Dalam siri terakhir ini, ingin saya kongsikan detik-detik bersejarah penaklukan kembali Baitul Maqdis ke tangan tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin Al-Ayubi pada 27 Rejab 583 H bersamaan 15 Oktober 1187 M.
- Kekalahan tentera salib di Hittin pada 4 Julai 1187 (ringkasan pada siri viii) menyaksikan 30,000 tentera mereka terkorban (tentera Islam yang syahid cuma 5,000 orang) dan 30,000 tentera salib yang lain menjadi tawanan perang.
- Dengan rasa marah, kecewa dan malu, pimpinan tertinggi tentera salib yang berpusat di Jerusalem (Baitul Maqdis) meminta bantuan tambahan dari Eropah.
- Ketika Sultan Salahuddin dan 80,000 orang tentera Islam mengepung Kota Jerusalem buat pertama kalinya, mereka masih belum berjaya menembusi pertahanan tentera salib.
- Salahuddin Ayubi menjalankan risikan dan menyusun strategi. Baginda menawan sebuah gereja yang bersambung dengan bahagian dalam benteng Kota Jerusalem di sebelah utara.
- Apabila ramai tentera salib yang berkumpul untuk menyelamatkan bahagian utara benteng tersebut, Sultan Salahuddin mengarahkan serangan dilakukan di sebelah barat.
- Tentera Islam menggali parit untuk menyusup masuk ke dalam benteng pertahanan mereka.
- Lapisan pertama benteng berjaya ditembusi. Usaha diteruskan dengan panah-panah berapi dan terusan parit. Akhirnya ketiga-tiga benteng berjaya ditembusi dan tentera Islam merempuh masuk dan menawan Kota Jerusalem sepenuhnya.
- 'Bendera putih' dikibarkan oleh tentera salib yang ketakutan.
- Utusan dihantar kepada Sultan Salahuddin untuk perdamaian. Lantas dijawab oleh baginda: "80 tahun yang lampau ketika tentera salib mengepung Kota Jerusalem ini, tentera Islam dan orang awam bertahan di kota ini. Tentera kamu merampas Jerusalem dengan kekerasan dan membunuh semua tentera Islam yang menyerah. Wanita kami diperkosa, anak-anak kami dilambung dan ditadah dengan tombak/ pedang sehingga berkecai tubuh mereka.." Baginda mengesat air mata kesayuan.
- Walaupun diambang kemenangan, Sultan Salahuddin menolak sebarang kekejaman dan kekerasan. "Kita berperang untuk mencari redha Allah, mereka berperang bagi mencari kemegahan" ~Salahuddin Ayubi.
- Antara matlamat penaklukan Baitul Maqdis adalah untuk menyerahkan kembali Masjidil Aqsa kepada umat Islam.
- Wang tebusan tahanan hanya sebanyak 10 dirham (lelaki), 5 dirham (wanita) dan 1 dirham (kanak-kanak). Mereka keluar secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah. Subhanallah.. inilah Islam, agamaku.. agama pendamaian, keselamatan dan kesejahteraan...
- Perjanjian damai dilakukan pada hari Jumaat, 27 Rejab 583 H. (tarikh Isra' dan Mi'raj).
- Maka melangkahlah tentera Islam dan Sultan Salahuddin dengan gagahnya ke Baitul Maqdis... secara rasminya telah ditawan kembali oleh Islam pada 27 Rejab 583 H...
- Selepas lebih 80 tahun, berkumandanglah azan pertama di Masjidil Aqsa pada hari jumaat tersebut. Allahu Akbar!
0 comments:
Post a Comment