (Rabi'ul Akhir. Pendapat yang kuat pada Syawal tahun ke-2 H) ~ Tercetus disebabkan peristiwa seorang pemuda muslim dibunuh kerana membunuh seorang tukang emas Qainuqa' yang cuba mempermainkan seorang wanita Ansar terdedah auratnya di pasar Banu Qainuqa'. Nabi s.a.w. mengepung orang-orang yahudi Banu Qainuqa' selama 15 malam berturut-turut di tempat mereka. Yahudi Banu Qainuqa' diusir keluar dari Madinah.
- Ghazwah al-Sawiq (5 Zulhijjah) ~ Abu Sufyan bernazar tidak akan membasuh kepala shinggalah dapat membalas dendam terhadap kaum Muslimin atas kekalahan di Badar. Keluar bersama 200 musyrikin dan berhasil membunuh 2 orang Ansar. Tentera musyrikin terlepas dari dikejar tentera Muslimin.
- Solat hari raya yang pertama.
- Perkahwinan Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah dengan Fatimah binti Rasulillah s.a.w. (20 Syawal).
* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Sariyah: Expedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mstapha da Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.
0 comments:
Post a Comment