CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 22, 2011

(x) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-6 Hijrah



PERISTIWA TAHUN KEENAM HIJRAH

  • Sariyah Muhammad bin Muslamah r.a. (10 Muharam) ~ Nabi s.a.w. mengutuskan Muhammad bin Muslamah r.a. mengetuai 30 muslimin untuk menewaskan Banu Bakr bin Kilab.

  • Ghazwah Banu Lahyan (Rabi'ul Awal) ~ Banu Lahyan merupakan pembunuh Asim bin Thabit r.a. dan rombongannya dalam peristiwa Yaum ar-Raji'. Nabi s.a.w. keluar menghala ke perkampungan Banu Lahyan di 'Uran bersama 200 pengikut. Baginda s.a.w. menyeru mereka kepada Islam.

  • Ghazwah al-Ghabah ~ Berlaku sekembalinya Nabi s.a.w. dari Ghazwah Banu Lahyan. 'Uyainah bin Hishn menyerang pinggir Kota Madinah dan membunuh seorang pengembala unta bersama isterinya. 'Uyainah lalu melarikan diri dan bergabung dengan Yahudi Ghatfan.

  • Sariyah 'Ukasyah bin Mihson r.a. (Rabi'ul Awal) ~ Sariyah bersama 40 lelaki menuju ke perkampungan Banu Asad. Namun mereka lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran tentera Muslimin. Tidak berlaku peperangan.

  • Sariyah Muhammad bin Maslamah r.a. (Rabi'ul Akhir) ~ Sampai berita kepada Nabi s.a.w. seseorang di Zil-Qassah mahu menyerang ternakan Muslimin di Haifa'. Sariyah bersama 10 Musimin yang mana kesemuanya syahid kecuali Muhammad bin Maslamah r.a. Musuh kemudiannya melarikan diri dan merampas kesemua unta.

  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Rabi'ul Akhir) ~ Sariyah menuju ke Banu Salim di al-Jamum. Musuh berpecah dan lari tetapi dapat ditawan semula di tempat persinggahan mereka.

  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Jamadil Awal) ~ Keluar bersama 170 Muslimin. Bertujuan menyekat kafilah Quraisy dari Syam yang seringkali mengganggu para Muslimin.


  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Jamadil Akir) ~ Sariyah bersama 15 tentera menuju ke Banu Tha'labah. Musuh melarikan diri dan binatang ternakan dirampas.

  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Rejab) ~ Sariyah menuju ke Banu Fazzarah yang telah menyekat dan merampas harta benda Zaid bin Harithah r.a. ketika pulang dari Syam.

  • Sariyah Abdul Rahman bin 'Auf r.a. (Sya'ban) ~ Sariyah bersama 700 sahabat untuk menyerang Banu Kilab di Daumatul Jandal. Menyeru mereka kepada Islam selama 3 hari. Penghulu Banu Kilab, al-Asbagh bin 'Amru r.a. memeluk Islam diikuti kaumnya. Abdul Rahman bin 'Auf r.a. mengahwini anak perempuan penghulu Banu Kilab atas perintah Rasulullah s.a.w.

  • Sariyah Ali bin Abi Talib karramallu wajhah (Sya'ban) ~ Sariyah bersama 100 orang Mulimin menuju ke Banu Sa'ad bin Bakr.

  • Sariyah Amru bin Umayyah al-Dhamiri r.a. (Syawal) ~ Abu Sufyan mengutus seorang lelaki untuk membunuh Nabi s.a.w. Akan tetapi ketika lelaki tersebut bertemu dengan Nabi s.a.w. ketika di Masjid Banu al-Asyhal, dia menukar niatnya lalu memeluk Islam.

  • Perjanjian Hudaibiyyah (Zulkaedah) ~ Nabi s.a.w. bermimpi masuk ke dalam Masjidil Haram bersama sahabat-sahabat r.a. dalam keadaan bercukur kepala dan memendekkan rambut melakukan Umrah. Dengan wahyu dari Allah s.a.w. ini, Nabi s.a.w. keluar dari Madinah menuju ke Mekah bersama 1,500 Muhajirin dan Ansar. Mereka keluar bersama binatang ternakan untuk disembelih dan tidak membawa sebarang senjata (bukan misi peperangan). Tiba di Thani'atul Marar, unta yang ditungggani Nabi s.a.w. tiba-tiba duduk dan tidak mahu bergerak. Urwah bin Mas'ud dan Suhail bin Amru diutus oleh Quraisy Mekah untuk berunding dengan Nabi s.a.w. Perjanjian damai dimeterai. Nas Perjanjian Hudaibiyyah:
  1. Genjatan senjata antara Muslimin dan Musyrikin Quraisy selama 10 tahun.

  2. Sesiapa dari golongan Quraisy yang datang kepada Muslimin hendaklah dipulangkan manakala sesiapa dari golongan Muslimin yang datang kepada Quraisy tidak akan dipulangkan kembali.

  3. Nabi s.a.w. dan para sahabat hendaklah pulang kembali tanpa Umrah pada tahun tersebut dan boleh datang pada tahun berikutnya,

  4. Mana-mana qabilah boleh memilih sama ada hendak menyertai perjanjian dengan kaum Muslimin atau Quraisy.

  • Bai'atul Ridhwan ~ Nabi s.a.w. menghantar Uthman bin Affan r.a. selepas rundingan damai dengan musrikin Quraisy untuk berunding beberapa isu yang belum selesai. Uthman ditahan sementara waktu namun sampai berita kepada kaum Muslimin bahawa beliau dibunuh. Sahabat-sabahat dipanggil untuk berbai'ah menuntut bela terhadap kematian Uthman r.a. Namun khabar angin tersebut adalah dusta dan Uthman r.a. tidak dibunuh.

  • Perutusan surat kepada raja-raja untuk menyeru kepada Islam ~ Rasulullah s.a.w. membuat cincin perak yang berukir 3 baris perkataan iaitu 'Muhammad Rasul Allah/ Muhammad Rasulullah' sebagai cop mohor. Setiap utusan mampu bercakap dalam bahasa asing tempat mereka dihantar.



  1. Surat kepada Kaisar: Dihyah bin Khalifah al-Kalbi r.a. diutus kepada Hiraqla (Hercules), Raja Rom. Utusan dan surat diterima dengan baik namun Hiraqla menolak Islam kerana sayang akan takhta selepas penolakan Islam oleh para pembesarnya.

  2. Surat kepada Amir Busra: al-Harith bin Umair al-Azdi r.a. diutus kepada Sharhabil bin Amru al-Ghassani (Raja BUsra yang bernaung di bawah Rom). al-Harith r.a. ditangkap dan dibunuh.

  3. Surat kepada al-Harith bin Syamir: Syuja' bin Wahab r.a. diutus kepada Amir Dimasq. Surat dilempar dan tentera dikumpulkan untuk menyerang Muslimin.

  4. Surat kepada Muqauqis: Hatib bin Abi Balta'ah r.a. diutus kepada Amir Mesir. Utusan dan surat diterima dengan baik namun Muqauqis tetap tidak memeluk Islam.

  5. Surat kepada Najasyi: 'Amru bin Umayah al-Dhamiri r.a. diutus kepada Najasyi (Raja Habsyah). Utusan dan surat diterima dengan baik.

  6. Surat kepada Kisra: Abdullah bin Huzaifah as-Sahmi r.a. diutus kepada Kisra (Raja Iran). Surat dirampas dan dikoyakkan.

  7. Surat kepada al-Munzir bin Saawa: al-'Ala' bin al-Hadhrami r.a. diutus kepada Raja Bahrain. Baginda dan sebahagian rakyatnya memeluk Islam.

  8. Surat kepada Raja Oman: 'Amru bin al-'Ash r.a. diutus kepada 2 orang Raja Oman; Jaifar dan Abd bin al-Julanda. Kedua-dua mereka memeluk Islam.

  9. Surat kepada Hauzah bin Ali: Salit bin 'Ali al-'Amiri .a. diutus kepada Raja Yaman. Utusan dan surat diterima baik namun tidak memeluk Islam.





* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidask disertai oleh Rasulullah s.a.w.






* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~ Rujukan dari pelbagai kitab Ulama' Sirah.

0 comments: