PERISTIWA TAHUN KETUJUH HIJRAH
- Ghazwah Khaibar (Muharram) ~ Khaibar merupakan kota berbenteng besar dengan ladang-ladang yang luas. Sejumlah 1,400 orang pejuang bersama Nabi s.a.w. dan hanya yang terlibat dengan Perjanjian Hudaibiyyah sahaja dibenarkan untuk menyertai ekspedisi ini. Serangan dilancarkan pada waktu pagi. Yahudi berlindung di kubu-kubu pertahanan mereka. Semua kubu akhirnya berjaya ditawan oleh pejuang Muslimin kecuali Kubu al-Watih dan as-Sulalim. 15 orang Muslimin syahid manakala 93 orang Yahudi terbunuh. Permintaan damai daripada Yahudi yang berlindung di 2 kubu terkahir mereka agar tidak dibunuh dan tidak diusir, malah meminta untuk terus mengusahakan tanaman mereka dan berjanji untuk memberikan separuh daripada hasilnya kepada pihak Muslimin. Rasulullah s.a.w. bersetuju.
- Zainab binti al-Harithah memberikan hidangan kambing beracun kepada Nabi s.a.w. tetapi sempat diluahkan kembali oleh Baginda. Namun Bisyr bin al-Barra' r.a. meninggal kerana memakan daging beracun tersebut.
- Rasulullah s.a.w. mengahwini Safiyah binti Huyai bin Akhtab r.a. yang ditawan semasa Khaibar.
- Pembukaan Fadak ~ Selepas kemenangan di Khaibar, Nabi s.a.w. mengutuskan seseorang untuk menyeru penduduk Khaibar kepada Islam.
- Pembukaan Wadi Qura ~ Berpunca dari keengganan Yahudi Wadi Qura menyahut seruan Islam dan ingin memerangi Muslimin. Ketika pertempuran, 11 lelaki terbunuh dan para Muslimin mendapat harta rampasan yang banyak. Mereka disuruh mengerjakan tanaman dan dilakukan seperti mana tanah di Khaibar.
- Perjanjian Taima' ~ Perjanjian antara Yahudi Taima' dengan Nabi s.a.w. Mereka bersetuju untuk membayar jizyah selepas mendengar kekalahan Yahudi Khaibar.
- Khalid bin al-Walid al-Makhzumi r.a. memeluk Islam.
- Ghazwah Zat al-Riqa' (Jamadil Awal; khilaf tahun ke-4 atau ke-7) ~ Qabilah Muharib dan Banu Tha'labah dari Najd berpakat menyerang Nabi s.a.w. Baginda keluar bersama 700 sahabat (khilaf 400 sahabat) sementara Uthman bin Affan r.a. mengetuai Madinah. Angkatan Rasulullah s.a.w. menuju ke Najd dan bertembung di Nakhlah namun tidak tercetus pertempuran.
- Solat Khauf disyariatkan.
- Sariyah yang bertujuan untuk menyampaikan dakwah dan memerangi orang yang enggan:
- Sariyah Umar bin al-Khattab r.a. (Sya'ban): kepada Kabilah Hawazun di Turbah.
- Sariyah Basyir bin Sa'ad al-Ansari r.a. (Sya'ban): Banu Murroh.
- Sariyah Ghalib bin Abdullah al-Laithi r.a. (Ramadhan): penduduk al-Maifa'ah.
- Sariyah Abdullah bin Rawahah r.a. (Syawal): kepada Usair bin Rizam.
- Sariyah Ibnu Abi al-Auja' r.a. (Zulhijjah): kepada Banu Sulaim.
- Umrah al-Qada' (Zulhijjah) ~ 2,000 orang Muslimin ikut serta dengan membawa binatang korban (60 unta) bersama senjata. Mereka berada di Mekah selama 3 hari namun musyrikin Qurasy meminta baginda s.a.w. beredar dari Kota Mekah. Nabi s.a.w. lalu meminta para sahabat menyegerakan umrah untuk beredar pulang.
- Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Maimunah binti al-Harith r.a. (isteri terakhir yang dikahwini Nabi s.a.w.).
- Pengharaman nikah Mut'ah.
- Pengharaman memakan daging himar.
* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oelh Rasulullah s.a.w.
* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~ Rujukan dari pelbagai kitab Ulama' Sirah.
0 comments:
Post a Comment