Hari ini merupakan hari lahir sahabat baik saya, kak Farah Hayati Ab Rahim. Teman sepengajian di UIA suatu ketika dahulu. Sahabat seperjuangan yang saya anggap umpama kakak sendiri...
Subhanallah.... Ukhuwwah ini terlalu manis untuk dikenang!
Kami pergi ke kelas yang sama, makan bersama, saling ber'tazkirah' bila bersembang, punya 'rasa' dan minda yang sama dalam kebanyakan perkara, bergelak bersedih bersama, dan berkongsi segalanya umpama adik beradik kandung.
Punya banyak persamaan: Masing-masing merupakan anak sulung, mempunyai 5 beradik (4 adik-adik), punya tarikh lahir yang sama (14 Januari dan 14 Mac), lebih kurang sama tinggi dan sama besar (a.k.a. sama kecik=), Punya instinct dan worldview yang sama dalam banyak perkara, hatta ada yang memanggil kami belangkas ~ Farah Diana ~
Semasa masih di UIA dan berterusan selepasnya, keluarga masing-masing saling bersua, seerat ukhuwwah kami. Walaupun kak Farah di Melaka dan saya Kedah, kejauhan bukan satu pemisah untuk tetap bertemu...
Masih segar di ingatan tika semester terakhir kami di UIA Kuantan, boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu/ 2 minggu sekali kami akan ke Teluk Cempedak bersama. Makan aiskrim di pantai, membeli 'sata' kesukaan kak Farah, mencari buku-buku agama di Kuantan Parade dan Saba Islamic Media, juga berkongsi cerita yang pelbagai.
Boleh dikatakan sepanjang 4 tahun sesi pengajian kami di UIA Gombak dan UIA Kuantan, kami sentiasa bersama. Bermula dari berjalan ke kelas, ke makmal, menjalankan kajian tahun akhir (final year project) yang sama ~ sample: sprague dawley rat ~ bersarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama, hatta saling 'membantu' jika salah seorang mengantuk di kelas! ;)
Allahu Akbar... Allah mengaturkannya begitu indah sekali... Saling mengingati dan menasihati antara satu sama lain...
Buat akak yang disayangi Lillahi Ta'ala... Moga Allah kurniakan kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan berpanjangan buat akak sekeluarga. Dipermudahkan segala urusan dunia, dikurniakan anak soleh solehah, tenang dan gembira selalu =)
Selamat hari lahir, akakku... Salam rindu penuh kasih sayang...
0 comments:
Post a Comment