PERISTIWA TAHUN KELIMA HIJRAH
- Ghazwah Daumatul Jandal (Rabi'ul Awal) ~ Tercetus kerana qabilah Arab di Daumatul Jandal telah menyerang kafilah Muslimin yang menuju ke Syam dan Iraq. Nabi s.a.w. keluar dengan 1,000 pengikut ke Daumatul Jandal. Musuh melarikan diri dan tidak tercetus pertempuran. Tentera Islam merampas harta ghanimah yang ditinggalkan.
- Penurunan Surah al-Jumu'ah (Rabi'ul Akhir).
- Ghazwah Banu Mustaliq (Sya'ban; khilaf tahun ke-5 atau ke-6) ~ Berpunca dari satu berita bahawa Banu Mustaliq telah berkumpul di bawah pimpinan al-Harith bin Abi Dirar untuk memerangi baginda s.a.w. Baginda s.a.w. keluar dengan ramai pengikut dan bertembung mereka berhampiran Telaga al-Muraisi'. Banu Mustaliq mengalami kekalahan dan harta mereka dirampas.
- Hadis al-Ikf ~ Terjadi setelah keberangkatan pulang tentera Islam dari Ghazwah Banu Mustaliq. Tercetus fitnah terhadap Aisyah r.a. dan Shafwan bin Mu'attal r.a. oleh penyebar fitnah yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. 3 orang dihukum sebat kerana mengeluarkan fitnah.
- Ghazwah al-Khandaq (Syawal) ~ Dinamakan juga Ghazwah al-Ahzab. Yahudi Banu Nadhir bersama dengan Musyrikin Quraisy, Qabilah Ghatfan, Banu MUrrah, Banu Asyja', Banu Salim dan Banu Asad telah bersepakat untuk memerangi Rasulullah s.a.w. Kaum Muslimin berjumlah 3,000 orang manakala seluruh pakatan kafir Quraisy bersama qabilah-qabilah lain berjumlah 10,000 orang. Salman al-Farisi (khilaf ulama hadis) telah menyesyorkan kepada Nabi s.a.w. supaya digali kubu/ parit (khandak) di sekitar Kota Madinah. Kaum Muslimin dikepung oleh tentera Musyrikin selama beberapa hari. Banu Quraizah telah khianat dan mungkir janji kepada orang Islam. Rasulullah s.a.w. kemudiannya membentangkan perjanjian damai dengan Qabilah Ghatfan. Tentera kuffar tewas dengan 2 cara:
- Muslihat Nu'aim bin Mas'ud yang menimbulkan perpecahan sesama kaum Quraisy dan Banu Ghatfan.
- Berlaku ribut kencag yang memporak-porandakan perkhemahan Musyrikin.
- Ghazwah Banu Quraizah (Syawal) ~ Berlaku sejurus setelah kembalinya kaum Muslimin dari peperangan Khandaq. Rasulullah s.a.w. bersama 3,000 pengikut menuju ke tempat Banu Quraizah dan mengepung mereka selama 25 malam (khilaf; 15 malam).
- Kewafatan Sa'ad bin Mu'adz r.a. (Zulkaedah).
- Keislaman Amru bin al-'Ash r.a. dan Khalid bin al-Walid r.a. (Zulkaedah).
- Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Ummu Habibah binti Abu Sufyan r.a. secara berwakil (Zulhijjah; khilaf tahun ke-4 atau ke-5).
- Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Zainab binti Jahsy r.a. selepas diceraikan oleh Zaid bin Harithah r.a. (Rabi'ul Akhir).
- Kewajipan hijab.
- Haji difardhukan.
* Ghazwah: Ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.
* Kredit sumber dari tulisan Dr Ahmad Muhaimin Mustapha dan Ustaz Rawizal Mohd Nawi ~Rujukan dari pelbagai kitab ulama' sirah.
0 comments:
Post a Comment