CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 13, 2011

Di Mana 'Pemuda Kahfi' Zaman ini?

Nabi saw telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya dari bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

Bagi yang sentiasa mengulangi dan menghayati bacaan Surah Al-Kahfi saban minggu, Alhamdulillah..

Antara ibrah yang terkandung adalah kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 surah ini. Mereka adalah pemuda-pemuda yang sanggup mengasingkan diri demi menjaga Iman dan keyakinan kepada Allah.

Demi menyelamatkan akidah, me reka berkorban meninggalkan keluarga, harta dan kampung halaman. Berkorban meninggalkan kesenangan yang sementara sifatnya agar Tauhid mereka terjaga dari dipesongkan oleh raja yang zalim.

Allah sayangkan mereka… lalu dimatikan selama 309 tahun, membebaskan mereka dari cengkaman raja zalim yang memaksa rakyatnya menyekutukan Allah. Lalu mereka dihidupkan semula ‘merentas’ masa, ke suatu zaman di mana raja dan rakyatnya beriman kepada Allah.

Subhanallah… Tiada yang mustahil di sisi Allah…

Kisah benar ini dinukilkan dalam Al-Quran agar keyakinan kita terus mantap, meyakini betapa indahnya pengorban untuk menjaga akidah, iman dan taqwa kala seluruh pelusuk dunia ketika ini dipenuhi kefasikan dan kekufuran.

Dunia di akhir zaman kini penuh dengan maksiat dan dosa yang dianggap mulia

Ayuh bersama kita insafi… Allah pasti membantu usaha hamba2-Nya yang kerdil ini.. yang mahu ‘pulang‘ ke sisi-Nya sebagai muttaqin. Ayuh mengorak langkah umpama pemuda-pemuda Ashabul Kahfi…

Allahu Rabbana.. bantuilah kami…

0 comments: