Putaran waktu begitu cepat berlalu. 20 tahun kedengarannya amat lama, tapi realiti selepas melaluinya saban tahun, pantas sekali. Allahu Akbar!
Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan dalam sabda Baginda:
"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
- Hidup sebelum mati
- Sihat sebelum sakit
- Lapang sebelum sibuk
- Muda sebelum tua
- Kaya sebelum fakir”
(Riwayat Hakim dan Baihaqi daripada Ibnu Abbas).
20 Tahun Berlalu… dan 'Kanak-kanak itu' telah dewasa..
Apabila direnungkan, saya tersentak. 20 tahun sudah berlalu?! Allah... Bagaimanakah pengisian umurku berpuluh tahun ini... Diterimakah amalan? Diberkatikah seluruh kehidupan yang berlalu? Subhanallah... Kami mohon Engkau Redhai hayat kami yang masih tersisa ini, Ya Lathif...
Tengahari semalam sahabat baik abah (Dr Abd Rasyid Che Ali) dari Kuala Terengganu datang bersama isterinya, auntie Zubaidah. Kami makan tengahari bersama. Rancak berbual, sudah beberapa tahun tidak bersua.
Jika kami ke Terengganu, Insya-Allah singgah ke rumah mereka. Dan jika mereka datang ke utara, pasti juga singgah di rumah kami. Maknanya cuma beberapa tahun sekali baru bersua. Kali terakhir rasanya 3, 4 tahun yang lalu.
20 tahun lalu, keluarga kami amat rapat antara satu sama lain. Sewaktu abah dan pakcik Rasyid sama-sama menyambung pelajaran di London, kami menyewa di rumah yang sama. Cuma bilik yang berlainan. Berkongsi dapur, ruang tamu dan laman rumah sewa tersebut.
Saya dan adik-adik masih kecil dan belum bersekolah ketika itu. Kami bersahabat baik dengan 3 orang anak lelakinya yang juga lebih kurang sebaya dengan kami. Yang sulungnya muda setahun dari saya. Mereka lah sahabat dan teman sepermainan kami sepanjang berada di sana. Macam adik beradik!
Bermain bersama, keluar melancong pun bersama. Ada masanya kami bergaduh berebut mainan, cemburu jika dibeli mainan yang baru, atau sengaja bertindak nakal mengacau satu sama lain.
Jika dikenang, pasti tersenyum (^o^)
Hujan emas di negara orang… ketika itu sahabat umpama saudara sedarah sedaging. Rapat dan saling tolong menolong bergantung harap. Namun bila kembali, punya hidup yang berjauhan. Cuma doa dikirimkan moga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke syurga…
Buat pakcik Rasyid dan auntie Zubaidah sekeluarga, hembusan doa dinukilkan moga dilimpahi keberkatan hidup, kesihatan dan kebahagiaan berpanjangan. Buat Najmi, Khairuddin, Azri dan Sabrina… Doa kami moga kalian berjaya mencapai cita-cita, dilimpahi ketenangan menempuhi ranjau dunia ini, serta menjadi anak soleh solehah buat ibu ayah kita yang kian melalui hari tua mereka..
Umpama mereka menatang kita bagai permata berharga, selayaknya juga itu yang dikembalikan buat mereka… Pesanan khas buat adik-adik saya yang amat disayangi ~ Jee, Hanif, Ida dan Adin ~ 20 tahun lalu berlalu begitu pantas… Namun kenangan kanak-kanak kita masih segar mewangi… Seharum kasih sayang MaAbah terhadap kita selamanya..
Allahummarham Waalidiina fid Dunia wal Aakhirah…
20 tahun telah berlalu, 'kanak-kanak itu' telah dewasa... Dan 20 tahun mendatang, 'kanak-kanak' tersebut pasti melalui hari tuanya jika masih dipanjangkan umur... Moga usia ini terus menerus dilimpahi keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Ameen...
Usrati Jannati
-
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Bahagiakan kami sekeluarga dengan kebahagiaan dari Mu yang tidak pernah
putus...
Bantulah kami un...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment