CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 5, 2011

Insya Allah ~ Maher Zain ~ Luahan Hati Seorang Hamba

Meneliti setiap bait kata dalam lagu-lagu dari album 'Thank You Allah' oleh Maher Zain, seolah-olah terpancar keikhlasan beliau menceritakan betapa berharganya anugerah 'Hidayah' selepas beliau menemui jalan pulang...

Kisah hitam beliau turut dikongsi bersama.. bagaimana solat sering ditinggalkan, surah al-fatihah tiada dalam ingatan, pengunjung tetap pusat hiburan dan beberapa perbuatan yang tidak perlu saya sebutkan. Sejarahnya dikongsikan buat pengajaran kepada kita, betapa beliau sangat-sangat menghargai 'jaln pulang' ini...

Jiwanya kekosongan. Hampir keseluruhan hidupnya mengikut cara barat, Islam cuma hanya pada nama. Namun apabila hadirnya hembusan hidayah Allah, beliau menggapai dan menggenggam seerat mungkin. Cuba sedaya upaya untuk berada dalam lingkungan sahabat yang baik untuk saling ingat mengingati. Terus mencuba untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, menghasilkan sesuatu untuk menyedarkan ummah melalui bait-bait nasihat dalam karyanya, dan terus melangkah mensyukuri nikmat terbesar yang dianugerahkan ~ Hidayah! Moga beliau terus tetap di atas jalan ini... Ameen.




Nyata, Allah s.w.t Terlalu Pengasih... Sering dilorongkan jalan-jalan kembali buat kita. Tanya pada hati, adakah kita menerima dan berusaha untuk mencari 'jalan pulang', atau menolak sinaran cahaya tersebut? Pintu Hidayah dan TaufikNya sentiasa terbuka luas buat hambanya... Renungi alam, ambil iktibar atas apa yang pernah dilalui oleh orang-orang lain, usaha untuk memulakan langkah memilih ke arah 'lorong' yang telah Allah bentangkan di hadapan kita... dan melangkahlah dengan penuh keyakinan... kerana Allah sentiasa bersama kita!

Maher Zain ~ Insya Allah versi Bahasa Melayu ~

0 comments: