Isnin, 28 Mei 1453:
- Setelah 44 hari Kota Constantinople dikepung oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh, 200 000 tentera bantuan dari Raja Eropah tiba di Constantinople. Ini sedikit pun tidak melemahkan semangat tentera Islam yang cintakan syahid...
- Sultan Muhammad membuat strategi lain buat kesekian kalinya; kali ini membahagikan tenteranya kepada 3 kumpulan: Pimpinan Panglima Tharhan, Hamzah Pasya dan Zaqhanus.
- Mengambil keputusan untuk memasuki Kota Constantinople melalui pintu Edirne.
- Perlu menawan Lembah Lycos (di barat Kota Constantinople) terlebih dahulu untuk melemahkan tentera bantuan dari Genoa yang mempertahankan kota tersebut di sebelah barat.
- Tentera Islam dan kapal angkatan perang yang 'belayar' dari daratan pada malam jumaat sebelumnya telah berjaya menguasai Golden Horn, sekaligus menguasai 'rantai besi raksaksa' yang menjadi penghalang utama ke pelabuhan kota tersebut melalui jalan laut. Bantuan kepada Constantinople dari negara-negara luar berjaya disekat.
- Di sebelah barat Kota Constantinople, setelah bertalu-talu dibedil menggunakan meriam Urban, akhirnya tembok tersebut runtuh. Bukan senang meruntuhkan tembok yang terdiri dari 2-3 lapis pertahanan tersebut. Selepas menbuma selama hampir 1 bulan, akhirnya tentera Islam berjaya memecahkan tembok tersebut. Allahu Akbar!
- Sultan Muhammad dan para tentera Islam berjaya memecahkan pertahanan Rom Constantinople dan menyerbu masuk ke kota tersebut melalui pintu Erdine.
- Panglima Hassan Ulubate merempuh sepasukan tentera Costantinople lalu memanjat menara Kota Constantinople. Beliau berdiri penuh gagah sambil melaungkan takbir dan berkata: "Sesiapa yang mahu bertemu Abu Ayyub Al-Ansori dan mereka yang syahid, mari berjuang bersama saya! Saya berjaya menjejakkan kaki ke Kota Constantinople. Selepas ini giliran kamu semua pula!!"
- Laungan takbir beliau yang nyaring menaikkan semangat para tentera Islam. Tentera Rom Constantinople melepaskan berratus-ratus anak panah mengenai tubuh Hassan Ulubate... dan akhirnya beliau syahid menjulang panji Islam di atas kota yang pernah menjadi keangkuhan kuffar Constantinople... Tapi tika itu, cahaya Islam telah berjaya menawan kota tersebut ~ Allahu Akbar!
- Sultan Muhammad bertempur penuh berani dan telah berjaya mengalahkan Maharaja Constantine. Tika pedang di leher musuh, Sultan Muhammad menyeru supaya mengaku kalah dan menerima Islam untuk didaulatkan di Constantinople.
- Namun Maharaja tersebut dengan angkuhnya meludah ke muka Sultan Muhammad, menolak misi keamanan Islam yang dibawa.
- "Tadi aku hendak membunuh engkau kerana Allah, tapi selepas engkau meludah mukaku, aku menjadi marah. Aku tidak mahu membunuh engkau kerana marah!" Kata Sultan Muhammad lalu melepaskan pedang baginda dari leher Maharaja Constantinople, berniat untuk melepaskannya.
- Namun Panglima Amir Pasya yang kebetulan melawan musuh di belakang mereka ternampak Maharaja Constantinople yang cuba menikam Sultan Muhammad dari belakang, lantas beliau menghayunkan pedang menetak tangan kanan Maharaja Constantine lalu memenggal kepalanya!
~ Credit gambar dari http://pengembaraanmencarituhan.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment