CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 6, 2011

(ii) Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Jiwanya Tak Pernah Gentar, Perangnya Tak Pernah Kalah!


Info mengenai Sultan Salahuddin Al-Ayubi (543-598 H/ 1138-1193 M):
  • Nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Najmuddin Ayyub.

  • Lahir di Tikrit (Iraq) pada 543 H/ 1138 M.

  • Ayahnya bernama Najmuddin Ayyub, berbangsa Kurdis dan berasal dari Azarbajan.

  • Datuk beliau berpindah ke Baghdad membawa 2 orang anak: Najmuddin Ayyub dan Asaduddin Syirkuwah.

  • Najmuddin dilantik sebagai Gabenor di Tikrit dan Asaduddin sebagai panglima tentera.

  • Salahuddin Ayub berpindah ke Mesir dari Kota Aleppo (pintu masuk ke Damsyik dan Mesir)
  • Bertambah wara' dan zuhud semasa memerintah Mesir.

  • Menumpukan segala usaha untuk membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum kristian dari Baitul Maqdis.

  • Selepas Sultan Nuruddin (Pemerintah Mesir) mangkat, Salahuddin dilantik menjadi Ketua Angkatan Tentera Mesir, dan kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.

  • Beliau menyatukan Mesir, Syria, Hijaz dan Yaman di bawah satu pemerintahan.

0 comments: