CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 28, 2011

Akal dan Nafsu




Sunday, February 27, 2011

Lumrah Hidup


Saturday, February 26, 2011

Keraskah Hati?

Friday, February 25, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabatku..


252 ~ Selamat Hari Lahir buat sahabat baik yang saya kenali sejak 15 tahun lalu=) 10 tahun tempoh persahabatan, Subhanallah... manisnya ukhuwwah! Kerana Allah, hubungan ini masih seerat dulu...

25 Februari 2011, kami bertemu kembali setelah beberapa tahun meninggalkan UIA. Lebih manis, hari tersebut merupakan tarikh lahir sahabat baik saya. Pertemuan 2 keluarga yang sudah lama tidak bertemu, di rumah saya;)

Menyingkap kenangan waktu dulu-dulu, kami berada di sekolah yang sama. Tapi kerana berlainan asrama, tak le rapat sangat. Bersahabat baik ketika sama-sama di matrikulasi UIA PJ hinggalah ke UIA Gombak. Dia teman 'dating' saya=) 'Dating' kami untuk sama-sama ke kuliyyah agama, sesi tazkirah, solat jamaah dan kuliyyah di masjid, meeting persatuan, juga 'berjanji temu' untuk lunch/ dinner sekali memandangkan kami berada di mahallah (kolej kediaman) dan kuliyyah (kelas pengajian) yang berlainan.


Dengannya, saya bisa berkongsi pelbagai perkara. Tempat luahan perasaan, pinta pandangan dan diskusi pelbagai isu. Berkongsi rasa dan jiwa. Sama-sama bergelak ketawa dan berkongsi masalah. Bergurau dan juga saling mengingatkan. Saling membantu dan memahami. Tersangat banyak kenangan manis yang tercipta bersama. Yang pasti, jiwa terasa bahagia... Chewah=)

Allahu Akbar! Subhanallah wal Hamdulillah... Seinfiniti syukur buat Rabbul Jalil... Hidup saya penuh keindahan kerana Allah telah hadirkan ramai teman-teman, sahabat-sahabat serta sahabat-sahabat karib sepanjang pengajian saya di UIA dulu. Ditambah bi'ah solehah d UIA yang amat mendamaikan kalbu... Semuanya terlalu manis buat saya... Terima kasih ya Allah...




Buat sahabat baik saya ~Zuhairah Zainol Abidin~ Sanah Helwah ya sohaabati! Ana doakan kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan buat enti sekeluarga. Dipermudahkan segala urusan hidup, dimurahkan pintu-pintu rezeki, diampunkan dosa-dosa dan dikumpulkan kita bersama di syurga Allah saat pertemuan abadi kelak... Ameen!

Uhibbuki Fillah, Zuhai! (>.<)v

*Buat sahabat-sahabat saya yang menyambut hari lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac ini, EID MILAD & SANAH HELWAH! Kalian pernah menjadi penghibur hati dan penguat semangat ~ Moga antunna semua dalam keberkahan dan perlindungan Allah sentiasa... Ameen..
Ukhuwwah Fillah ini membuahkan rindu pada antunna semua! Subhanallah...



Thursday, February 24, 2011

(xiv) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-10 dan ke-11 Hijrah



PERISTIWA TAHUN KESEPULUH HIJRAH
  • Sariyah Khalid bin al-Walid r.a. (Rabi'ul Awal) ~ Sariyah menuju ke Banu Abdul Madan di Yaman untuk menyeru kepada Islam.Mereka berduyun-duyun memeluk Islam. Khalid r.a. menetap di sana untuk mengajarkan agama Islam kepada mereka.

  • Kematian Ibrahim ibnu Nabi s.a.w. (Rabi'ul Awal)

  • Rasulullah s.a.w. mengutuskan Muaz bin Jabal dan Abu Musa al-'Asya'ari r.a. ke Yaman untuk menyeru dan mengajar hukum hakam Islam (Jamadil Awal).

  • Sariyah Ali bin Abi Talib karramallu wajhah (Ramadhan) ~ menuju ke Banu Muzhij untuk menyeru kepada Islam.

  • Haji Wada' (Zulhijjah) ~ Berita keinginan Rasulullah s.a.w. untuk menunaikan haji tersebar ke seluruh tanah Arab. Penduduk Islam berkumpul di Madinah untuk bersama dengan Nabi s.a.w. menunaikan haji. Nabi s.a.w. bertolak ke Mekah pada 25 Zulkaedah bersama 90,000 (khilaf, 114,000) muslimin menyertai baginda. Tiba di Mekah pada 4 Zulhijjah. Bertolak ke Mina pada 8 Zulhijjah dan menyampaikan khutbah di Arafah pada 9 Zulhijjah.

  • Pengutusan Khalid bin al-Walid r.a. ke Najran untuk menyampaikan Islam kepada Banu al-Harith bin Ka'ab.

  • Kedatangan delegasi demi delegasi bertemu dengan Nabi s.a.w. untuk berdamai atau memeluk Islam. Antaranya ialah delegasi Najran, Dhimam bin Tha'labah, Banu Hanifah, Tayyi', Kindah, Azdi Syunu'ah, utusan Raja Himyar, Hamdan, Tujib, Tha'labah dan 30 rombongan lain.

  • 3 orang Nabi palsu ~ Tulaihah, Musailamah al-Kazzab dan Aswad bin al-Ansi.

PERISTIWA TAHUN KESEBELAS HIJRAH

  • Sariyah Usamah bin Zaid r.a. ke Balqa' (Safar) ~ sekembalinya Baginda s.a.w. dari Mekah, Nabi s.a.w. menyuruh kaum muslimin bersiap sedia untuk menyerang Rom dan menyebarkan Islam di sana. (Namun sariyah dibatalkan setelah mendapat berita kewafatan baginda s.a.w.)

  • Nabi s.a.w. mula gering.

  • Abu Bakar r.a. mengimami solat subuh hari Isnin 13 Rabi'ul Awal.

  • Kewafatan Nabi s.a.w. pada hari Isnin, 13 Rabi'ul Awal tahun ke-11 Hijrah (8 Jun 633M). ketika berusia 63 tahun 3 hari (Qamariah), bersamaan 61 tahun 84 hari (Syamsiah).

  • Dimakamkan di tempat baginda s.a.w. wafat, iaitu di dalam bilik Aisyah r.a.






(xiii) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-9 Hijrah

PERISTIWA TAHUN KESEMBILAN HIJRAH



  • Sariyah Uyainah bin Hisni r.a. (Muharram) ~ Rasulullah s.a.w. mengutus Basyar bin Sufyan r.a. kepada Banu Ka'ab untuk memungut zakat. Banu Tamim melarang mereka, lalu Rasulullah s.a.w. mengutus Uyainah bin Hisni r.a. bersama 50 pasukan berkuda untuk memerangi mereka. Berjaya menangkap 11 lelaki, 11 perempuan dan 30 kanak-kanak.

  • Sariyah Qutbah bin 'Amir r.a. (Safar) ~ Sariyah bersama 20 lelaki ke Hayy min Khath'am.

  • Sariyah Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah (Rabi'ul Awal) ~ Keluar bersama 100 muslimin dan 50 ekor kuda. Bertujuan untuk menghancurkan berhala al-Fulus (berhala Tayyi'). Diperangi oleh para penyembahnya lalu menyerang mereka. Namun tentera muslimin berjaya menawan para kuffar.

  • Sariyah ad-Dhahak bin Sufyan r.a. (Rabi'ul Awal) ~ Sariyah meneuju ke Banu Kilab untuk menyeru kepada Islam. Mereka enggan lalu diserang oleh tentera Muslimin.

  • Sariyah 'Alqamah bin Mujazziz r.a. (Rabi'ul Akhir) ~ Sariyah bersama 300 tentera menuju ke penduduk Habsyah di Juddah. Musuh melarikan diri, tidak berlaku pertempuran.


  • Ghazwah Tabuk (Rejab) ~ Berpunca dari berkumpulnya orang-orang Rom bersama orang Arab Nasrani dari qabilah Lukhman, Judh'am untuk menyerang kaum Muslimin. Tentera Rom seramai 40,000 orang sementara Muslimin seramai 30,000 orang. Berlaku pada bulan Rejab, musim panas yang bersangatan dan musim menuai buah-buahan (Tamar) di Madinah. Munafiqin menghasut agar muslimin tidak keluar berjihad. Para sahabat menginfaq harta untuk peperangan: Uthman bin Affan r.a. menginfaq 10,000 dinar, 300 unta dan 50 kuda lengkap dengan alat menunggang. Abu Bakar as-Siddiq r.a. menginfaq seluruh hartanya berjumlah 4,000 dirham. Umar al-Khattab r.a. menginfaq separuh hartanya. Abdul Rahman bin 'Auf r.a. menginfaq 100 Uqiyah dan 'Asim bin 'Adi r.a. menginfaq 70 Ausuq tamar. Kesusahan sepanjang perjalanan yang jauh. Mukjizat Nabi s.a.w.; keberkatan diperbanyakkan bekalan makanan walaupun bekalan hampir kehabisan. Sampia di Tabuk tidak berlaku peperangan disebabkan musuh berpecah dan melarikan diri. Kedatangan Yuhannah bin Ru'bah, pembesar negeri Ailah kepada Nabi s.a.w. meminta perdamaian. Nabi s.a.w. menerima dengan syarat jizyah dibayar. Seterusnya diikuti dengan kedatangan penduduk Azrah dan Jarba' meminta perdamaian dan syarat pembayaran jizyah. Nabi s.a.w. tiba di Madinah dari medan Tabuk pada bulan Ramadhan setelah 2 bulan keluar.

  • Wafatnya Najasyi, raja Habsyah (Rejab) ~ Nabi s.a.w. melakukan solat Gha'ib di Madinah.

  • Kewafatan Ummu Kalthum binti Rasulillah s.a.w, isteri Uthman bin Affan r.a. (Sya'ban).

  • Masjid Dirar ~ Pembinaan masjid berhampiran Masjid Quba'. Bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada utusan dan sebagai tempat mengintip bagi Abu Amir ar-Rahib. Dibina sebelum Ghazwah Tabuk dan dirobohkan dalam perjalanan pulang tentera Tabuk ke Madinah.

  • 3 sahabat yang tidak pergi ke medan Tabuk dipulaukan selama 50 hari dengan penerimaan taubat mereka oleh Allah s.w.t. Kisah mereka dinukilkan dalam al-Quran.

  • Rombongan suku Thaqif (Ramadhan) ~ 6 orang ternama dari suku Thaqif datang untuk memeluk Islam dan belajar ilmu agama, Quran dan cara solat. Penghantaran al-Mughirah bin Shu'bah, Abu Sufyan bin Harb diketuai oleh Khalid bin al-Walid r.a. untuk menghancurkan berhala al-Laata di Taif. Keislaman penduduk Taif.

  • Ibadat haji Abu Bakar as-Siddiq r.a. (Zulkaedah) ~ Haji ini dipimpin oleh Abu Bakar as-Siddiq r.a. bersama Ali bin Abi Talib beserta 300 orang muslimin dengan membawa 20 binatang korban dari Rasulullah s.a.w. Bertujuan untuk membersihkan amalan jahiliyah di sekeliling kaabah. Kaum Musyrikin dilarang mengerjakan haji selepas tahun tersebut dan tidak diizinkan tawaf berbogel. Mereka diberi tempoh 4 bulan untuk memeluk Islam sebelum diperangi.

  • Tahun kesembilan hijrah menyaksikan negara-negara seperti Yaman, Mahra, Bahrain dan Yamamah sudah menerima Islam.

*Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.

* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.


* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~ Rujukan dari pelbagai kitab Ulama' Sirah.



Wednesday, February 23, 2011

(xii) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-8 Hijrah



PERISTIWA TAHUN KELAPAN HIJRAH

  • Kematian Zainab binti Rasulillah s.a.w. di Rusyd (Muharram).

  • Sariyah Ghalib bin Abdullah al-Laithi r.a. (Safar).

  • Sariyah Ghalib bin Abdullah al-Laithi r.a. (sariyah seterusnya) ~ Sariyah bersama 200 tentera muslimin sekembalinya beliau dari Madinah untuk menghukum (qisas) Banu Murrah di Fadak.


  • Sariyah Ka'ab bin Umair al-Ghifari r.a. (Rabi'ul Awal) ~ Sariyah bersama 15 muslimin menuju ke Zat 'Atlah untuki menyeru kepada Islam. Berlaku peperangan. Disebabkan bilangan mereka yang ramai, semua muslimin syahid kecuali Ka'ab yang berjaya melepaskan diri.

  • Sariyah Zat Irq (Rabi'ul Awal)

  • Ghazwah Muktah (Jamadil Awal) ~ Muktah adalah kampung yang bersempadan dengan Syam. Ghazwah berpunca daripada pembunuhan ke atas utusan Rasulullah s.a.w. kepada Raja Busra, al-Harith bin 'Umair al-Azdi r.a. Peperangan ini tidak disertai oelh Rasulullah s.a.w. namun dinamakan sebagai 'Ghazwah' kerana ramainya bilangan tentera Muslimin (3,000 orang). Rasulullah s.a.w. melantik Zaid bin Harithah r.a. sebagai ketua, sekiranya gugur syahid diganti oleh Ja'afar bin Abi Talib r.a., dan sekiranya gugur syahid diganti pula oleh Abdullah bin Rawahah r.a. Sharhabil mengumpulkan 100,000 tentera daripada Qabilah Lukham, Juzam, al-Qain dan Bahra, manakala Hiraqla menghantar seramai 100,000 askar bantuan. Ketiga-tiga ketua yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w. syahid di medan perang Muktah. Khalid al-Walid r.a. yang kemudiannya dilantik untuk memimpin tentera Muslimin dengan taktik yang akhirnya mengucar-kacirkan musuh.

  • Sariyah Amru bin al-'Ash r.a. (Jamadil Akhir) ~ Sariyah menuju ke sekumpulan Qudha'ah yang berhimpun di belakang Wadi al-Qura untuk menyerang Madinah. Keluar bersama 300 tokoh-tokoh kenamaan dari Muhajirin dan Ansar. Musuh diserang sehingga berpecah dan dikalahkan, harta benda dirampas.

  • Sariyah Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. (Rejab) ~ Sariyah bersama 300 tentera berkuda menuju ke Kabilah Juhainah di persisir pantai. Menunggu musuh selama setengah bulan sehingga kehabisan bekalan makanan dan akhirnya pulang setelah musuh tidak kelihatan.

  • Sariyah Abi Qatadah r.a. (Sya'ban) ~ Sariyah bersama 15 lelaki ke Khadrah.


  • Pembukaan Mekah (Ramadhan) ~ Berpunca daripada pengkhianatan Quraisy terhadap Perjanjian Hudaibiyyah apabila mereka menyerang Banu Khuza'ah. Abu Sufyan bertemu Rasulullah s.a.w. untuk berunding semula tetapi ditolak. Rasulullah s.a.w. bersiap untuk menyerang Mekah pada hari Rabu, 10 Ramadhan bersama 10,000 angkatan Muslimin. Pembukaan Mekah menyaksikan keislaman Abu Sufyan bin Harb r.a. . Nabi s.a.w. hanya membenarkan 6 lelaki dan 4 perempuan tertentu sahaja dibunuh, atau musuh yang bertindak melawan. Penduduk Mekah memeluk Islam beramai-ramai. Berlaku Bai'ah an-Nisa'. Rasulullah s.a.w. tinggal di Mekah selama 19 hari dengan mengqasar solat. Baginda mengutuskan Khalid bin al-Walid r.a. bersama 30 muslimin untuk menghancurkan berhala Uzza, Amru bin al-'Ash r.a. untuk menghancurkan berhala Suwwa' dan Sa'ad bin Zaid r.a. bersama 20 muslimin untuk menghancurkan berhala Manat.

  • Ghazwah Hunain (Syawal) ~ Berpunca dari kebimbangan pembesar Huwazin dan pembesar Thaqif ekoran kemenangan Rasulullah s.a.w. ke atas Mekah. Mereka mengumpulkan pasukan yang besar diketuai oleh Malik bin 'Auf dengan membawa keluar bersama harta benda dan anak isteri. Nabi s.a.w. keluar bersama 12,000 Muslimin, turut keluar ialah 80 musyrikin Mekah. Bendera Muhajirin dibawa oleh Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah, bendera Khazraj dibawa oleh al-Hubab bin Munzir r.a. dan bendera Aus dibawa oleh Usaid bin Hudair r.a. . Muslimin diserang di Wadi Hunain pada subuh hari. Bertempur dengan hebat sehingga tentera muslimin hampir berpecah. Akan tetapi akhirnya Allah memberi kemenangan kepada pihak Muslimin. Harta rampasan yang diperoleh adalah: 24,000 unta, lebih 40,000 kambing, 4,000 Uqiyah perak dan 6,000 tawanan. Harta rampasan dikumpul di Ja'ranah. Malik bin Auf dan pengikutnya lari berlindung di Taif.

  • Ghazwah Taif (Syawal) ~ Nabi s.a.w. bertolak ke Taif bersama para sahabat lalu mengepung Taif. Banu Thaqif yang dipimpin oleh Malik bin Auf bertahan di kubu-kubu sambil melepaskan hujan anak panah kepada Muslimin. Kepungan selama 18 hari (khilaf: lebih 20 hari). Nabi s.a.w. memerintahkan agar menggunakan manjaniq dan dabbabah. Akhirnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya tentera Muslimin berangkat pulang lalu mendoakn penduduk Thaqif mendapat hidayah. 12 tentera Muslimin tercedera dan akhirnya syahid.


  • Sariyah Qais bin Sa'ad r.a. ~ Sariyah bersama 400 tentera menuju ke Kabilah Suda' di Yaman.

  • Delegasi Suda' ~ 15 lelaki dari Kabilah Suda' datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berbai'ah untuk Islam.

  • Delegasi Tamim ~ Utharid bin Hajib, Zabarqan bin Badr, dan Amru bin al-Ahtam datang menemui Rasulullah s.a.w. Mereka menunggu Nabi s.a.w. keluar dengan tidak bersabar lalu turun Surah al-Hujurat atay 4-5 menceritakan perihal mereka. Penerimaan mereka memeluk Islam dan tinggal di Madinah untuk belajar al-Quran dan ilmu agama.

  • Sariyah Khalid bin al-Walid r.a. ~ Nabi s.a.w. mengutuskan al-Walid bin Uqbah untuk memungut zakat Banu Mustaliq. 'Uqbah menyangka mereka telah murtad lalu pulang memberitahu Nabi s.a.w. . Baginda mengutuskan Khalid bin al-Walid r.a. untuk mengenalpasti perkhabaran itu. Khalid telah mendengar azan subuh dilaungkan di perkampungan Banu Mustaliq. Lalu turun Surah al-Hujurat ayat 6 kepada al-Walid bin 'Uqbah.



* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w

* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oelh Rasulullah s.a.w.

* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~Rujukan dari pelbagai kitab Ulama' Sirah.








(xi) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-7 Hijrah


PERISTIWA TAHUN KETUJUH HIJRAH


  • Ghazwah Khaibar (Muharram) ~ Khaibar merupakan kota berbenteng besar dengan ladang-ladang yang luas. Sejumlah 1,400 orang pejuang bersama Nabi s.a.w. dan hanya yang terlibat dengan Perjanjian Hudaibiyyah sahaja dibenarkan untuk menyertai ekspedisi ini. Serangan dilancarkan pada waktu pagi. Yahudi berlindung di kubu-kubu pertahanan mereka. Semua kubu akhirnya berjaya ditawan oleh pejuang Muslimin kecuali Kubu al-Watih dan as-Sulalim. 15 orang Muslimin syahid manakala 93 orang Yahudi terbunuh. Permintaan damai daripada Yahudi yang berlindung di 2 kubu terkahir mereka agar tidak dibunuh dan tidak diusir, malah meminta untuk terus mengusahakan tanaman mereka dan berjanji untuk memberikan separuh daripada hasilnya kepada pihak Muslimin. Rasulullah s.a.w. bersetuju.

  • Zainab binti al-Harithah memberikan hidangan kambing beracun kepada Nabi s.a.w. tetapi sempat diluahkan kembali oleh Baginda. Namun Bisyr bin al-Barra' r.a. meninggal kerana memakan daging beracun tersebut.

  • Rasulullah s.a.w. mengahwini Safiyah binti Huyai bin Akhtab r.a. yang ditawan semasa Khaibar.

  • Pembukaan Fadak ~ Selepas kemenangan di Khaibar, Nabi s.a.w. mengutuskan seseorang untuk menyeru penduduk Khaibar kepada Islam.

  • Pembukaan Wadi Qura ~ Berpunca dari keengganan Yahudi Wadi Qura menyahut seruan Islam dan ingin memerangi Muslimin. Ketika pertempuran, 11 lelaki terbunuh dan para Muslimin mendapat harta rampasan yang banyak. Mereka disuruh mengerjakan tanaman dan dilakukan seperti mana tanah di Khaibar.

  • Perjanjian Taima' ~ Perjanjian antara Yahudi Taima' dengan Nabi s.a.w. Mereka bersetuju untuk membayar jizyah selepas mendengar kekalahan Yahudi Khaibar.

  • Khalid bin al-Walid al-Makhzumi r.a. memeluk Islam.

  • Ghazwah Zat al-Riqa' (Jamadil Awal; khilaf tahun ke-4 atau ke-7) ~ Qabilah Muharib dan Banu Tha'labah dari Najd berpakat menyerang Nabi s.a.w. Baginda keluar bersama 700 sahabat (khilaf 400 sahabat) sementara Uthman bin Affan r.a. mengetuai Madinah. Angkatan Rasulullah s.a.w. menuju ke Najd dan bertembung di Nakhlah namun tidak tercetus pertempuran.

  • Solat Khauf disyariatkan.

  • Sariyah yang bertujuan untuk menyampaikan dakwah dan memerangi orang yang enggan:
  1. Sariyah Umar bin al-Khattab r.a. (Sya'ban): kepada Kabilah Hawazun di Turbah.

  2. Sariyah Basyir bin Sa'ad al-Ansari r.a. (Sya'ban): Banu Murroh.

  3. Sariyah Ghalib bin Abdullah al-Laithi r.a. (Ramadhan): penduduk al-Maifa'ah.

  4. Sariyah Abdullah bin Rawahah r.a. (Syawal): kepada Usair bin Rizam.

  5. Sariyah Ibnu Abi al-Auja' r.a. (Zulhijjah): kepada Banu Sulaim.


  • Umrah al-Qada' (Zulhijjah) ~ 2,000 orang Muslimin ikut serta dengan membawa binatang korban (60 unta) bersama senjata. Mereka berada di Mekah selama 3 hari namun musyrikin Qurasy meminta baginda s.a.w. beredar dari Kota Mekah. Nabi s.a.w. lalu meminta para sahabat menyegerakan umrah untuk beredar pulang.

  • Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Maimunah binti al-Harith r.a. (isteri terakhir yang dikahwini Nabi s.a.w.).

  • Pengharaman nikah Mut'ah.

  • Pengharaman memakan daging himar.


* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.

* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oelh Rasulullah s.a.w.


* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~ Rujukan dari pelbagai kitab Ulama' Sirah.



Tuesday, February 22, 2011

(x) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-6 Hijrah



PERISTIWA TAHUN KEENAM HIJRAH

  • Sariyah Muhammad bin Muslamah r.a. (10 Muharam) ~ Nabi s.a.w. mengutuskan Muhammad bin Muslamah r.a. mengetuai 30 muslimin untuk menewaskan Banu Bakr bin Kilab.

  • Ghazwah Banu Lahyan (Rabi'ul Awal) ~ Banu Lahyan merupakan pembunuh Asim bin Thabit r.a. dan rombongannya dalam peristiwa Yaum ar-Raji'. Nabi s.a.w. keluar menghala ke perkampungan Banu Lahyan di 'Uran bersama 200 pengikut. Baginda s.a.w. menyeru mereka kepada Islam.

  • Ghazwah al-Ghabah ~ Berlaku sekembalinya Nabi s.a.w. dari Ghazwah Banu Lahyan. 'Uyainah bin Hishn menyerang pinggir Kota Madinah dan membunuh seorang pengembala unta bersama isterinya. 'Uyainah lalu melarikan diri dan bergabung dengan Yahudi Ghatfan.

  • Sariyah 'Ukasyah bin Mihson r.a. (Rabi'ul Awal) ~ Sariyah bersama 40 lelaki menuju ke perkampungan Banu Asad. Namun mereka lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran tentera Muslimin. Tidak berlaku peperangan.

  • Sariyah Muhammad bin Maslamah r.a. (Rabi'ul Akhir) ~ Sampai berita kepada Nabi s.a.w. seseorang di Zil-Qassah mahu menyerang ternakan Muslimin di Haifa'. Sariyah bersama 10 Musimin yang mana kesemuanya syahid kecuali Muhammad bin Maslamah r.a. Musuh kemudiannya melarikan diri dan merampas kesemua unta.

  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Rabi'ul Akhir) ~ Sariyah menuju ke Banu Salim di al-Jamum. Musuh berpecah dan lari tetapi dapat ditawan semula di tempat persinggahan mereka.

  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Jamadil Awal) ~ Keluar bersama 170 Muslimin. Bertujuan menyekat kafilah Quraisy dari Syam yang seringkali mengganggu para Muslimin.


  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Jamadil Akir) ~ Sariyah bersama 15 tentera menuju ke Banu Tha'labah. Musuh melarikan diri dan binatang ternakan dirampas.

  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Rejab) ~ Sariyah menuju ke Banu Fazzarah yang telah menyekat dan merampas harta benda Zaid bin Harithah r.a. ketika pulang dari Syam.

  • Sariyah Abdul Rahman bin 'Auf r.a. (Sya'ban) ~ Sariyah bersama 700 sahabat untuk menyerang Banu Kilab di Daumatul Jandal. Menyeru mereka kepada Islam selama 3 hari. Penghulu Banu Kilab, al-Asbagh bin 'Amru r.a. memeluk Islam diikuti kaumnya. Abdul Rahman bin 'Auf r.a. mengahwini anak perempuan penghulu Banu Kilab atas perintah Rasulullah s.a.w.

  • Sariyah Ali bin Abi Talib karramallu wajhah (Sya'ban) ~ Sariyah bersama 100 orang Mulimin menuju ke Banu Sa'ad bin Bakr.

  • Sariyah Amru bin Umayyah al-Dhamiri r.a. (Syawal) ~ Abu Sufyan mengutus seorang lelaki untuk membunuh Nabi s.a.w. Akan tetapi ketika lelaki tersebut bertemu dengan Nabi s.a.w. ketika di Masjid Banu al-Asyhal, dia menukar niatnya lalu memeluk Islam.

  • Perjanjian Hudaibiyyah (Zulkaedah) ~ Nabi s.a.w. bermimpi masuk ke dalam Masjidil Haram bersama sahabat-sahabat r.a. dalam keadaan bercukur kepala dan memendekkan rambut melakukan Umrah. Dengan wahyu dari Allah s.a.w. ini, Nabi s.a.w. keluar dari Madinah menuju ke Mekah bersama 1,500 Muhajirin dan Ansar. Mereka keluar bersama binatang ternakan untuk disembelih dan tidak membawa sebarang senjata (bukan misi peperangan). Tiba di Thani'atul Marar, unta yang ditungggani Nabi s.a.w. tiba-tiba duduk dan tidak mahu bergerak. Urwah bin Mas'ud dan Suhail bin Amru diutus oleh Quraisy Mekah untuk berunding dengan Nabi s.a.w. Perjanjian damai dimeterai. Nas Perjanjian Hudaibiyyah:
  1. Genjatan senjata antara Muslimin dan Musyrikin Quraisy selama 10 tahun.

  2. Sesiapa dari golongan Quraisy yang datang kepada Muslimin hendaklah dipulangkan manakala sesiapa dari golongan Muslimin yang datang kepada Quraisy tidak akan dipulangkan kembali.

  3. Nabi s.a.w. dan para sahabat hendaklah pulang kembali tanpa Umrah pada tahun tersebut dan boleh datang pada tahun berikutnya,

  4. Mana-mana qabilah boleh memilih sama ada hendak menyertai perjanjian dengan kaum Muslimin atau Quraisy.

  • Bai'atul Ridhwan ~ Nabi s.a.w. menghantar Uthman bin Affan r.a. selepas rundingan damai dengan musrikin Quraisy untuk berunding beberapa isu yang belum selesai. Uthman ditahan sementara waktu namun sampai berita kepada kaum Muslimin bahawa beliau dibunuh. Sahabat-sabahat dipanggil untuk berbai'ah menuntut bela terhadap kematian Uthman r.a. Namun khabar angin tersebut adalah dusta dan Uthman r.a. tidak dibunuh.

  • Perutusan surat kepada raja-raja untuk menyeru kepada Islam ~ Rasulullah s.a.w. membuat cincin perak yang berukir 3 baris perkataan iaitu 'Muhammad Rasul Allah/ Muhammad Rasulullah' sebagai cop mohor. Setiap utusan mampu bercakap dalam bahasa asing tempat mereka dihantar.



  1. Surat kepada Kaisar: Dihyah bin Khalifah al-Kalbi r.a. diutus kepada Hiraqla (Hercules), Raja Rom. Utusan dan surat diterima dengan baik namun Hiraqla menolak Islam kerana sayang akan takhta selepas penolakan Islam oleh para pembesarnya.

  2. Surat kepada Amir Busra: al-Harith bin Umair al-Azdi r.a. diutus kepada Sharhabil bin Amru al-Ghassani (Raja BUsra yang bernaung di bawah Rom). al-Harith r.a. ditangkap dan dibunuh.

  3. Surat kepada al-Harith bin Syamir: Syuja' bin Wahab r.a. diutus kepada Amir Dimasq. Surat dilempar dan tentera dikumpulkan untuk menyerang Muslimin.

  4. Surat kepada Muqauqis: Hatib bin Abi Balta'ah r.a. diutus kepada Amir Mesir. Utusan dan surat diterima dengan baik namun Muqauqis tetap tidak memeluk Islam.

  5. Surat kepada Najasyi: 'Amru bin Umayah al-Dhamiri r.a. diutus kepada Najasyi (Raja Habsyah). Utusan dan surat diterima dengan baik.

  6. Surat kepada Kisra: Abdullah bin Huzaifah as-Sahmi r.a. diutus kepada Kisra (Raja Iran). Surat dirampas dan dikoyakkan.

  7. Surat kepada al-Munzir bin Saawa: al-'Ala' bin al-Hadhrami r.a. diutus kepada Raja Bahrain. Baginda dan sebahagian rakyatnya memeluk Islam.

  8. Surat kepada Raja Oman: 'Amru bin al-'Ash r.a. diutus kepada 2 orang Raja Oman; Jaifar dan Abd bin al-Julanda. Kedua-dua mereka memeluk Islam.

  9. Surat kepada Hauzah bin Ali: Salit bin 'Ali al-'Amiri .a. diutus kepada Raja Yaman. Utusan dan surat diterima baik namun tidak memeluk Islam.





* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidask disertai oleh Rasulullah s.a.w.






* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~ Rujukan dari pelbagai kitab Ulama' Sirah.

Monday, February 21, 2011

(ix) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-5 Hijrah


PERISTIWA TAHUN KELIMA HIJRAH
  • Ghazwah Daumatul Jandal (Rabi'ul Awal) ~ Tercetus kerana qabilah Arab di Daumatul Jandal telah menyerang kafilah Muslimin yang menuju ke Syam dan Iraq. Nabi s.a.w. keluar dengan 1,000 pengikut ke Daumatul Jandal. Musuh melarikan diri dan tidak tercetus pertempuran. Tentera Islam merampas harta ghanimah yang ditinggalkan.

  • Penurunan Surah al-Jumu'ah (Rabi'ul Akhir).

  • Ghazwah Banu Mustaliq (Sya'ban; khilaf tahun ke-5 atau ke-6) ~ Berpunca dari satu berita bahawa Banu Mustaliq telah berkumpul di bawah pimpinan al-Harith bin Abi Dirar untuk memerangi baginda s.a.w. Baginda s.a.w. keluar dengan ramai pengikut dan bertembung mereka berhampiran Telaga al-Muraisi'. Banu Mustaliq mengalami kekalahan dan harta mereka dirampas.

  • Hadis al-Ikf ~ Terjadi setelah keberangkatan pulang tentera Islam dari Ghazwah Banu Mustaliq. Tercetus fitnah terhadap Aisyah r.a. dan Shafwan bin Mu'attal r.a. oleh penyebar fitnah yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. 3 orang dihukum sebat kerana mengeluarkan fitnah.

  • Ghazwah al-Khandaq (Syawal) ~ Dinamakan juga Ghazwah al-Ahzab. Yahudi Banu Nadhir bersama dengan Musyrikin Quraisy, Qabilah Ghatfan, Banu MUrrah, Banu Asyja', Banu Salim dan Banu Asad telah bersepakat untuk memerangi Rasulullah s.a.w. Kaum Muslimin berjumlah 3,000 orang manakala seluruh pakatan kafir Quraisy bersama qabilah-qabilah lain berjumlah 10,000 orang. Salman al-Farisi (khilaf ulama hadis) telah menyesyorkan kepada Nabi s.a.w. supaya digali kubu/ parit (khandak) di sekitar Kota Madinah. Kaum Muslimin dikepung oleh tentera Musyrikin selama beberapa hari. Banu Quraizah telah khianat dan mungkir janji kepada orang Islam. Rasulullah s.a.w. kemudiannya membentangkan perjanjian damai dengan Qabilah Ghatfan. Tentera kuffar tewas dengan 2 cara:
  1. Muslihat Nu'aim bin Mas'ud yang menimbulkan perpecahan sesama kaum Quraisy dan Banu Ghatfan.

  2. Berlaku ribut kencag yang memporak-porandakan perkhemahan Musyrikin.

  • Ghazwah Banu Quraizah (Syawal) ~ Berlaku sejurus setelah kembalinya kaum Muslimin dari peperangan Khandaq. Rasulullah s.a.w. bersama 3,000 pengikut menuju ke tempat Banu Quraizah dan mengepung mereka selama 25 malam (khilaf; 15 malam).

  • Kewafatan Sa'ad bin Mu'adz r.a. (Zulkaedah).

  • Keislaman Amru bin al-'Ash r.a. dan Khalid bin al-Walid r.a. (Zulkaedah).

  • Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Ummu Habibah binti Abu Sufyan r.a. secara berwakil (Zulhijjah; khilaf tahun ke-4 atau ke-5).

  • Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Zainab binti Jahsy r.a. selepas diceraikan oleh Zaid bin Harithah r.a. (Rabi'ul Akhir).

  • Kewajipan hijab.

  • Haji difardhukan.

* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.

* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.

* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.



Sunday, February 20, 2011

(viii) Sirah Rasul Junjungan Mulia~ Tahun ke-4 Hijrah


PERISTIWA TAHUN KEEMPAT HIJRAH

  • Sariyah Abu Salamah bin Abd al-Asad r.a. ~ Pakatan Tulaihah dan Salamah bin Khuwailid al-Asadi ingin menyerang Nabi s.a.w., Abu Salamah bin Abd al-Asad r.a. dihantar untuk mengetuai 150 muslimin. Tiba di Qatanan, berlaku pertempuran dan musuh melarikan diri.

  • Sariyah Abdullah bin Unais al-Juhani r.a. ~Sufyan bin Khalid bin Nubaih al-Huzali ingin menyerang Rasulullah s.a.w., Abdullah bin Unais al-Juhani r.a. dihantar oleh Nabi s.a.w. dan berjaya membunuh Sufyan dalam pertempuran tersebut.

  • Sariyah Amru bin Umayyah al-Dhamiri r.a. (7 Safar)

  • Yaum al-Raji' (Safar) ~ Rombongan qabilah 'Adhal dan al-Qarah tiba menemui Rasulullah s.a.w. meminta beberapa tokoh pendakwah untuk menyampaikan Islam di tempat mereka. 7 orang sahabat dihantar.

  • Tradegi Telaga Ma'unah (Safar) ~ 70 orang tokoh pendakwah dihantar kepada penduduk Najd diketuai oleh al-Munzir bin Amru r.a. Perjalanan tiba di Telaga Ma'unah dan diserang oleh Qabilah Salim 'Usiyyah Ra'al dan Zakwan atas permintaan 'Amir bin al-Taufal. Semua Muslimin terbunuh.

  • Ghazwah Banu Nadhir (Rabi'ul Awal) ~ Tercetus berikutan perancangan khianat Yahudi Banu Nadhir setelah baginda s.a.w. meminta diyah pembunuhan 2 orang Banu Amir oleh 'Amru bin Umayyah al-Dhamiri r.a. daripada Banu Nadhir. Rasululah s.a.w. mengutus Muhammad bin Maslamah r.a. supaya mengarahkan Banu Nadhir keluar dari Madinah. Yahudi Banu Nadhir dikepung selama 6 malam dan dihalau dari Madinah serta harta mereka dirampas.

  • Ghazwah Badar al-Ahkirah (Sya'ban) ~ Tercetus hasil dari perjanjian Abu Sufyan dengan Nabi s.a.w. untuk berperang sekali lagi dalam Badar selepas Ghazwah Uhud. Seramai 1,500 tentera Muslimin keluar bersama Rasulullah s.a.w. dan musuh seramai 2,000 orang. Nabi s.a.w. dan para sahabat bertahan di Badar selama 8 malam menungggu kedatangan tentera musuh. Abu Sufyan memutuskan untuk berundur dan tidak tercetus sebarang pertempuran.

  • Kelahiran Hussin bin Ali karramallahu wajhah (Ramadhan).

  • Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Ummu Salamah r.a. (Syawal).

  • Penurunan Surah al-Hasyr (Zulkaedah).

  • Kewafatan Ummul Mukminin Zainab binti Khuzaimah r.a.


* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.

* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.

* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.


(vii) Sirah Rasul Junjungan Mulia ~ Tahun ke-3 Hijrah


PERISTIWA TAHUN KETIGA HIJRAH
  • Ghazwah Zi Amar (15 Muharam) ~ Nabi s.a.w. keluar bersama 450 tentera muslimin disebabkan sekumpulan Banu Tha'labah dan Banu Muhari berhimpun ingin menyerang pinggir Madinah. Musuh berpecah setelah mendengar kedatangan tentera Muslimin.

  • Perkahwinan Naabi s.a.w. dengan Hafsah binti Umar al-Khattab dan perkahwinan Uthman bin 'Affan dengan Ummu Kalthum r.a. (Rabi'ul Awal).

  • Ghazwah Ghatfan (Rabi'ul Awal) ~ Nabi s.a.w. keluar bersama 450 pengikut untuk menyekat pakatan Banu Tha'labah dan Ghatfan yang diketuai oleh Du'thur bagi menyerang Madinah. Tidak tercetus pertempuran sebaliknya Du'thur memeluk Islam.

  • Ghuzwah Buhran (Rabi'ul Awal-Jamadil Awal) ~ Rasulullah s.a.w. mengetuai 300 pengikut kerana puak Banu Salim ingin menyerang Madinah. Tiba di Buhran mereka berpecah dan tidak tercetus pertempuran.

  • Sariyah Zaid bin Harithah r.a. (Jamadil Akhir) ~ Rasulullah s.a.w. mengutus Zaid bin Harithah r.a. bersama 100 Muslimin untuk menjejaki rombongan Quraisy ke Syam. Bertemu di Qardah dan merampas sebahagian unta.

  • Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Zainab binti Khuzaimah al-Hilaliyah r.a./ Ummul Masakin. (Rejab).

  • Kelahiran Hassan bin Ali r.a. (Rejab).

  • Ketibaan utusan Banu Najran bertemu Nabi s.a.w. (Sya'ban).

  • Pengharaman arak secara beransur-ansur.

  • Permulaan turun Surah Ali-'Imran (Ramadhan).

  • Ghazwah Uhud (7 Syawal) ~ Berpunca dari keinginan kaum Quraisy menuntut bela di atas kekalahan mereka dalam peperangan Badar. Quraisy keluar dengan 3,000 pengikut dan Nabi s.a.w. keluar bersama 1,000 orang para sahabat (yang kemudiannya menarik diri, 300 orang pengikut Abdullah bin Salul). Kemenangan di pihak Muslimin di awal pertempuran sebelum musyrikin mengambil kesempatan dengan kelekaan tentera Islam.

  • Ghazwah Hamra al-Asad (Syawal) ~ Rasulullah s.a.w. keluar bersama pengikut-pengikut yang menyertai Perang Uhud memburu kafir Quraisy sehari selepas Perang Uhud. Perjalanan tiba di Hamra al-Asad dan bermalam selama 3 hari. Tidak tercetus pertempuran dan puak musyrikin segera beredar ke Mekah.


* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.

* Sariyah: Expedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.



* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.


(vi) Sirah Rasul Junjungan ~Tahun Ke-2 Hijrah


PERISTIWA TAHUN KEDUA HIJRAH


  • Ghazwah Waddan (Safar) ~ Nabi s.a.w. keluar bersama 70 sahabat untuk menyekat kafilah Quraisy seramai 100 orang bersama Umayyah bin Khalaf dan 1,500 unta. Tidak berlaku pertempuran.

  • Zil-'Ushairah (15 Jamadil Awwal) ~ Nabi s.a.w. keluar bersama 150 Muhajirin untuk menyekat rombongan Abu Sufyan bin Harb beserta 20 orang lelaki. Musuh terlepas.

  • Ghazwah Badar al-Ula (22 Jamadil Akhir) ~ Bertujuan menjejaki da mengejar Kuraz bin Jabir al-Qahri yang datang menyerang hendap Madinah. Khuraz terlepas.

  • Sariyah Abdullah bin Jahsy r.a. (Rejab) ~ Sariyah bersama 12 orang lelaki. Berlaku pembunuhan pertama oleh umat Islam pada bulan yang diharamkan perang dengan terbunuhnya 'Amru bin al-Hadrami.

    • Pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah (15 Sya'ban).

    • Kefardhuan puasa. Kewajipan pada bulan Sya'ban untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan.

    • Kewaajipan zakat fitrah dan zakat harta.

    • Ghazwah Badar al-Kubra (17 Ramadhan) ~ Nabi s.a.w. keluar bersama 313 muslimin (majoritinya kaum Ansar beserta 2 tentera berkuda dan 70 unta) untuk menyekat kafilah Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb yang pulang dari Syam. Kafilah mereka terlepas dari sekatan, namun Abu Jahal tetap berkeras untuk berperang. Tentera musyrikin Quraisy seramai 950 orang, 100 tentera berkuda dan 700 unta. Kemenangan di pihak muslimin dengan 70 musyrikin terbunuh dan 70 orang ditawan. Beberapa orang pembesar Quraisy terbunuh termasuk Abu Jahal bin Husham.

    • Tahun ke-2 hijrah juga menyaksikan kewafatan puteri Rasulullah s.a.w., Ruqayyah r.a. isteri Uthman bin 'Affan r.a. (26 Ramadhan).

    • Ghazwah Banu Qauniqa' (Rabi'ul Akhir. Pendapat yang kuat pada Syawal tahun ke-2 H) ~ Tercetus disebabkan peristiwa seorang pemuda muslim dibunuh kerana membunuh seorang tukang emas Qainuqa' yang cuba mempermainkan seorang wanita Ansar terdedah auratnya di pasar Banu Qainuqa'. Nabi s.a.w. mengepung orang-orang yahudi Banu Qainuqa' selama 15 malam berturut-turut di tempat mereka. Yahudi Banu Qainuqa' diusir keluar dari Madinah.

    • Ghazwah al-Sawiq (5 Zulhijjah) ~ Abu Sufyan bernazar tidak akan membasuh kepala shinggalah dapat membalas dendam terhadap kaum Muslimin atas kekalahan di Badar. Keluar bersama 200 musyrikin dan berhasil membunuh 2 orang Ansar. Tentera musyrikin terlepas dari dikejar tentera Muslimin.

    • Solat hari raya yang pertama.

    • Perkahwinan Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah dengan Fatimah binti Rasulillah s.a.w. (20 Syawal).


    * Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.

    * Sariyah: Expedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.



    * Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mstapha da Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.

    (v) Sirah Rasul Junjungan~ Tahun Pertama Hijrah

    PERISTIWA TAHUN PERTAMA HIJRAH

    Suasana di Madinah:

    • 3 kelompok besar Yahudi:
    1. Yahudi Banu Qainuqa'~ ketika itu terdapat sekitar 700 lelaki dewasa.

    2. Yahudi Banu Quraizah~ 700-900 lelaki dewasa.

    3. Yahudi Banu Nadhir~ sekitar 700 lelaki dewasa.
    • Aus dan Khazraj:
    1. Aus tinggal di kawasan yang subur, berjiran dengan Yahudi Banu Nadhir dan Yahudi Banu Quraizah.

    2. Khazraj tinggal di kawasan kurang subur dan berjiran dengan Yahudi Banu Qainuqa'.

    3. Aus dan Khazraj sering berperang. Peperangan yang pertama ialah peperangan Samir dan peperangan terakhir adalah peperangan Buwat (5 tahun sebelum hijrah~ dimenangi oleh Aus. Manakala Khazraj telah bersekutu dengan Yahudi Banu Qainuqa').
    • Masyarakat pada masa tersebut menyembah berhala Manat kerana mengikut apa yang diamalkan di Mekah. Berhala Uzza disembah di Mekah dan berhala Laata disembah di Taif.

    • Tanah yang subur di Madinah digunakan untuk menanam anggur dan kurma.

    • Penukaran nama Yathrib kepada Madinah.

    Pembinaan Masjid an-Nabawi:

    • Dibina di atas tanah yang dibeli kepunyaan 2 orang anak yatim.

    • Asalnya ialah tempat pengeringan tamar dan terdapat perkuburan lama.

    • Bermulanya seruan azan dalam Islam yang dilaungkan oleh Bilal binRabah r.a.

    Penggubalan Piagam Madinah:

    • Perlembagaan bertulis pertama dalam Islam yang digubal antara orang Islam (Ansar dan Muhajirin) dengan Yahudi Madinah.

    • Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.

    Peristiwa lain:

    • Ketibaan keluarga Nabi s.a.w. dan saki baki kaum Muslimin ke Madinah (Rabi'ul Akhir).

    • Nabi s.a.w. mengutuskan Zaid bin Harithah dan Abu Rafi' r.a. ke Mekah untuk mengambil saki baki kaum Muslimin yang masih belum tiba. Abdullah bin Uraigit sebagai penunjuk jalan.

    • Keizinan berperang melalui turunnya Surah al-Hajj (Rejab).
    1. Sariyah Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. (Ramadhan) ~ juga dinamakan Sariyah Saiful Bahr. Disertai 30 orang muslimin. Bertujuan untuk menyekat kafilah perniagaan Quraisy seramai 300 orang musyrikin bersama Abu Jahal. Pertempuran dihalang oleh Majdi bin Amru.

    2. Sariyah Ubaidah bin Harithah r.a. (7 Syawal) ~ juga dinamakan Sariyah Rabigh. Disertai 60 orang Muhajirin. Berlaku panah-memanah dan berakhir dengan larinya golongan musyrikin.

    3. Sariyah Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. (Zulkaedah) ~ juga dinamakan Sariyah al-Kharar. Disertai 20 orang muslimin. Bertujuan untuk menyekat kafilah Quraisy. Kafilah berlalu dan tidak berlaku pertempuran.

    * Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi s.a.w. Terdiri daripada kumpulan tentera seramai antara 90-100 orang.

    * Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi~ Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.



    Saturday, February 19, 2011

    (iv) Sirah Rasul Junjungan~ Peristiwa Hijrah



    Peristiwa Hijrah:

    • Bermulanya hijrah kaum muslimin ke Madinah. Orang pertama berhijrah adalah Abu Salam al-Makhzumi r.a. bersama dengan isterinya Ummu Salamah r.a.

    • Hijrah beramai-ramai secara sembunyi sehinggakan tiada yang tinggal di Mekah kecuali Nabi s.a.w., Abu Bakar, al-Suhaib ar-Rumi dan Zaid bin Harithah radhiallahu 'anhum juga beberapa wanita di kalangan keluarga Nabi s.a.w.

    • Bermulanya perbincangan di Dar an-Nadwah untuk merancang pembunuhan Nabi s.a.w.

    • Hijrah Rasulullah s.a.w. bersama Abu Bakar r.a. (2 Rabi'ul Awal bersamaan 20 September 631 M), 13 tahun selepas perutusan baginda s.a.w. sebagai Rasul.

    • Rencana untuk membunuh baginda s.a.w. dilaksanakan pada malam hijrah.

    • Rumah Nabi s.a.w. dikepung oleh pemuda-pemuda dari pelbagai qabilah.

    • Ali bin Abi Talib karramllahu wajhah menggantikan Nabi s.a.w. di tempat tidur.

    • Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. berada di Gua Thur selama 3 hari.

    • Abdullah bin Abu Bakar r.a. ditugaskan menyelidik berita-berita Kota Mekah.

    • Amir bin Fuhairah r.a. disuruh memadamkan kesan tapak kaki ke Gua Thur dengan menuntun kambing.

    • Asma' binti Abu Bakar r.a. menyediakan makanan.

    • Detik genting di Gua Thur~ Nabi s.a.w. diselamatkan oleh Allah dengan sarang labah-labah dan sarang merpati.

    • Dikejar oleh Suraqah bin Malik.

    • Mukjizat di perkhemahan Ummi Ma'bad al-Khuza'i~ Rasulullah s.a.w. memerah susu daripada kambing yang sangat kurus dan lemah.

    • Nabi s.a.w. tiba di Quba' (8 Rabi'ul Awal). Singgah di rumah Kalthum bin Hudm r.a. selama 3 hari.

    • Pembinaan masjid Quba'

    • Tiba di Madinah (12 Rabi'ul Awal).

    • Disambut dengan gilang gemilang oleh 500 orang Ansar dan diiringi masuk ke dalam Kota Madinah.

    • Solat Jumaat pertama dalam sejarah Islam di perkampungan Banu Salim bin 'Auf.

    • Rasulullah s.a.w. menetap di rumah Abu Ayub al-Ansari r.a. di Madinah.

    * Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi~ Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.

    Friday, February 18, 2011

    (iii) Sirah Rasul Junjungan~ Dari Kerasulan Hingga Peristiwa Hijrah

    DARI KERASULAN HINGGA PERISTIWA HIJRAH


    Penurunan Wahyu:

    • Wahyu pertama turun pada 17 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah bersamaan Julai 610 Masihi.

    • Pulang dalam ketakutan dan pertemuan dengan Waraqah bin Naufal, sepupu Khadijah r.a.

    • Terputusnya wahyu selama 40 hari.

    • Turunnya awal Surah al-Muddathir.

    Seruan dakwah dan penentangan:

    • Bermula seruan dakwah secara sulit selama 3 tahun.

    • Golongan awal memeluk Islam:
    1. Khadijah binti Khuwailid r.a.

    2. Ali bin Abi Thalib karramallahu wajhah.

    3. Zaid bin Harithah r.a.

    4. Abu Bakr bin Abi Quhafah r.a.

    5. Uthman bin 'Affan r.a.

    6. Zubair bin Awwam r.a.

    7. Abdul Rahman bin 'Auf r.a.

    8. Saad bin Abi Waqqas r.a.

    9. Thalhah bin 'Ubaidillah r.a.

    • Apabila penganut Islam berjumlah 30 orang, Rasulullah s.a.w. menjadikan rumah al-Arqam bin Abi Arqam r.a. sebagai markas dakwah.

    • Turunnya Surah al-Hijr ayat ke-94 memerintahkan dakwah dilakukan secara terang-terangan.

    • Mengumpulkan Banu Fihr dan Banu 'Adi di Bukit Safa.

    • Bermulanya penyeksaan~ dicekik oleh 'Uqbah bin Abi Mu'it semasa sedang solat di Kaabah, dilontar najis, etc.

    • Sahabat-sahabat Nabi mula diseksa.

    • Keislaman Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. hasil daripada penindasan musyrikin Quraisy terhadap Nabi s.a.w.

    • Hijrah pertama ke Habsyah~ 10 lelaki + 5 perempuan (Rejab tahun ke-5 kenabian).

    • Keislaman Umar al-Khattab r.a.

    • Kepulangan Muhajirin dari Habsyah selepas 3 bulan di perantauan.

    • Permintaan musyrikin Quraisy kepada Abu Talib agar menyerahkan Nabi s.a.w. untuk dibunuh.

    • Hijrah kedua ke Habsyah~ 83 lelaki + 18 perempuan (Rabi'ul awal tahun ke-6 kenabian).


    • Bermulanya pemulauan ekonomi ke atas Banu Hasyim dan Banu Abdul Mutalib (Tahun ke-7 kenabian).

    • Musyrikin Qiraisy bersetuju tidak mengahwinin, tidak berjual beli, memutuskan hubungan, menyekat sumber-sumber rezeki dan tidak menerima sebarang perdamaian. Naskhah perjanjian digantung di Kaabah. Pemulauan ini berlaku selama 3 tahun bermula dari bulan Muharam tahun ke-7 hingga tahun ke-10 selepas kebangkitan baginda s.a.w. menjadi Rasul. Berakhir dengan anai-anai menggerit naskhah perjanjian.

    • Berakhirnya pemulauan dengan peristiwa keluar 5 orang pemuka Quraisy melanggar perjanjian.

    • Utusan pertama menemui Rasulullah s.a.w. semasa musim haji. Rombongan Nasrani Najran seramai lebih kurang 20 orang yang akhirnya memeluk Islam.

    • Kewafatan Khadijah r.a. (tahun ke-10 kenabian), diikuti kewafatan Abu Talib sebulan lima hari selepas itu. Merupakan tahun perkabungan dan tahun kesedihan.

    • Bertambah hebat penentangan kepada dakwah Islam.

    • Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Saudah binti Zam'ah r.a.

    • Sebulan kemudian perkahwinan Nabi s.a.w. dengan 'Aisyah binti Abu Bakr r.a.

    • Perantauan ke Thaif bersama dengan Zaid bin Harithah r.a. (tahun ke-10 kenabian).

    • Dakwah Nabi ditolak oleh Banu Thaif dan Nabi s.a.w. disakiti.


    Peristiwa Isra' dan Mi'raj (Rejab tahun ke-10 kenabian/ 18 bulan sebelum hijrah).



    Mukjizat Isra' Mi'raj:
    • Solat 5 waktu sehari semalam difardhukan.

    • Nabi s.a.w. dibawa dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian dinaikkan ke Sidratul Muntaha.

    • Pendustaan Musyrikin Quraisy terhadap peristiwa ini dan Abu Bakar r.a. mendapat gelaran as-Siddiq.

    Dakwah diteruskan:

    • Rasulullah s.a.w. memperkenalkan dirinya kepada qabilah-qabilah yang datang menunaikan haji di Mekah. Keislaman Abu Dzar r.a.

    • Bermulanya golongan Ansar memeluk Islam, semuanya daripada kalangan Khazraj seramai 6 orang (tahun ke-11 kenabian):
    1. As'ad bin Zurarah r.a.

    2. 'Auf bin al-Harith r.a.

    3. Rafi' bin Malik r.a.

    4. Qutbah bin 'Amir r.a.

    5. 'Uqbah bin 'Amir r.a.

    6. Jabir bin Abdullah r.a.

    Perjanjian al-'Aqabah yang pertama (tahun ke-12 kenabian):

    • Disertai oleh 12 lelaki Ansar~ 10 daripada Khazraj + 2 daripada Aus.

    • Dimetrikan sepertimana Bai'ah an-Nisa'~ perjanjian ketaatan dan keimanan, tidak mengenai soal perang dan jihad.

    • Pengutusan Mus'ab bin Umair r.a. sebagai guru al-Quran. Beliau dikenali sebagai 'Muqri' al-Madinah'. Masyarakat Madinah memeluk Islam beramai-ramai.

    Perjanjian al-'Aqabah yang kedua (musim haji tahun ke-13 kenabian):

    • Disertai oleh 73 lelaki~ 62 daripada Khazraj dan 11 daripada Aus beserta 2 wanita.

    • Permintaan Ansar agar dipilih seramai 12 orang naqib.


    *Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi~ Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.

    Thursday, February 17, 2011

    (ii) Sirah Rasul Junjungan~ Dari Kelahiran Hingga Kerasulan


    PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN HINGGA DIANGKAT MENJADI RASUL

    • Dipelihara oleh datuknya 'Abdul Mutalib setelah lahir.

    • Disusukan oleh Suwaibah, hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa'ad bin Bakr.

    • Mendatangkan keberkatan kepada kampung Banu Sa'a'd apabila berada di sana.

    • Selepas 2 tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah as-Sa'adiyah memujuk bonda Nabi s.a.w. untuk terus memelihara baginda s.a.w.

    • Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa'ad.

    • Peristiwa dibedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke bawah jagaan ibunya (umur 5 tahun).

    • Wafatnya Aminah bonda Nabi s.a.w. di Abwa' (umur 6 tahun).

    • Dipelihara pula oleh datuknya 'Abdul Mutalib.

    • Dipelihara oleh Abu Thalib selepas kematian 'Abdul Mutalib (umur 8 tahun).

    • Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Thalib, bertemu dengan paderi Buhaira (umur 12 tahun).

    • Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.

    • Berlaku Harbu al-Fijar (umur 20 tahun).

    • Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid r.a. (umur 25 tahun).

    • Khadijah r.a. menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda s.a.w. melalui Nafisah binti Manbah.

    • Perkahwinan dengan Khadijah r.a. semasa baginda s.a.w. berumur 25 tahun manakala Khadijah r.a. berumur 40 tahun.

    • Kelahiran Qasim r.a. ketika Rasulullah s.a.w. berumur 28 tahun.

    • Kelahiran Zainab r.a.

    • Wafatnya Qasim r.a. semasa berumur 2 tahun.

    • Penyertaan Rasulullah s.a.w. dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah (umur 35 tahun).

    • Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajaratul Aswad.

    • Terkenal dengan panggilan al-Amin.

    • Mula gemar berkhalwat di Gua Hira' (umur 40 tahun).

    * Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi~ Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.


    Wednesday, February 16, 2011

    (i) Sirah Rasul Junjungan~ Biografi Nabi Muhammad s.a.w.

    Jika hanya mulut yang melafazkan cinta, namun hati, minda dan perbuatan menyatakan sebaliknya, maka layakkah ini dikatakan benar-benar cinta? Jika cinta belum benar-benar bersemi, layakkah diri menerima syafaat baginda s.a.w., manusia mulia Kekasih Allah?

    Allahu Akbar! Jauhnya diri ini dari mengenali sirah Junjungan Mulia... kisah kasih sayang, perjuangan, kepimpinan, kehambaan dan keseluruhan hidup Rasul mulia ini masih belum diteliti sepenuhya... Lantas, bisakah diri mengatakan cinta? 'Tak kenal maka tak cinta'...

    Mari bersama saya... kita susuri sirah kehidupan Rasul Junjungan agar bertambah rasa cinta dan kasih kepada Baginda, manusia yang dimuliakan Allah sebagai KekasihNya... Jika Allah s.w.t. mengangkat Muhammad bin Abdullah sebagai 'kekasihNya', siapa baginda di hati kita?



    Saya ringkaskan tulisan Dr Ahmad Muhaimain Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi. Rujukan tulisan tersebut adalah dari beberapa kitab ulama' ulung seperti Syeikh Muhammad al-Khadri Bik, Syeikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri, Ibnu Hisyam, Muhammad Ramadhan al-Buti, Muhammad Husain Haekal, Dr Rusdi Badrawi, Abu Hassan Ali al-Hasani an-Nadawi, dan Syeikh Imam Muhammad bin Abi Bakr bin Abdul Qadir ar-Razi. Moga dikreditkan aliran pahala buat mereka semuanya atas perkongsian ilmu ini...


    BIOGRAFI RASULULLAH S.A.W.

    Nama: Muhammad s.a.w. bin Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.

    Bapa: Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab.

    Ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab.

    Tarikh lahir: Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyur). Pendapat yang rajih pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.

    Status: Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.


    Isteri-isteri:

    1. Khadijah binti Khuwailid r.a.
    2. Saudah binti Zam'ah r.a.
    3. 'Aisyah binti Abu Bakar r.a.
    4. Hafsah binti Umar r.a.
    5. Zainab binti Khuzaimah r.a.
    6. Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah r.a.
    7. Zainab binti Jahsyi r.a.
    8. Juwairiyah binti Harith r.a.
    9. Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan r.a.
    10. Syahiyyah binti Huyai bin Akhtab r.a. (Banu Nadir keturunan Nabi Harun).
    11. Maimunah binti Harith r.a.

    * Semua isteri Nabi s.a.w. janda semasa dikahwini kecuali 'Aisyah r.a.

    * Nabi s.a.w. meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.


    Suriyah (Hamba yang disediakan tempat kediaman untuknya. -Mukhtar al-Sihah):

    1. Mariah binti Syam'uun r.a. (Hadiah Raja Mesir, Muqauqis).

    2. Raihanah binti Zaid r.a. (Tawanan perang yang masuk Islam, dibebaskan dan berkahwin dengan Nabi s.a.w. Berasal dari Banu Nadhir).

    Zuriat:

    1. Qasim r.a. (menyebabkan Baginda s.a.w. digelar Abul Qasim).

    2. Zainab r.a.

    3. Ruqayyah r.a.

    4. Ummu Kalthum r.a.

    5. Fatimah r.a.

    6. Abdullah r.a. (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)

    7. Ibrahim r.a.

    * Semuanya daripada perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Khadijah r.a. kecuali Ibrahim r.a. daripada Mariah al-Qibtiyah r.a.

    * Semua anak-anak Nabi s.a.w. wafat sewaktu hayat baginda kecuali Fatimah r.a.

    * Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.



    Tuesday, February 15, 2011

    Perjuangan dan Kasih Seorang Kekasih..

    video

    Monday, February 14, 2011

    Selamat Hari Lahir Duhai Kekasih...




    Malu untuk Mengatakan Cinta...

    Malu rasanya ingin mengatakan cinta..

    Kepada dia, Kekasih Alllah...

    Kerana dia insan mulia...

    Sedangkan diriku hanya insan biasa...

    Kerana peribadinya aku terpesona...

    Kerana budinya aku jatuh cinta...

    Justeru, kucuba untuk menuruti segala sunnah Baginda...


    Kusedari, hakikat mencintai Rasulullah adalah mencintai Allah s.w.t. jua...

    Kerana RasulNya yang mulia adalah utusan Kasih Sayang Rabbul Jalil..

    Dan pada diri Rasulullah jua terpantul segala sifat mulia yang dicintai Allah..

    Sunday, February 13, 2011

    Pesona Seorang Kekasih

    Ketika era perkembangan Islam di Madinah, kaum Muhajirin dan Ansar sudah umpama adik beradik yang sanggup berkorban apa jua untuk kepentingan Islam. Para sahabat mentaati, menyayangi dan mencintai Rasulullah melebihi cinta kepada diri dan keluarga mereka sendiri.

    Namun kerana keegoan kaum yahudi dan musyrikin, mereka menyangkal kebenaran deenul haq yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Tidak kenal maka tak cinta. Pernah seorang yahudi yang buta matanya mengemis di suatu sudut di pasar Madinah mencanangkan dakyahnya menghasut manusia untuk membenci Rasulullah s.a.w.

    "Jangan dekati Muhammad, nanti kalian akan dipengaruhinya ! Dia itu orang gila, pembohong dan tukang sihir." Namun si yahudi, pengemis buta ini hampir setiap pagi akan didatangi oleh seorang lelaki yang sangat pemurah sambil menyuapkan makanan kepadanya. Orang ini hanya mendiamkan diri ketika cacian dan maki hamun dilemparkan kepada Muhammad, Rasulullah...


    Tiba satu ketika, Saidina Abu Bakar menggantikan kebiasaan lelaki pemurah tersebut untuk bersedekah dan menyuapkan makanan kepada si pengemis buta itu. Lantas ditanya oleh pengemis yahudi itu: "Siapakah kamu?" "Sayalah orang yang selalu datang kepada kamu pada setiap pagi ", jawab Abu Bakar r.a.


    "Bukan, kamu bukan orangnya! Lelaki pemurah yang biasa menyuapiku setiap pagi amat menyenangkanku. Tidak susah untuk tangan ini memegang dan tidak susah untuk mulut ini menguyah. Dia terlebih dahulu menghaluskan makanan sebelum disuapkan kepadaku". Jawab si tua yahudi tetsebut.

    Abu Bakar tidak dapat menahan tangisannya.. berguguran air mata membasahi muka dan janggutnya yang bening itu. "Subhanallah... Peribadi 'kekasih'ku begitu mulia! Dia sangat penyabar... sanggup menahan kejian dan cercaan bahkan 'menghadiahkan kasih sayang' kepada si yahudi buta ini", monolong sayu Abu Bakar di dalam hatinya yang kepiluan menahan kerinduan teramat sangat kepada si 'kekasih hati'.

    "Wahai yahudi, aku memang bukan lelaki yang kebiasaannya mendatangi dan menyuapi dirimu. Aku adalah sahabatnya. Lelaki mulia yang amat kau 'senangi' itu adalah lelaki yang sering kau cerca dan maki hamun dirinya! Dia telah wafat, wahai pengemis buta... Dia yang menyuapimu setiap pagi dan hanya berdiam diri tatkala dicerca... Dia yang mendatangimu setiap pagi adalah Muhammad, Rasulullah..." Bercucuran air mata Abu Bakar tatkala melafazkan kalimah 'Muhammad Rasulullah'... Kekasih hatinya yang telah wafat...


    Terkaku si pengemis yahudi tersebut. Terdiam seribu bicara, seolah-olah tidak mempercaya! "Benarkah apa yang kudengari ini? Muhammad kah yang datang membawaku makanan dan menyuapiku selama ini? Bagaimana mungkin, aku menghina dan memfitnahnya dengan begitu dasyat namun tidak pernah dimarahi walau sekelumit? Kelu lidahku... kosong jiwaku saat ini! Bersaksilah wahai sahabat Muhammad, sungguh aku mengakui, Muhammad itu benar-benar seorang Rasul utusan Allah!" Lafaz kalimah syahadah terus meluncur laju di bibir pengemis buta itu sambil mengalir deras air mata keinsafan...


    Allahu Akbar! Ya Rasulullah... betapa mulia dan indahnya peribadimu... membuatkan jiwa kawan dan lawan terpesona lantas membuahkan cinta ~ Benarlah, tak kenal maka tak cinta... Cinta dan kasih lahir dari hati yang mengenalimu, wahai Kekasih Allah...


    Uhibbuka Ya Rasulullah... Ya Habibullah... Fiika Uswatun Hasanah liman kaana yuridul akhirah..



    Saturday, February 12, 2011

    Kekasih yang Sangat Istimewa..



    Dia Kekasih Allah, kekasih seluruh makhluk di langit dan di bumi, para malaikat dan para muttaqin yang sering merindui...

    Kelahirannya dinanti... kedatangan dan kehidupannya amat dikasihi dan disenangi oleh seluruh isi langit dan bumi... dipenuhi barakah dan dilimpahi kasih memenuhi kecintaan...

    Bermula sebelum dari saat kelahiran, Allah telah melimpahkan barakah dan keistimewaan buat KekasihNya. Aminah, bonda Junjungan Mulia Muhammad s.a.w dikhabarkan melalui mimpi bahawasanya dia akan mengandungkan seorang pemimpin dan penghulu seluruh umat manusia. Sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., sedikitpun tidak terasa berat dan sukar bagi Aminah. Lahirnya pula dalam keadaan yang sudah berkhitan.

    Ketika saat kelahiran Muhammad bin Abdullah, mahligai Raja Kisra di Rom telah berlaku gegaran yang menyebabkan beberapa binaan tiang yang utuh itu tumbang. Sesuatu yang tidak pernah terjadi. Juga terpadamnya api sembahan Majusi di negara Parsi yang berlaku secara tiba-tiba walaupun tidak pernah terpadam sejak seribu tahun sebelumnya.

    Ketika di bawah jagaan Halimatus Sa'adiah, binatang peliharaan mereka yang kurus secara tiba-tiba menjadi gemuk dan mengeluarkan susu tanpa henti. Keluarga yang miskin itu dicukupkan lantaran barakahnya anak kecil yang bernama Muhammad ini..

    Di usia 4 tahun, Nabi Muhammad 'dibedah' dadanya dan 'dicuci' hatinya agar sentiasa dalam fitrah kesucian, tidak dipenuhi kehitaman seperti mana manusia lainnya. Sepanjang meniti zaman kanak-kanak dan remaja, Allah memelihara Muhammad bin Abdullah dari segala perbuatan jahiliyah
    Betapa istimewanya Baginda... dikurniakan pelbagai mukjizat dan barakah, tanda kasih dan cintanya Allah kepada Rasul pilihanNya.. Rasulullah sangat istimewa... Peribadinya al-amin dan dipercayai oleh semua orang. Kata-kata dan pergaulannya penuh lemah lembut dan berhikmah. Senyuman mesra sentiasa terpamer pada wajah baginda. Kasih sayang jelas terpancar pada seraut wajah yang bening dipenuhi rasa tawadhu'.


    Baginda disayangi dan disenangi oleh sesiapa jua ~ biarpun kali pertama bersua, hati pasti akan jatuh cinta! Mengalir rasa kasih dan cinta melebihi diri dan keluarga sendiri. Itulah yang dirasakan oleh para sahabat baginda. Biar musuh sekalipun, rasa kasih tetap mengalir membasahi diri mereka, cuma keangkuhan yang menafikan.


    Kisah pengorbanan, jihad dan kepimpinan Baginda Rasulullah bisa membuatkan air mata ini tumpah... Betapa besarnya erti perjuangan dan keperitan yang telah Rasullah s.a.w. lalui untuk membawa misi kasih sayang dan keamanan. Dari kehambaan dunia kepada kehambaan kepada Rabbul Jalil. Dari rasa ketuanan kepada rasa kehambaan. Dari kezaliman kepada keselamatan dan keadilan Islam. Dari permusuhan kepada kasih sayang dan ukhuwwah sesama insan. Dari segala kegelapan jahiliyah kepada cahaya kesucian deenul Islam...

    Kini selepas lebih 1400 tahun pemergian Rasulullah s.a.w., masih wujudkah 'cinta' umat ini umpama para sahabat mencintai Kekasih yang sangat-sangat istimewa ini? Dia kekasih yang sangat istimewa di sisi Allah dan seluruh makhluk di langit dan di bumi...


    ~"Duhai Kekasih Allah... bukankah dirimu telah dijamin syurga? Mengapa engkau sanggup bersusah payah begini?" tanya Saidatina 'Aisyah tatkala melihat bengkak di kaki kekasih hatinya lantaran terlalu banyak melakukan solat malam. "Ya 'Aisyah.. bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur." Jawab Rasulullah s.a.w. dengan lunaknya, penuh rasa kehambaan..



    Friday, February 11, 2011

    Kerana Cinta..



    Cuba bayangkan, seorang Raja, Sultan atau Perdana Menteri mengenali kita. Bahkan lebih daripada itu, dia menyayangi kita. Diberinya harta dan keistimewaan serta layanan umpama VVVIP. Ke mana pun kita pergi, orang memuji... dia orang kesayanganyan Sultan nie..


    Lebih best lagi, ke mana-mana pun percuma. Semua ditanggung. Naik flight bussiness class. Bilik hotel juga presidential suite. Dipenuhi makanan dan pakaian mewah-mewah. Bahagianya jiwa...


    Cuba hadirkan perasaan yang sama...



    'Kekasih Allah' menyayangi kita!


    Sebelum kewafatan baginda s.a.w., kita disebut-sebut dan diingati. Kita dirisaukan dan disayangi walaupun belum pernah bertemu dengan baginda...


    Kita diberi pelbagai kemuliaan sebagai umat Muhammad, kekasih yang paling dicintai Allah s.w.t.


    Kita diberi syafaat dan penghormatan mengatasi umat Nabi-nabi lain.


    Kita disayangi Allah kerana menjadi umat kekasihNya.


    Kita sering didoakan oleh Rasulullah s.a.w.


    Kita bakal menjadi VVVIP yang disegerakan tempoh hisab berbanding umat Nabi-nabi lain yang terpaksa menanggung azab kepanasan yang amat lama di Padang Masyhar kelak.


    Kita diberi layanan istimewa untuk meneguk air dari telaga Rasulullah yang mampu menghilangkan kehausan melampau di padang masyar kelak.


    Kita tidak terus diturunkan bala seperti umat Nabi-nabi lain, cuma 'peringatan kecil' yang Allah kirimkan supaya kita sedari derhaka yang telah dilakukan.


    Kita diberi pelbagai syafa'at dan kasih sayang kerana cintanya Rasulullah s.a.w. terhadap kita...





    Kerana cinta... Baginda sanggup menggadai nyawa supaya deenul Islam ini sampai kepada kita.


    Kerana cinta... Baginda menangis mengenangkan nasib kita di akhirat kelak.


    Kerana cinta.. Rasulullah tidak putus-putus mendoakan kita...


    Kerana cinta.. Rasulullah sendiri ingin menanggung kesakitan sakaratul maut ummatnya, kerana bimbang kita tidak sanggup menghadapinya...


    Kerana cinta Nabi yang mulia inilah, kita dipandang mulia...


    Ya Rasullullah... kerana cintamu... kami jatuh cinta dan merinduimu...





    Thursday, February 10, 2011

    ~Jom Sebarkan Salam~


    Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seseorang mukmin apabila bertemu dengan seorang mukmin yang lain, lalu ia memberi salam kepadanya dan memegang tangannya untuk bersalaman, maka berguguranlah dosa-dosa mereka umpama gugurnya daun-daun dari pokok" (HR Tabarani)





    Wednesday, February 9, 2011

    ~Senyumlah~




    Tuesday, February 8, 2011

    Makna Hidup

    Makna pada sebuah kehidupan pastinya sesuatu yang membahagiakan, memberi kepuasan dan menenangkan.

    Makna pada sebuah kebahagiaan dan ketenangan pasti ada pada jiwa yang sentiasa hampir dengan Allah... Pada sebuah pengharapan dan usaha demi menggapai Redha Rabbul Jalil..

    Sepanjang perjalanan kehidupan ini merupakan medan untuk kita memberi, memanfaatkan, dan menyumbang tanpa henti... Juga medan untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman untuk terus beramal dan menyumbang...


    Pentas kehidupan ini adalah medan untuk sentiasa membaiki segala kelemahan diri dan menukarkannya kepada kebaikan. Pada setulus doa, usaha dan harapan.. untuk sentiasa berada dalam kebaikan dan diberikan yang terbaik sepanjang kehidupan...

    Makna kehidupan pada bahagianya hati, tenangnya jiwa, positifnya minda, sihatnya jasmani dan rohani, serta redhanya Allah pada kita. Untuk mencapainya, perlu ada usaha dan mujahadah.

    Bekerja sewaktu hidup umpama akan hidup selamanya. Minta Allah berikan kekuatan untuk menghasilkan yang terbaik dan menyumbangkan yang terbaik juga.


    Beramal untuk kematian umpama akan mati keesokan harinya. Mohon pada Allah agar dipermudahkan jalan mujahadah meniti keikhlasan beramal.


    Berikan makna pada sebuah kehidupan ~ agar segala yang disemai 'di sini' terus 'hidup' menuju destinasi terakhir kita tika kembali kepada Allah..


    ~ Allahu Rabbana... kurniakan kami kebaikan dalam seluruh kehidupan ini... berikan kami apa-apa yang terbaik buat diri, agama dan kesudahan kami... Jadikan kami orang yang baik dan dikurniakan apa yang terbaik dari sisi Mu.. dipandang baik pada pandanganMu dan para makhlukMu... serta kembalikan kami di tempat yang terbaik di Jannah Mu kelak...