CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 14, 2010

Bonus Ramadhan




Ramadhan Al-Mubarak.. Padanya tersedia tawaran bonus yang amat luar biasa... Mana ada jualan mega di dunia nie yang boleh sediakan bonus 'beli 1 dapat 70/ 700?'

Subhanallah... Tapi pada Ramadhan, tersedia special bonus tue buat kita...

Jika Ramadhan pun tak terasa apa-apa, tepuk dada tanyalah hati.. tahap mana iman saya sekarang...?


Ramadhan...




Abu Huraira related that the Prophet said: Allah the Majestic and Exalted said: "Every deed of man will receive ten to 700 times reward, except Siyam (fasting), for it is for Me and I shall reward it (as I like). There are two occasions of joy for one who fasts: one when he breaks the fast and the other when he will meet his Lord" (Muslim).

Abu Huraira related that Rasulullah said: Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness (Darimi).






Friday, August 13, 2010

Ihya' Ramadhan

Ihya’ Ramadhan

Mohon dijaga hati, dikuatkan iman, diistiqamahkan amalan…

Berlumba-lumbalah kita untuk menghidupkan Ramadhan dengan ibadah…

1. Tidur awal seusai solat tarawih untuk bangun berqiamullail. Kurangkan aktiviti menonton tv/ aktiviti yang kurang bermanfaat.

2. Hidupkan malam dengan berqiamullail, tadabbur Al-Quran, berzikir dan bermuhasabah.

Bagi wanita yang ‘bercuti’, elok andai dapat bangun bersama. Boleh pilih untuk melakukan beberapa ibadah, antaranya berzikir/ buka tafsir dan fahami maksud Al-Quran/ tonton siaran langsung solat tarawih dari Masjidil Haram (Ramadhan 2010: sekitar jam 2.22 – 3.50 am waktu Malaysia/ 9.22 – 10.50 pm waktu Mekah). Buka tafsir dan fahami maksudnya ketika Imam membaca bacaan. Cuma sejam setengah dah dapat habiskan 1 juzu’.

3. Solat fardhu secara berjemaah semampu yang mungkin.

4. Lazimi dengan solat-solat sunat selepas solat fardhu, solat dhuha, hajat, etc.

5. Hidupkan hari bersama Al-Quran. Fokus untuk bacaan beserta memahami makna. Letakkan target. Niatkan juga pahalanya untuk orang-orang kita sayangi yang telah kembali ke rahmatullah, juga untuk muslimin dan muslimat lainnya.

6. Bersedekah secara istiqamah.

7. Bermanis muka, senyum dan tenang… Cuba untuk tidak menyakiti hati orang lain.

8. Niat untuk membuat kebajikan sebanyak mungkin. Lakukan. Kerja-kerja seharian/ membantu orang lain juga turut dikira ibadah yang dilipatgandakan pahalanya.

9. Banyakkan berdoa ketika berpuasa dan berbuka puasa (antara waktu mustajab doa).

Sentiasa berdoa untuk istiqamah dengan amalan sepanjang Ramadhan. Moga-moga medan tarbiyah ini berjaya melunakkan hati buat bekalan 11 bulan mendatang…

10. Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan (sekiranya mampu) atau hidupkan 10 terakhir Ramadhan lebih sedikit dari malam-malam yang lain.

11. Mulakan dan akhiri sepanjang hari dengan niat yang ikhlas, amalan yang baik-baik, yakin dan berserah kepada Allah… Mohon kebahagiaan di sini dan disatukan di syurga bersama kaum keluarga, saudara dan teman…

“Jagalah hati kami untuk sentiasa ikhlas dan rindu kepada-Mu, Ya Rabb…”

Andaikan Ramadhan ini yang terakhir buat kita…

Seorang pesakit cancer stage IV yang diberitahu oleh doktor bahawa dia cuma mampu hidup untuk beberapa bulan sahaja, pasti tidak lena tidur memikirkan bagaimana permulaan hidupnya di alam barzakh kelak.

Cukupkah amalan? Diazabkah aku di alam kubur nanti? Siapa penemanku tika keseorangan??

Orang yang cuma menunggu waktu ajalnya tiba, pasti memenuhkan segenap ruang masanya dengan ibadah. Tak sempat nak fikir benda lain. Kerja, makan, minum, mandi, hatta tidur pun sebolehnya semua mahu diniatkan ibadah. Apatah lagi dengan solat fardhu, solat-solat sunat, bacaan Al-Quran, bersedekah, qiamullail, berzikir, etc.

Rasa macam tak cukup masa je untuk beribadah, menambah neraca timbangan pahala gara-gara ketakutan. Baru tersedar, rupanya dah terlalu lama diulit kelalaian selama berpuluh tahun hidup di dunia…

M... begitu jadinya andai kita tahu bila saat kematian kita…

Jadi andaikan saja Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat kita!

La Haula wala Quwwata illa Billah…




Bulan tarbiyyah yang penuh dengan keberkatan, gandaan pahala berlipat kali ganda, bulan kasih sayang Allah melimpah ruah, bulan keampunan dan dilepaskan dari azab neraka…

Daripada Abu Hurairah r.a: Telah bersabda Rasulullah saw, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya dengan penuh keimanan dan ketaatan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, dan sesiapa yang menghidupkan malam 'Lailatul Qadar' dengan penuh keimanan dan ketaatan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu". (HR Tarmizi).

Andai ini Ramadhan yang terakhir buat saya dan anda… mari bersama kita lakukan yang terbaik pada Ramadhan kali ini…

Cetuskan niat dan tanamkan azam, gerakkan usaha bangunkan jiwa!

“Ya Allah… permudahkanlah hamba-hambaMu ini… Kami mencari Redha-Mu semata, Ya Allah… Betulkanlah niat kami, bantuilah usaha kami… agar Madrasah Ramadhan kali ini benar-benar dapat mendidik jiwa kehambaan kami… mencari Redha dan cinta-Mu, mengharap diampunkan dosa-dosa yang membaluti diri sejak sekian lama… menagih simpati agar Engkau ‘memandang’ diri yang hina ini, yang tak punya sesuatu melainkan pinjaman dari-Mu semata… Bantuilah kami untuk sentiasa hampir dengan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih…”

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...



"Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , mudah-mudahan kamu bertaqwa" [Surah al Baqarah:183]



Ahlan wa sahlan medan tarbiyyah yang dinanti…


Moga natijah TAQWA yang dicari subur mekar buat hati-hati yang merindu…



~ Prof. Doktor Wahbah az Zuhaili ketika menafsirkan ayat 183 tersebut (dalam Tafsir al Munir) menyebut bahawa ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt melalui beberapa faktor :

1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah (seseorang boleh makan lalu berpura – pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak dihadapan Allah. Justeru Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui).

2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya (lantaran puasa melemahkan gelora nafsu).

3. Mencetus naluri yang peka (sensitive) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain (lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik).

4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang–orang kaya dan miskin (kita adalah sama di sisi Allah Taala).

5. Meletakkan kehidupan insan dan pengurusannya di atas sistem (yang benar dan menepati fitrah) dan mendisiplinkannya.

6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad. ~ pmram.org



Sabda Nabi saw : “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan Dia membangga-banggakanmu kepada malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang-orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.



RAMADHAN KAREEM....




Sunday, August 1, 2010

Tahniah HaFYS!



Tahniah buat ‘HaFYS’, mesin RT-PCR (Real Time-Polymerase Chain Reaction) hasil penyelidikan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM di bawah seliaan Prof Dr Yaakob Che Man dan Prof Madya Dr Shuhaimi Mustafa.

HaFYS (Halal Verification System) mempunyai rantaian primer dan probe khusus untuk mengesan DNA khinzir walaupun dalam kuantiti yang sangat sedikit. Berbeza dengan prosedur PCR biasa yang memakan masa beberapa jam (6-54 jam), HaFYS hanya memerlukan 1 jam sahaja! Mudah dan cepat, cuma letakkan sampel untuk dianalisis.

Tidak seperti beberapa tahun lepas sewaktu kami masih menuntut di UIA (Food Biotech) dahulu, penggunaan PCR untuk produk halal masih di peringkat permulaan. Perlu mengkaji dan mencari primer dan probe yang sesuai, perlu beberapa step untuk mengoptimizekan PCR tersebut, perlu teknik yang sesuai untuk mengekstrak DNA dari sampel, bahkan beberapa prosedur yang agak merumitkan.

Isu demi isu yang timbul berkaitan makanan halal menjadikan real-time PCR sebagai teknik pengesanan yang paling sesuai, cepat dan tepat. Tahniah HaFYS!