CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 11, 2011

Kerana Cinta..



Cuba bayangkan, seorang Raja, Sultan atau Perdana Menteri mengenali kita. Bahkan lebih daripada itu, dia menyayangi kita. Diberinya harta dan keistimewaan serta layanan umpama VVVIP. Ke mana pun kita pergi, orang memuji... dia orang kesayanganyan Sultan nie..


Lebih best lagi, ke mana-mana pun percuma. Semua ditanggung. Naik flight bussiness class. Bilik hotel juga presidential suite. Dipenuhi makanan dan pakaian mewah-mewah. Bahagianya jiwa...


Cuba hadirkan perasaan yang sama...



'Kekasih Allah' menyayangi kita!


Sebelum kewafatan baginda s.a.w., kita disebut-sebut dan diingati. Kita dirisaukan dan disayangi walaupun belum pernah bertemu dengan baginda...


Kita diberi pelbagai kemuliaan sebagai umat Muhammad, kekasih yang paling dicintai Allah s.w.t.


Kita diberi syafaat dan penghormatan mengatasi umat Nabi-nabi lain.


Kita disayangi Allah kerana menjadi umat kekasihNya.


Kita sering didoakan oleh Rasulullah s.a.w.


Kita bakal menjadi VVVIP yang disegerakan tempoh hisab berbanding umat Nabi-nabi lain yang terpaksa menanggung azab kepanasan yang amat lama di Padang Masyhar kelak.


Kita diberi layanan istimewa untuk meneguk air dari telaga Rasulullah yang mampu menghilangkan kehausan melampau di padang masyar kelak.


Kita tidak terus diturunkan bala seperti umat Nabi-nabi lain, cuma 'peringatan kecil' yang Allah kirimkan supaya kita sedari derhaka yang telah dilakukan.


Kita diberi pelbagai syafa'at dan kasih sayang kerana cintanya Rasulullah s.a.w. terhadap kita...





Kerana cinta... Baginda sanggup menggadai nyawa supaya deenul Islam ini sampai kepada kita.


Kerana cinta... Baginda menangis mengenangkan nasib kita di akhirat kelak.


Kerana cinta.. Rasulullah tidak putus-putus mendoakan kita...


Kerana cinta.. Rasulullah sendiri ingin menanggung kesakitan sakaratul maut ummatnya, kerana bimbang kita tidak sanggup menghadapinya...


Kerana cinta Nabi yang mulia inilah, kita dipandang mulia...


Ya Rasullullah... kerana cintamu... kami jatuh cinta dan merinduimu...





0 comments: