Jika hanya mulut yang melafazkan cinta, namun hati, minda dan perbuatan menyatakan sebaliknya, maka layakkah ini dikatakan benar-benar cinta? Jika cinta belum benar-benar bersemi, layakkah diri menerima syafaat baginda s.a.w., manusia mulia Kekasih Allah?
Allahu Akbar! Jauhnya diri ini dari mengenali sirah Junjungan Mulia... kisah kasih sayang, perjuangan, kepimpinan, kehambaan dan keseluruhan hidup Rasul mulia ini masih belum diteliti sepenuhya... Lantas, bisakah diri mengatakan cinta? 'Tak kenal maka tak cinta'...
Mari bersama saya... kita susuri sirah kehidupan Rasul Junjungan agar bertambah rasa cinta dan kasih kepada Baginda, manusia yang dimuliakan Allah sebagai KekasihNya... Jika Allah s.w.t. mengangkat Muhammad bin Abdullah sebagai 'kekasihNya', siapa baginda di hati kita?
Saya ringkaskan tulisan Dr Ahmad Muhaimain Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi. Rujukan tulisan tersebut adalah dari beberapa kitab ulama' ulung seperti Syeikh Muhammad al-Khadri Bik, Syeikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri, Ibnu Hisyam, Muhammad Ramadhan al-Buti, Muhammad Husain Haekal, Dr Rusdi Badrawi, Abu Hassan Ali al-Hasani an-Nadawi, dan Syeikh Imam Muhammad bin Abi Bakr bin Abdul Qadir ar-Razi. Moga dikreditkan aliran pahala buat mereka semuanya atas perkongsian ilmu ini...
BIOGRAFI RASULULLAH S.A.W.
Nama: Muhammad s.a.w. bin Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.
Bapa: Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab.
Ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab.
Tarikh lahir: Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyur). Pendapat yang rajih pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.
Status: Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.
Isteri-isteri:
1. Khadijah binti Khuwailid r.a.
2. Saudah binti Zam'ah r.a.
3. 'Aisyah binti Abu Bakar r.a.
4. Hafsah binti Umar r.a.
5. Zainab binti Khuzaimah r.a.
6. Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah r.a.
7. Zainab binti Jahsyi r.a.
8. Juwairiyah binti Harith r.a.
9. Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan r.a.
10. Syahiyyah binti Huyai bin Akhtab r.a. (Banu Nadir keturunan Nabi Harun).
11. Maimunah binti Harith r.a.
Usrati Jannati
-
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Bahagiakan kami sekeluarga dengan kebahagiaan dari Mu yang tidak pernah
putus...
Bantulah kami un...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment