CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 18, 2011

'Masa Lapang' atau 'Melapangkan Masa'?





Seringkali kita mengisi masa lapang dengan sesuatu hobi kegemaran, umpamanya berkebun, berkelah atau pergi memancing. Bagaimana dengan membaca? Nak tunggu 'masa lapang' baru nak membaca, berapa banyak sangatlah 'masa lapang'yang kita ada...





Membaca sepatutnya bukan untuk mengisi masa lapang, tetapi 'melapangkan' masa harian/ mingguan/ bulanan kita untuk menjadikan beberapa bahan ilmiah sebagai 'makanan' minda dan rohani. Bahan-bahan bacaan seperti buku dan majalah ilmiah, motivasi, keagamaan, kekeluargaan, journal serta 1001 bahan bacaan patut diabadikan sebagai 'makanan asas' mingguan atau bulanan kita.




Jasad perlukan makanan setiap hari. Begitu juga minda dan jiwa kita. Dengan membaca bertambahlah ilmu dan keimanan, maka bertambah jua lah keakraban kita dengan Allah s.w.t., Tuhan yang mensyari'atkan IQRA' dalam wahyu pertama-Nya. Hikmah disebalik wahyu pertama ini ~ pastinya IQRA' adalah sesuatu yang amat dan sangat penting!





Dalam 1 tahun, secara puratanya seorang rakyat Jepun dapat menghabiskan 40 buah buku, Eropah 10 buah buku, Arab 20 helai setahun (?!) dan orang Melayu 2 buah buku sahaja. Alangkah sedihnya... Al-Quran yang diturunkan untuk umat Islam begitu menekankan tabiat membaca, akan tetapi, bangsa-bangsa lain pula yang mengambil kesempatan membina kejayaan dan kecemerlangan melalui pembacaan...


Justeru, 'lapangkanlah' masa kita semua untuk membaca... jangan tunggu waktu lapang yang tersisa sebab masa lapang itu cuma sekali sekala. Tugasan memang terlalu banyak, hakikatnya semua orang dikurniakan 24 jam yang sama...




Antara cara yang terbaik untuk dilakukan:


(i) 'Lapangkan masa' untuk membaca tika masa rehat selepas pulang dari kerja/ minum petang/ sewaktu menunggu iklan ketika menonton TV/ menunggu bas/ keseluruhan masa yang tidak di isi dengan apa-apa aktiviti. Jangan hanya duduk berpeluk tubuh!


(ii) Lewatkan sedikit masa tidur untuk diluangkan bersama buku/ kitab/ journal/ majalah ilmiah ~ jika waktu tidur biasanya 10.30 malam, luangkan masa beberapa minit/ setengah jam untuk membaca. Dari 10.30 malam contohnya, lewatkan sedikit masa tidur higga pukul 11.00 malam.



(iii) Pastikan kita membeli/ mempunyai bahan bacaan wajib setiap bulan ~ majalah, buku, etc yang boleh memberi input ilmiah. Seeloknya beli di awal bulan, dan cuba untuk habiskan bacaan sebelum akhir bulan tersebut.


(iv) Pastikan buku ada di mana-mana dalam kehidupan kita! Jika di pejabat, letak di hadapan meja untuk senang dicapai tika jemu melakukan kerja. Jika di rumah, letak di ruang tamu, bilik tidur, ruang menonton TV dll.


(v) Cintai buku umpuma mencintai masa rehat =) Justeru, utamakan dan bacalah... isi minda dan jiwa dengan 'makanannya' agar Iman kita makin bertambah seiring bertambahnya ilmu...








0 comments: