PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN HINGGA DIANGKAT MENJADI RASUL
- Dipelihara oleh datuknya 'Abdul Mutalib setelah lahir.
- Disusukan oleh Suwaibah, hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa'ad bin Bakr.
- Mendatangkan keberkatan kepada kampung Banu Sa'a'd apabila berada di sana.
- Selepas 2 tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah as-Sa'adiyah memujuk bonda Nabi s.a.w. untuk terus memelihara baginda s.a.w.
- Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa'ad.
- Peristiwa dibedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke bawah jagaan ibunya (umur 5 tahun).
- Wafatnya Aminah bonda Nabi s.a.w. di Abwa' (umur 6 tahun).
- Dipelihara pula oleh datuknya 'Abdul Mutalib.
- Dipelihara oleh Abu Thalib selepas kematian 'Abdul Mutalib (umur 8 tahun).
- Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Thalib, bertemu dengan paderi Buhaira (umur 12 tahun).
- Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.
- Berlaku Harbu al-Fijar (umur 20 tahun).
- Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid r.a. (umur 25 tahun).
- Khadijah r.a. menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda s.a.w. melalui Nafisah binti Manbah.
- Perkahwinan dengan Khadijah r.a. semasa baginda s.a.w. berumur 25 tahun manakala Khadijah r.a. berumur 40 tahun.
- Kelahiran Qasim r.a. ketika Rasulullah s.a.w. berumur 28 tahun.
- Kelahiran Zainab r.a.
- Wafatnya Qasim r.a. semasa berumur 2 tahun.
- Penyertaan Rasulullah s.a.w. dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah (umur 35 tahun).
- Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajaratul Aswad.
- Terkenal dengan panggilan al-Amin.
- Mula gemar berkhalwat di Gua Hira' (umur 40 tahun).
* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi~ Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.
0 comments:
Post a Comment