CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 27, 2010

Ini 'Kisah Silam' Kita...


Ini ‘kisah silam’ kita.. Sekadar perkongsian ilmiah untuk kita lebih mengenali diri kita suatu ketika dahulu.. Agar kita lebih mengenali betapa hebat dan agungnya Tuhan yang Maha Mencipta. Bermula dari setitis mani yang hina dan kotor.. ditumpangkan pula di dalam rahim ibu yang gelap.. membesar dengan nutrien dari si ibu, berubah dari cantuman sperm dan ovum lalu membentuk sel-sel, tisu dan organ yang lengkap sebagai fetus.. dan akhirnya lahir pula tanpa seurat benang di badan..

Sudah la lemah sebegitu rupa, permulaan hidup di dunia juga tidak punya apa-apa.. lantas diberi pinjam pelbagai nikmat berupa keluarga, kesihatan, sedikit ilmu dan harta.. maka membesarlah insan ini dengan semua ‘barang pinjaman’. Akan tetapi, semakin banyak ‘barang pinjam’ yang diperolehinya, semakin sombong, riak dan takabbur pula insan tersebut. Makin culas untuk beribadat, makin tidak taat pada Pemberi semua ‘nikmat’ tersebut.. Sungguh menghairankan!!


“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur lalu kami mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat”. Surah Al-Insan : Ayat 2

[Rujukan lanjut: Surah Al-Mu'minun (ayat 12, 13 & 14), Surah Al-Mursalaat (ayat 20-23), Surah Ali-'Imran (ayat 6), Surah Yaasin (ayat 77), Surah As-Sajadah (ayat 7-9), Surah Al-Hajj (ayat 5)].

Kisah bermula apabila hanya satu sel telur (ovum) yang keluar dari ovari (lebih kurang selepas dua minggu dari hari pertama period) melalui tube fallopian, menanti untuk disenyawakan. Terdapat cuma satu sel sperma dari 40-150 juta sperm yang berenang akan berjaya menembusi sel telur tersebut. Jangka hayat sperm hanya mampu hidup dalam masa 48-72 jam. Bukan mudah, hanya tinggal beberapa ratus sperm yang berjaya merintangi halangan sepanjang perjalanan ke tube fallopian. Subhanallah... kita memang juara sedari awal penciptaan kita…

Persenyawaan berlaku di mana sperm menembusi ovum di tube fallopian. Proses persenyawaan mengambil masa selama 24 jam. Selepas itu, perubahan berlaku pada permukaan sel yang telah disenyawakan untuk mengelakkan sperm lain dari menembusi ovum tersebut. Gabungan genetik telah sempurna pada saat persenyawaan berlaku, termasuk penentuan jantina fetus tersebut.

Satu-satunya sel yang telah disenyawakan tadi mula membahagi dan berkembang menjadi semakin banyak sel. Sel tersebut meninggalkan tube fallopian dan mula memasuki uterus antara hari ketiga dan keempat selepas persenyawaan. Penempelan berlaku di dinding uterus (endometrium). Sel tersebut (inilah permulaan kita) terus membahagi dan berkembang.

Selepas penempelan,sesetengah sel berkembang menjadi placenta manakala yang lain berkembang menjadi embryo. Jantung mula berdenyut pada minggu kelima. Otak, saraf tunjang, jantung dan organ-organ lain mula terbentuk. Selepas 8 minggu, embryo tadi dikenali sebagai fetus dan berukuran lebih kurang setengah inci. Antara lain perkembangan fetus (kita pernah menjadi fetus suatu ketika dahulu=):


4 minggu: Stuktur muka dan leher mula terbentuk. Pembentukan jantung , saluran darah, paru-paru, perut, dan hati mula terbentuk dan terus berkembang.


8 minggu: Saiz fetus (saiz kita suatu ketika dahulu) hanyalah seperti saiz sebiji anggur. Kening dan telinga mula terbentuk, malah puncak hidung mula kelihatan. Kaki dan tangan pula telah terbina sepenuhnya, manakala jari kaki dan tangan semakin memanjang.

12 minggu: Fetus (kita suatu ketika dahulu) hanyalah berukuran dua inci setengah dan mula membuat pergerakan sendiri. Doktor akan dapat mengesan degupan jantung fetus (kita) pada saat ini. Pembentukan organ jantinanya juga semakin jelas.


16 minggu: Fetus (kita pada usia 16 minggu) berukuran 4.3 – 4.6 inci dan mempunyai berat dalam 2.8 ounce. Mata fetus (kita) mula berkedip pada usia ini. Pembentukan jantung dan salur darah telah sempurna sepenuhnya. Cap jari pada jari tangan dan kaki mula terbentuk.

20 minggu: Mempunyai berat 9 ounce dengan panjang 6 inci, fetus (kita) pada usia ini mula menghisap jari, menguap, menggeliat dan membuat pelbagai expresi muka. Subhanallah… dalam perut mama pun dah pandai menggeliat dah rupanya kite =) Maha Suci Allah! ~Ultrasound dilakukan pada usia kandungan 20 minggu di mana denyutan jantung dan pergerakan badan, tangan dan kaki fetus (kita) dapat dilihat. Jantina bayi (kita) juga ditentukan pada minggu ke-20 ini.

24 minggu: Dengan berat 1.4 pound, fetus (kita) mula memberi respon kepada bunyi-bunyian melalui pergerakan atau denyutan. Dengan perkembangan telinganya yang lengkap terbentuk, fetus (kita) mampu memberi ransangan kepada suara.

28 minggu: Fetus (kita) mempunyai berat 2 pound dan 6 ounce, menukar posisi yang lebih kerap pada permulaan minggu ke-28 ini. Mempunyai peluang yang tinggi untuk hidup sekiranya lahir pra-matang pada tempoh ini.
32 minggu: Semakin kerap ‘bergerak’, fetus (kita) pada usia ini mempunyai berat lebih kurang 4 pound. Kedut pada kulit bayi (kita) mula berkurangan kerana lapisan lemak di bawah kulit mula terbentuk. Pertambahan berat semakin meningkat bermula dari minggu ke-32 ini sehingga waktu kelahiran.

36 minggu: Saiz tumbesaran bayi (kita) berbeza bergantung kepada pelbagai faktor (seperti jantina, kembar/ tidak, saiz ibubapa, etc). puratanya, bayi berukuran 12.5 inci dengan berat 5.5 pound. Otak telah berkembang dengan pantasnya dengan pembentukan paru-paru yang hampir lengkap. Kepala sudah berada di posisi bawah pelvis pada saat ini. Bayi (itulah kita yang tak sabar-sabar nak lahir=) sudah dikira ‘bersedia’ pada penghujung usia 37 minggu.

Kelahiran biasanya pada usia 40 minggu kandungan. Kiraan tarikh kelahiran ditentukan bermula dari hari pertama period yang terakhir bagi ibu tersebut. Berdasarkan kiraan ini, kelahiran biasanya berlaku antara 38-42 minggu, dengan tempoh purata selama 40 minggu.

Maka lahirlah ‘seorang kita’…selepas menumpang selama 40 minggu di alam rahim ibu. Menumpang pula di alam dunia selama beberapa tahun, kemudian pasti berhijrah ke alam kubur sebelum dihisab dan ditentukan sama ada di alam syurga atau neraka kah kita…

Ini ‘kisah silam’ kita di alam rahim dahulu,. bagaimana pula kisah kita di alam dunia sekarang? Jalan mana yang ‘dipilih’ sekarang akan menentukan ‘destinasi terakhir’ yang bakal kita kecapi kelak…

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat
Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan?"
- Surah Ar-Rahman


Friday, April 2, 2010

Sukarnya Menempuh Jalan

"Ya Allah... berikanku kekuatan istiqamah..

Ya Rahman... kuatkan imanku kala kebanyakan manusia terumbang-ambing dengan ujian duniawi-Mu ini..

Ya Rahim... kupohon untuk menjadi hamba-MU yang Engkau 'Sayangi'..."

Sukarnya menempuh jalan..
Andai tanpa petunjuk dan kekuatan dari-Mu jua..
Ya Rabbi... sungguh, aku ingin menjadi 'golongan yang sedikit' itu...
Ameen.. ya Zal Jalaali wal Ikram..
La Haula wala Quwwata illa Billah..