Antara strategi Sultan Salahuddin untuk menguasai Palestin adalah dengan menguasai kawasan sekitarnya terlebih dahulu:
- Menguasai Baniyas, pintu masuk ke Palestin. Baniyas adalah kubu kuat tentera salib dan tempat mendaratnya tentera dari Eropah. Jika Baniyas dapat dikuasai tentera Islam, bantuan tentera Eropah dari luar dapat dihalang.
- Berjaya menawan 300 orang pegawai tertinggi tentera salib (pembesar Eropah dari tanah jajahan) yang menyerah kalah kepada tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin.
- "Ketika pertempuran berlaku, kami melihat beribu tentera berpakaian jubah putih menungggang kuda di udara sambil melaungkan kalimah "Allahu Akbar!" Itu yang menakutkan kami. Siapakah mereka itu?" -ungkapan tentera salib yang menjadi tawanan di Baniyas. Subhanallah... ini pertolongan Allah buat tentera Islam...
- Kerana kemurnian ajaran Islam, tentera tawanan dilayan sebaik mungkin. Tiada pembunuhan, penyeksaan dan kekejaman ke atas mereka. Mereka dibebaskan sama ada dengan menganut Islam atau membayar wang tebusan.
- Selepas kota Baniyas, tentera Islam menawan benteng Khusnul Ahzan, kubu perlindungan tentera salib di pinggir Baniyas.
- Selepas berjaya menguasai Khusnul Ahzan, 100,000 peralatan senjata beserta 700 tentera salib, kanak-kanak dan wanita dapat ditawan oleh tentera Islam.
- Namun sekali lagi kerana kemuliaan Deenul Islam, Salahuddin membebaskan mereka semua tanpa dibunuh dan tanpa perampasan harta walau sedikit pun. Tebusan perang yang dikenakan cuma 10 dinar untuk kaum lelaki, 5 dinar untk kaum wanita dan 1 dinar untuk kanak-kanak. Allahu Akbar! Sungguh, Islam agama keamanan dan kesejahteraan...
- Nama Sultan Salahuddin menjadi masyhur selepas dapat menawan Baniyas. Bertambah gerun di hati musuh dan semakin kasih di hati umat Islam...
0 comments:
Post a Comment