CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 7, 2011

(vi) Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan Perjuangan Membebaskan Baitul Maqdis



Setelah lebih 80 tahun penguasaan tentera salib ke atas Baitul Maqdis (Jerusalem), umat Islam tidak dibenarkan untuk bersolat di Masjidil Aqsa. Semangat jihad yang tinggi di jiwa Sultan Salahuddin Al-Ayubi untuk menawan kembali Baitul Maqdis yang pernah dikuasai Islam suatu ketika dahulu..

  • Selepas menguasai Kota Baniyas, Sultan Salahuddin memimpin angkatan tentera Islam untuk menawan Kota Kark, Tabriyah, Jaffa, Sirda, Majdal dan Asqalan. Kawasan sekitar Baitul Maqdis ditawan terlebih dahulu sebelum menawan Baitul Maqdis.

  • Kaedah perang ini digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika ingin menawan kembali Kota Mekah (Fathul Mekah). Baginda tidak terus menguasai Mekah, tetapi menguasai kawasan sekitarnya terlebih dahulu.

  • Pernah Birnis (ketua panglima tentera salib) memimpin 10,000 tentera salib untuk menawan kembali kota Baniyas dari tentera Islam, namun berjaya dipatahkan oleh tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin.


  • Kerana kebingungan dan 'kecut perut' dengan kehebatan tentera Salahuddin Al-Ayubi yang menang dalam setiap peperangan dan menguasai semakin banyak tanah jajahan mereka, Birnis datang berunding untuk melakukan genjatan senjata selama 3 tahun.

  • Kerana Islam adalah agama keamanan, Sultan Salahuddin bersetuju.


  • Dalam tempoh 3 tahun, tentera salib dan tentera Islam tidak dibenarkan untuk berperang dan menakluk tanah jajahan masing-masing.


  • Sultan Salahuddin mengambil peluang tersebut untuk menyatukan negara-negara Islam dan membina kekuatan terlebih dahulu. Jika Jerusalem dikuasai ketika itu, ada kemungkinan kuasa sebenar dari Eropah akan datang dan menawan semula Baitul Maqdis. Perlunya kekuatan Islam dibina terlebih dahulu.


  • Ketika tempoh genjatan senjata tersebut, baginda berhasrat untuk menunaikan haji dan mendalami ilmu agama dengan 3 ulama' besar zaman itu; Syeikh Abi Thahir Auf, Syiekh Attartusyi dan Syiekh Qadhi bin Fadhil.


  • Namun kaum kuffar tetap sama dari zaman Rasulullah, zaman Sultan Salahuddin hingga ke zaman kita sekarang.. Tidak pernah berpegang kepada janji! Mereka yang memohon untuk diadakan genjatan senjata, dan mereka jualah yang melanggar perjanjian tersebut!


  • Setelah mengumpul sedikit kekuatan, tentera salib cuba untuk menakluk Kota Aleppo (tanah jajahan Islam) dalam tempoh genjatan senjata tersebut.

  • Bahkan mereka merancang dan menyusun strategi untuk menakluk Mekah dan Madinah, 2 kota suci umat Islam

  • Sultan Salahuddin lantas memimpin 10,000 tentera berkuda menuju ke Hijaz dan menyekat laluan yang akan dilalui oleh 100,000 tentera salib yang ingin menyerang Mekah dan Madinah.


  • Ketika pertempuran berlaku, tentera salib mengepung dan menyerbu Sultan Salahuddin untuk membunuh baginda. Namun kerana kecekapan dan bantuan dari 1,000 orang tentera Islam yang mahir memanah, serangan mereka berjaya dipatahkan.


  • Allahu Akbar! 100,000 tentera kuffar berjaya dikalahkan oleh 10,000 tentera Islam yang bertaqwa! Tentera salib melarikan diri dari medan pertempuran kerana kekalahan.


  • Tentera Islam terus berkawal di Taimak (Hijaz) demi memastikan rancangan tentera salib untuk menakluk Mekah dan Madinah berjaya disekat sepenuhnya.


  • Kaum kuffar yang tidak berpuas hati terus menerus 'menyakiti' Islam dengan menyekat para jemaah yang bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji. Harta jemaah haji dirampas dan mereka dibunuh dengan kejam. Alangkah kejinya kaum kuffar! Mereka memulakan pengkhianatan dan terus menerus melakukan kezaliman ke atas umat Islam...



0 comments: