CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 6, 2011

(iii) Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Jiwanya Tak Pernah Gentar, Perangnya Tak Pernah Kalah!

  • Salahuddin dididik dengan ilmu agama oleh bapanya dan ilmu ketenteraan oleh bapa saudaranya, Asaduddin Syirkuwah.

  • Dalam usia 10 tahun sudah diajar bermain senjata dan mahir menggunakan pedang dan anak panah. Juga diajar cara-cara menunggang kuda. Tika menginjak remaja, diajar ilmu peperangan.

  • Ketika itu Salahuddin masih berada di Kota Aleppo, satu Kota Kerajaan Sultan Nuruddin Mahmud Zanky di sebelah Barat. Sebelah Timur diperintah oleh saudaranya, Sultan Ghazi yang beribu kota di Mousil. Mereka berdua adalah putera Sultan Imaduddin Zanky, Sultan Kerajaan Zanky.

  • Perpindahan Salahuddin ke Mesir adalah rentetan dari serangan Tentera Salib terhadap Iskandariah, Mesir.

  • Sultan Nuruddin menghantar pasukan tentera yang dipimpin oleh Salahuddin untuk membantu Kerajaan Fatimiyah (berfahaman Syiah) di Mesir untuk menghadapi serangan tentera salib.

  • Bagi menjamin keselamatan yang berterusan di Mesir, Khalifah Al-Adhid (Pemerintah Mesir) melantik Panglima Asaduddin sebagai Perdana Menteri Mesir dan Salahuddin sebagai Ketua Panglima Tentera Mesir.

  • Selepas kemangkatan Panglima Asaduddin, Salahuddin dilantik menjadi PM Mesir.

Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Salahuddin di Mesir adalah:

  • Memberi bantuan wang kepada golongan miskin dan orang-orang tua yang hidup melarat. Elaun kepada para pembesar negara dikurangkan dan digalakkan untuk berjimat cermat dalam urusan pentadbiran negara.

  • Tanah yang pernah dirampas dikembalikan semula kepada rakyat.

  • Cukai dikurangkan atau dimansuhkan terus bagi golongan miskin. Natijahnya, ekonomi kerajaan Mesir makin meningkat memandangkan cukai telah dikurangkan dan para petani semakin rajin dan gembira untuk bekerja.

  • Menggantikan sebahagian pembesar dan pegawai kerajaan yang belot (duri dalam daging yang pernah berpakat dengan tentera salib untuk menguasai Mesir) kepada muka-muka baru yang berpelajaran tinggi, setia dan bertaqwa.

  • Melakukan pembersihan dalam pentadbiran negara dengan memecat golongan syiah extrimis dan menggantikannya dengan lantikan dari kalangan Ahli Sunnah wal Jama'ah.

  • Menjadikan Iskandariah sebagai pangkalan tentera laut Islam dan membina banyak kapal-kapal perang. Panglima Syamsuddin ditugaskan untuk memimpin armada tentera laut di Iskandariah.

  • Berusaha untuk menjadikan Mesir sebagai sebuah negara yang kuat dari segi ketenteraan, senjata dan kapal-kapal perang.

  • Menguasai seluruh kawasan pantai sekitar Laut Merah.

  • Membina benteng-benteng yang kukuh bagi melindungi Kota Kaherah, Kota Fustat dan Kota Iskandariah.

Selepas kemangkatan Sultan Al-Adhid, Salahuddin dilantik menjadi Khalifah Mesir. Baginda kemudian diiktiraf oleh Pemerintah Bani Abasiyah sebagai Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Misi utama Sultan Salahuddin adalah mengusir tentera Salib dari Baitul Maqdis. Pelbagai siri serangan tentera salib ke atas negara jajahan Islam berjaya ditewaskan oleh Sultan Salahuddin dan angkatan tentera Islam. Tentera Salib akhirnya gerun dengan keperwiraan Sultan Salahuddin yang bijak mengatur strategi dan tidak pernah kalah dalam semua peperangan yang dipimpinnya!


0 comments: