CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 30, 2011

(ix) Sultan Muhammad Al-Fateh dan Penawanan Constantinople



Dalam doa baginda, Sultan Muhammad merintih dan meminta kepada Alah s.w.t. agar diberi petunjuk bagi menghadapi pihak musuh yang ternyata sukar untuk dikalahkan.

Dalam tidurnya yang ringkas, Sultan Muhammad bermimpi kapal perangnya 'belayar' di daratan Semenanjung Fera dan berlabuh di Golden Horn. Mimpi itu berulang sebanyak 3 kali. Apabila terjaga, baginda meminta pendapat tuan guru baginda, Syeikh Syamsuddin al-Wali. Lantas Syeikh Syamsuddin meyakinkan baginda, "Lakukanlah! Tiada yang mustahil dengan izin Allah s.w.t."


Dan dengan izin Allah Ta'ala juga, Maharaja Constantine terdetik untuk melakukan genjatan senjata selama seminggu demi menantikan ketibaan 200,000 tentera bantuan dari Eropah yang akan tiba dalam masa 7-8 hari. Setelah diadakan rundingan, Sultan Muhammad bersetuju.

Lalu bemulalah sesuatu yang mustahil pada pandangan manusia biasa..





  • Kesempatan itu diambil oleh Sultan Muhammad untuk membina jalan dari kawasan pantai ke kawasan berbukit bukau menuju ke Golden Horn sejauh 3 batu.

  • Tentera Islam bekerja siang dan malam untuk membina laluan tersebut. Pokok ditebang dan dijadikan 'landasan' untuk laluan kapal.

  • Kayu pada landasan tersebut dilemur dengan lemak dan darah haiwan supaya menjadi licin.

  • Pada malam jumaat ketika mereka bersiap sedia untuk 'melayarkan' kapal pada landasan tersebut, Allah hadirkan tiupan angin yang sangat kencang bagi mepermudahkan pergerakan kapal. Subhanallah..




  • Cuma pada 1 malam sahaja Sultan Muhammad dan para tenteranya berjaya menarik bukan hanya 1 kapal, tetapi 70 kapal! Dengan pertolongan Allah, perjalanan kapal di daratan yang berbukit bukau sejauh 3 batu itu dipermudahkan. Allahu Akbar!

  • Pada keesokan harinya, tentera Islam bertakbir dan bertahmid, bergema penuh syahdu. Maharaja Constantine dan para tenteranya amat terkejut, sukar mempercayai apa yang berada di hadapan mereka!

  • 70 buah kapal Islam lengkap bersama bala tentera dan peralatan perang kelihatan betul-betul berada di hadapan mereka, gah mengepung Kota Constantinople.


  • Antara stategi lain Sultan Muhammad adalah menggali terowong bawah tanah melepasi tembok ke arah pusat Kota Constantinople dan membina 'tembok bergerak' yang mempunyai roda. Setiap satunya boleh memuatkan 100 orang tentera. Ini memudahkan mereka untuk memanjat benteng tembok kota berkenaan.


  • Seorang Paderi tua di Kota Constantinople meluahkan rasa bimbangnya kepada Maharaja Constantine ~ kerana mengikut kitab lama mereka, sekiranya terjadi 3 petanda maka berlakulah malapetaka ke atas Kota suci penganut Kristian ini: (i) Kapal belayar dia atas daratan. (ii) Patung Maryam pecah berderai. (iii) Gereja Aya Sophia disambar petir. Dan nyatalah, ketiga-tiga petanda tersebut telah berlaku dalam cuma beberapa hari sepanjang peperangan tersebut!


  • Maka menangislah rakyat jelata kerana takut dibunuh sebagai tawanan perang andai tentera Islam menang pada peperangan tersebut.


  • Maharaja Constantine dan para pembesar tersentak kegerunan, ia umpama mimpi yang sukar dipercayai kerana mereka adalah empayar agung yang punya kehebatan dan tentera yang jauh lebih ramai dari musuh Islam mereka. Mana mungkin, empayar agung dan kota suci mereka berjaya dikalahkan?!



0 comments: