Saya telah jatuh hati..
Pada sekeping hati yang punya rasa tawadhu'...
Pada seluhur jiwa yang dipenuhi nur ketaqwaan...
Pada kezuhudan dunia yang hakikatnya sementara cuma...
Pada sifat keberanian dan semangat cintakan syahid...
Pada kekuatan jasad dan jiwa yang sentiasa sujud di sepertiga malam...
Saya telah jatuh hati pada mereka...
Yang hidupnya didambakan untuk cinta hakiki...
Yang bijaksana mengurus dunia demi akhiratnya...
Yang bisa menterjemahkan kekayaan dunia untuk simpanan pahalanya...
Yang cuba menempa kejayaan dan kegemilangan dunia demi Islam tercinta...
Yang punya semua sifat sebagai hamba yang disenangi oleh Tuhannya...
Sungguh... saya telah jatuh hati...
Pada peribadi, iman dan akhlak mereka...
Pada kisah perjalanan hidup mereka...
Pada kesantunan dan kesucian sekeping hati...
Yang memenuhkan cita menggapai redha Allah sebagai matlamat...
Yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup...
Yang sentiasa mencontohi Rasulullah sebagai pemimpin ikutan...
Saya telah jatuh hati...
Pada tawadhu'nya jiwa dan kehebatan Taqwa mereka...
Yang selamanya tetap mekar di wangian kasih Kekasih Agung...
Saya telah jatuh hati...
Pada mulianya peribadi seorang Kekasih Agung, Muhammad s.a.w.
Para Sahabat Baginda, jua para pejuang Islam beratus tahun dahulu...
Yang cuba saya selusuri kisah hidup dan perjuangan mereka...
Segalanya kerana saya telah jatuh hati pada para KekasihNya...
0 comments:
Post a Comment