PERISTIWA TAHUN KEEMPAT HIJRAH
- Sariyah Abu Salamah bin Abd al-Asad r.a. ~ Pakatan Tulaihah dan Salamah bin Khuwailid al-Asadi ingin menyerang Nabi s.a.w., Abu Salamah bin Abd al-Asad r.a. dihantar untuk mengetuai 150 muslimin. Tiba di Qatanan, berlaku pertempuran dan musuh melarikan diri.
- Sariyah Abdullah bin Unais al-Juhani r.a. ~Sufyan bin Khalid bin Nubaih al-Huzali ingin menyerang Rasulullah s.a.w., Abdullah bin Unais al-Juhani r.a. dihantar oleh Nabi s.a.w. dan berjaya membunuh Sufyan dalam pertempuran tersebut.
- Sariyah Amru bin Umayyah al-Dhamiri r.a. (7 Safar)
- Yaum al-Raji' (Safar) ~ Rombongan qabilah 'Adhal dan al-Qarah tiba menemui Rasulullah s.a.w. meminta beberapa tokoh pendakwah untuk menyampaikan Islam di tempat mereka. 7 orang sahabat dihantar.
- Tradegi Telaga Ma'unah (Safar) ~ 70 orang tokoh pendakwah dihantar kepada penduduk Najd diketuai oleh al-Munzir bin Amru r.a. Perjalanan tiba di Telaga Ma'unah dan diserang oleh Qabilah Salim 'Usiyyah Ra'al dan Zakwan atas permintaan 'Amir bin al-Taufal. Semua Muslimin terbunuh.
- Ghazwah Banu Nadhir (Rabi'ul Awal) ~ Tercetus berikutan perancangan khianat Yahudi Banu Nadhir setelah baginda s.a.w. meminta diyah pembunuhan 2 orang Banu Amir oleh 'Amru bin Umayyah al-Dhamiri r.a. daripada Banu Nadhir. Rasululah s.a.w. mengutus Muhammad bin Maslamah r.a. supaya mengarahkan Banu Nadhir keluar dari Madinah. Yahudi Banu Nadhir dikepung selama 6 malam dan dihalau dari Madinah serta harta mereka dirampas.
- Ghazwah Badar al-Ahkirah (Sya'ban) ~ Tercetus hasil dari perjanjian Abu Sufyan dengan Nabi s.a.w. untuk berperang sekali lagi dalam Badar selepas Ghazwah Uhud. Seramai 1,500 tentera Muslimin keluar bersama Rasulullah s.a.w. dan musuh seramai 2,000 orang. Nabi s.a.w. dan para sahabat bertahan di Badar selama 8 malam menungggu kedatangan tentera musuh. Abu Sufyan memutuskan untuk berundur dan tidak tercetus sebarang pertempuran.
- Kelahiran Hussin bin Ali karramallahu wajhah (Ramadhan).
- Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Ummu Salamah r.a. (Syawal).
- Penurunan Surah al-Hasyr (Zulkaedah).
- Kewafatan Ummul Mukminin Zainab binti Khuzaimah r.a.
* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.
0 comments:
Post a Comment