CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 13, 2010

Andaikan Ramadhan ini yang terakhir buat kita…

Seorang pesakit cancer stage IV yang diberitahu oleh doktor bahawa dia cuma mampu hidup untuk beberapa bulan sahaja, pasti tidak lena tidur memikirkan bagaimana permulaan hidupnya di alam barzakh kelak.

Cukupkah amalan? Diazabkah aku di alam kubur nanti? Siapa penemanku tika keseorangan??

Orang yang cuma menunggu waktu ajalnya tiba, pasti memenuhkan segenap ruang masanya dengan ibadah. Tak sempat nak fikir benda lain. Kerja, makan, minum, mandi, hatta tidur pun sebolehnya semua mahu diniatkan ibadah. Apatah lagi dengan solat fardhu, solat-solat sunat, bacaan Al-Quran, bersedekah, qiamullail, berzikir, etc.

Rasa macam tak cukup masa je untuk beribadah, menambah neraca timbangan pahala gara-gara ketakutan. Baru tersedar, rupanya dah terlalu lama diulit kelalaian selama berpuluh tahun hidup di dunia…

M... begitu jadinya andai kita tahu bila saat kematian kita…

Jadi andaikan saja Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat kita!

La Haula wala Quwwata illa Billah…




Bulan tarbiyyah yang penuh dengan keberkatan, gandaan pahala berlipat kali ganda, bulan kasih sayang Allah melimpah ruah, bulan keampunan dan dilepaskan dari azab neraka…

Daripada Abu Hurairah r.a: Telah bersabda Rasulullah saw, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya dengan penuh keimanan dan ketaatan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, dan sesiapa yang menghidupkan malam 'Lailatul Qadar' dengan penuh keimanan dan ketaatan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu". (HR Tarmizi).

Andai ini Ramadhan yang terakhir buat saya dan anda… mari bersama kita lakukan yang terbaik pada Ramadhan kali ini…

Cetuskan niat dan tanamkan azam, gerakkan usaha bangunkan jiwa!

“Ya Allah… permudahkanlah hamba-hambaMu ini… Kami mencari Redha-Mu semata, Ya Allah… Betulkanlah niat kami, bantuilah usaha kami… agar Madrasah Ramadhan kali ini benar-benar dapat mendidik jiwa kehambaan kami… mencari Redha dan cinta-Mu, mengharap diampunkan dosa-dosa yang membaluti diri sejak sekian lama… menagih simpati agar Engkau ‘memandang’ diri yang hina ini, yang tak punya sesuatu melainkan pinjaman dari-Mu semata… Bantuilah kami untuk sentiasa hampir dengan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih…”

0 comments: