CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 6, 2011

(iv) Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan Perjuangan Membebaskan Baitul Maqdis


Baitul Maqdis pernah ditawan oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Namun disebabkan perpecahan sesama Islam, tentera Salib menakluk semula Baitul Maqdis.

Ketika Kota Jerusalem (Baitul Maqdis) ditawan oleh tentera salib pada 15/07/1099 M, mereka bertindak kejam membunuh semua penduduk beragama Islam. Merampas Jerusalem dengan kekerasan dan membunuh kesemua tentera Islam yang menyerah, menganiaya kanak-kanak dan memperkosa kaum wanita sebelum dibunuh. Mereka menjadikan kanak-kanak Islam sebagai barang mainan, dilambung ke udara dan ditadah dengan tombak/ pedang sehingga tubuh kanak-kanak tidak berdosa itu hancur berkecai.

Menceritakan kisah kekejaman mereka, Ibnu Kathir dalam bukunya 'Al-Kamil fit Tarikh' menyatakan bahawa sebelum penaklukan tersebut, tentera salib menawan satu tempat bernama Maaratun Nu'man dan membunuh lebih dari 100,000 umat Islam lalu melemparkan mayat mereka ke dalam api.

Gustar Le Bon, seorang ahli sejarah menulis di dalam bukunya mengenai parang salib, lebih 60 000 orang dibunuh di Baitul Maqdis dalam masa 8 hari. Ibnu Khaldun juga menyatakan fakta yang tidak bercanggah, iaitu lebih kurang 70,000 orang dibunuh oleh tentera salib ketika menakluk Baitul Maqdis.



Maka dengan semangat tersebutlah, selepas lebih 80 tahun Baitul Maqdis dalam penguasaan dan kekejaman tentera salib, Sultan Salahuddin bangun mengasah semangat jihad para tentera Islam supaya bersatu mengambil kembali hak umat Islam yang pernah dirampas secara kejam. Hak sebagai tempat suci kiblat pertama umat Islam, masjid kedua yang mula-mula sekali dibina di muka bumi Allah, serta tempat persinggahan Rasulullah dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj. Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa sepatutnya dimuliakan... bukan dijadikan medan kezaliman dan penindasan.

"Saya yakin, ketika Allah s.w.t. mengurniakan saya bumi Mesir, Dia juga mengurniakan bumi Palestin kepada saya. Saya juga yakin ketika Allah s.w.t. mengurniakan saya jawatan Khalifah, Dia juga memberi tanggungjawab bagi saya untuk membebaskan Baitul Maqdis. Disebabkan itu saya menyerahkan seluruh diri saya berjuang di jalan Allah.." ~Salahuddin Ayubi~

"Ya Allahu Rabbana... Pilihlah kami bagi membebaskan Baitul Maqdis, dan janganlah Engkau matikan kami sehingga kami dapat bersolat di masjidil Aqsa" ~Salahuddin Ayubi~




0 comments: