CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 8, 2011

(viii) Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Dambakan Syahid Fi Sabilillah


  • Setelah membuat segala persiapan perang dan tentera Islam diperkuatkan, Sultan Salahuddin memimpin pasukan tenteranya meninggalkan Damsyik menuju ke Palestin (Baitul Maqdis) pada akhir bulan Muharam 583 H.

  • Berhenti di Bustan untuk menunggu ketibaan tentera dari Mesir, Mosul dan daerah-daerah Arbil. Tentera Islam bergabung atas satu landasan jihad fi sabilillah...

  • Sultan Salahuddin menyusun angkatan perangnya dan membina strategi terbaik untuk menawan pangkalan tentera salib di beberapa kawasan sekitar Baitul Maqdis terlebih dahulu.

  • Panglima Malikul Afdhal ditugaskan untuk mengetuai pasukan pemanah yang akan berada di barisan hadapan, Panglima Syamsudin mengetuai tentera pejalan kaki, Panglima Muluk mengetuai pasukan risikan dan Sultan Salahuddin sendiri akan memimpin pasukan berkuda.


  • Beberapa siri peperangan telah berlaku di Shafuria, Kota Kark, Kota Tabariyah, dan Kota Safariyah. Allah memudahkan kemenangan di pihak tentera Islam walaupun jumlah tentera salib jauh lebih besar setelah mendapat bantuan tambahan dari Eropah.



Sabtu, 29 Rabi'ul Akhir 583 H:

  • Sebelum peperangan di satu tempat bernama Hittin dimulakan, Sultan Salahuddin memberi amanat buat para pejuang Islam: "Kita berperang kerana membela agama dan umat Islam. Mereka berperang kerana benci dan marah. Sekiranya kita kalah, tentera salib akan terus menindas umat Islam selamanya. Kita perlu berperang habis-habisan, pilih antara dua.. sama ada menang ataupun syahid!"


  • Strategi tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin yang menguasai sumber air, melancarkan panah-panah berapi dan membakar rumput kering bagi mengepung tentera salib berjaya menewaskan mereka walaupun jumlah tentera kuffar jauh lebih ramai.


  • Tentera Islam berjaya menguasai bukit Hittin dan panji-panji Islam ditegakkan dengan laungan takbir


  • Tentera Islam yang syahid adalah seramai 5,000 orang dan tentera salib yang terkorban seramai 30,000 orang. Tentera salib yang ditawan juga seramai 30,000 orang termasuk Birnis Arnet (ketua panglima perang tentera salib).


  • Sepanjang memimpin tenteranya, Birnis adalah seorang lelaki yang sangat kejam. Banyak menumpahkan darah orang Islam, membunuh tawanan perang tanpa belas kasihan, wanita diperkosa dan pernah meminum darah kanak-kanak yang disembelihnya.


  • Tambahan pula Birnis pernah menghina Rasulullah, membunuh ramai jemaah haji yang bermusafir ke Mekah, dan merancang untuk menawan Mekah dan Madinah.. Semuanya adalah kesalahn besar yang tidak dapat dilupakan oleh umat Islam.


  • Walaupun telah menjadi tawanan, Birnis tidak terus dibunuh oleh Sultan Salahuddin. Bahkan baginda menyerahkan sebilah pedang kepada Birnis Arnet untuk berlawan satu sama satu.


  • Birnis yang angkuh suatu ketika dahulu akhirnya berjaya ditetak lehernya oleh Sultan Salahuddin Ayubi.


  • Baki tentera salib yang terselamat sebagai tawanan perang telah dilepaskan dengan pembayaran wang tebusan. Mereka bersetuju untuk tidak berperang lagi dan akan kembali ke Eropah.


  • Selepas peperangan di Hittin, Kota Asqalan dan satu demi satu jajahan tentera salib jatuh ke tangan Sultan Salahuddin.


  • Ramai yang telah memeluk Islam dan menyertai tenteta Islam menentang tentera salib.


  • Buat pertama kalinya selepas lebih 80 tahun, tentera Islam berjaya menguasai kawasan pantai Syam dan hampir menuju ke destinasi untuk menakluk Baitul Maqdis... Allahu Akbar!


0 comments: