CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 7, 2011

(vii) Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Dambakan Syahid Fi Sabilillah


Selepas kemenangan mematahkan serangan tentera salib dari menguasai Mekah dan Madinah, Sultan Salahuddin Ayubi dan para tentera Islam yang dambakan syahid fi sabilillah terus menyusun langkah untuk menawan Baitul Maqdis.
  • Pangkalan tentera salib di Yaman dan Beirut berjaya ditawan. Buat kesekian kalinya tentera kuffar kalah lagi apabila berhadapan dengan satu angkatan tentera yang tidak takutkan mati dan dambakan syahid ini.



  • Rentetan daripada itu, Selat Aqabah, Kota 'Ailah, Kusran dan Kota Bisan juga berjaya dikuasai kembali oleh tentera Islam.


  • Beberapa siri peperangan dan pertahanan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin berjaya menyekat kemaraan tentera salib untuk menguasai Mekah dan Madinah.

  • Kemenangan demi kemenangan yang dicapai oleh pasukan tentera Islam semakin melemahkan semangat juang tentera salib. Tersirap perasaan gerun di hati mereka.

  • Buat kali kedua, mereka meminta pendamaian kerana gerun akan kemaraan tentera Salahuddin Ayubi.

  • Islam tidak pernah memulakan peperangan, akan tetapi apabila diserang, wajib mempertahankan wilayah Islam. Islam tidak pernah memulakan peperangan, akan tetapi dakwah membawa misi keselamatan dan kesejahteraan Deenul Haq ini akan terus dilakukan demi sebuah kedamaian dan keadilan sejagat. Itu misi Islam.


  • Apabila diminta untuk berdamai, Sultan Salahuddin bersetuju dengan syarat tentera salib tidak boleh menyerang Mekah dan Madinah buat selamanya, tidak boleh mengganggu para jemaah haji yang bermusafir menuju ke Mekah, tidak boleh mengganggu para peniaga yang berulang alik dari Mesir ke Syam, semua tawanan perang Islam perlu dibebaskan dan tidak boleh menyerang tanah jajahan masing-masing.

  • Beberapa bulan selepas itu, Sultan Salahuddin diserang sakit yang amat lama sehingga timbul khabar angin mengatakan baginda sudah meninggal dunia.

  • Tentera salib dan kaum kuffar amat gembira mendengar berita tersebut dan menyangka Sultan Salahuddin benar-benar telah meninggal dunia.

  • Mereka melanggar perjanjian damai buat kesekian kalinya dengan melancarkan perang dan menawan kembali Kota Bisan dan Kark. Penguasa Islam di sana telah dibunuh. Pedagang-pedagang Islam diserang dan barang dagangan mereka dirampas. Jemaah haji yang bermusafir ke Mekah juga ditahan dan dibunuh. Pastinya perancangan untuk menakluk Mekah dan Madinah akan diteruskan kerana musuh nombor 1 mereka telah tiada.


  • Sultan Salahuddin masih di pembaringan menanggung kesakitan. Namun digagahi jua dirinya beserta para pembesar dan pegawai untuk melakukan solat hajat mohon keselamatan buat Islam dan umat Islam dari cengkaman kekejaman para kuffar.




  • Dalam sujud dan doanya yang panjang, Salahuddin Ayubi memohon kepada Allah agar disembuhkan untuk membantu Islam yang ditindas. "Saya bernazar sekiranya saya sembuh daripada penyakit ini, saya akan pastikan Birnis dan tentera salib tidak lagi melakukan kejahatan di muka bumi ini. Saya juga berjanji untuk merebut kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera salib dari menguasai bumi umat Islam!"

  • Sultan Salahuddin mengutuskan surat kepada Birnis, tiada lagi perjanjian damai dengan kaum kuffar kerana telah hilang kepercayaan atas pengkhianatan yang telah mereka lakukan.

  • Birnis dan tenteranya terus menerus menahan para jemaah haji yang bermusafir ke Mekah beserta utusan yang telah diutuskan oleh Sultan Salahuddin untuk menyampaikan surat tersebut. Dengan angkuhnya dia menyuruh Nabi Muhammad datang menyelamatkan mereka yang nyawanya di hujung pedang tentera salib.

  • Sultan Salahuddin bersumpah untuk membunuh Birnis dengan tangannya sendiri lantaran penghinaannya terhadap Rasulullah dan pengkhianatannya melanggar perjanjian damai.

  • Setelah diberi kesembuhan dari penyakit yang menimpa, Sultan Salahuddin mempersiapkan angkatan tenteranya dan merancang strategi untuk menawan Baitul Maqdis dan mengusir terus semua tentera salib supaya kembali ke Eropah.

  • Baginda menulis surat kepada Bani Abasiyah di Baghdad, Bani Umayyah di Andalus dan pemimpin-pemimpin negara Islam untuk bersatu menyertai angkatan perangnya menentang tentera salib. Mereka bergabung tenaga, tentera, senjata perang, makanan dan kekuatan. Allahu Akbar!




0 comments: