PERISTIWA TAHUN PERTAMA HIJRAH
Suasana di Madinah:
- 3 kelompok besar Yahudi:
- Yahudi Banu Qainuqa'~ ketika itu terdapat sekitar 700 lelaki dewasa.
- Yahudi Banu Quraizah~ 700-900 lelaki dewasa.
- Yahudi Banu Nadhir~ sekitar 700 lelaki dewasa.
- Aus dan Khazraj:
- Aus tinggal di kawasan yang subur, berjiran dengan Yahudi Banu Nadhir dan Yahudi Banu Quraizah.
- Khazraj tinggal di kawasan kurang subur dan berjiran dengan Yahudi Banu Qainuqa'.
- Aus dan Khazraj sering berperang. Peperangan yang pertama ialah peperangan Samir dan peperangan terakhir adalah peperangan Buwat (5 tahun sebelum hijrah~ dimenangi oleh Aus. Manakala Khazraj telah bersekutu dengan Yahudi Banu Qainuqa').
- Masyarakat pada masa tersebut menyembah berhala Manat kerana mengikut apa yang diamalkan di Mekah. Berhala Uzza disembah di Mekah dan berhala Laata disembah di Taif.
- Tanah yang subur di Madinah digunakan untuk menanam anggur dan kurma.
- Penukaran nama Yathrib kepada Madinah.
Pembinaan Masjid an-Nabawi:
- Dibina di atas tanah yang dibeli kepunyaan 2 orang anak yatim.
- Asalnya ialah tempat pengeringan tamar dan terdapat perkuburan lama.
- Bermulanya seruan azan dalam Islam yang dilaungkan oleh Bilal binRabah r.a.
Penggubalan Piagam Madinah:
- Perlembagaan bertulis pertama dalam Islam yang digubal antara orang Islam (Ansar dan Muhajirin) dengan Yahudi Madinah.
- Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.
Peristiwa lain:
- Ketibaan keluarga Nabi s.a.w. dan saki baki kaum Muslimin ke Madinah (Rabi'ul Akhir).
- Nabi s.a.w. mengutuskan Zaid bin Harithah dan Abu Rafi' r.a. ke Mekah untuk mengambil saki baki kaum Muslimin yang masih belum tiba. Abdullah bin Uraigit sebagai penunjuk jalan.
- Keizinan berperang melalui turunnya Surah al-Hajj (Rejab).
- Sariyah Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. (Ramadhan) ~ juga dinamakan Sariyah Saiful Bahr. Disertai 30 orang muslimin. Bertujuan untuk menyekat kafilah perniagaan Quraisy seramai 300 orang musyrikin bersama Abu Jahal. Pertempuran dihalang oleh Majdi bin Amru.
- Sariyah Ubaidah bin Harithah r.a. (7 Syawal) ~ juga dinamakan Sariyah Rabigh. Disertai 60 orang Muhajirin. Berlaku panah-memanah dan berakhir dengan larinya golongan musyrikin.
- Sariyah Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. (Zulkaedah) ~ juga dinamakan Sariyah al-Kharar. Disertai 20 orang muslimin. Bertujuan untuk menyekat kafilah Quraisy. Kafilah berlalu dan tidak berlaku pertempuran.
* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi s.a.w. Terdiri daripada kumpulan tentera seramai antara 90-100 orang.
* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi~ Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.
0 comments:
Post a Comment