Mohon dijaga hati, dikuatkan iman, diistiqamahkan amalan…
Berlumba-lumbalah kita untuk menghidupkan Ramadhan dengan ibadah…
1. Tidur awal seusai solat tarawih untuk bangun berqiamullail. Kurangkan aktiviti menonton tv/ aktiviti yang kurang bermanfaat.
2. Hidupkan malam dengan berqiamullail, tadabbur Al-Quran, berzikir dan bermuhasabah.
Bagi wanita yang ‘bercuti’, elok andai dapat bangun bersama. Boleh pilih untuk melakukan beberapa ibadah, antaranya berzikir/ buka tafsir dan fahami maksud Al-Quran/ tonton siaran langsung solat tarawih dari Masjidil Haram (Ramadhan 2010: sekitar jam 2.22 – 3.50 am waktu Malaysia/ 9.22 – 10.50 pm waktu Mekah). Buka tafsir dan fahami maksudnya ketika Imam membaca bacaan. Cuma sejam setengah dah dapat habiskan 1 juzu’.
3. Solat fardhu secara berjemaah semampu yang mungkin.
4. Lazimi dengan solat-solat sunat selepas solat fardhu, solat dhuha, hajat, etc.
5. Hidupkan hari bersama Al-Quran. Fokus untuk bacaan beserta memahami makna. Letakkan target. Niatkan juga pahalanya untuk orang-orang kita sayangi yang telah kembali ke rahmatullah, juga untuk muslimin dan muslimat lainnya.
6. Bersedekah secara istiqamah.
7. Bermanis muka, senyum dan tenang… Cuba untuk tidak menyakiti hati orang lain.
8. Niat untuk membuat kebajikan sebanyak mungkin. Lakukan. Kerja-kerja seharian/ membantu orang lain juga turut dikira ibadah yang dilipatgandakan pahalanya.
9. Banyakkan berdoa ketika berpuasa dan berbuka puasa (antara waktu mustajab doa).
Sentiasa berdoa untuk istiqamah dengan amalan sepanjang Ramadhan. Moga-moga medan tarbiyah ini berjaya melunakkan hati buat bekalan 11 bulan mendatang…
10. Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan (sekiranya mampu) atau hidupkan 10 terakhir Ramadhan lebih sedikit dari malam-malam yang lain.
11. Mulakan dan akhiri sepanjang hari dengan niat yang ikhlas, amalan yang baik-baik, yakin dan berserah kepada Allah… Mohon kebahagiaan di sini dan disatukan di syurga bersama kaum keluarga, saudara dan teman…
“Jagalah hati kami untuk sentiasa ikhlas dan rindu kepada-Mu, Ya Rabb…”
0 comments:
Post a Comment