CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 28, 2011

(vi) Sultan Muhammad Al-Fateh.... Sejarah Kegemilangan Taqwa

Semangat Sultan Muhammad ibn Sultan Murad berkobar-kobar untuk meralisasikan Sabda Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w. bahawa suatu ketika nanti Islam pasti menguasai Empayar Rom dan Kota suci mereka ~ Kota Constantinople. Cahaya keadilan dan keamanan Islam pasti sampai ke sana, merobohkan taghut dan kezaliman yang berleluasa, serta melenyapkan keangkuhan dan kecaman mereka tanpa henti terhadap Islam ketika itu.

Berbekalkan azam dan usaha yang mantap, Baginda sedaya mungkin untuk mengislahkan dirinya sendiri, tentera dan rakyatnya supaya tergolong dalam 'Sebaik-baik Sultan, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat'. Keadilan dan Ketaqwaan menjadi tonggak utama pemerintahan Baginda bersama rakyat.

Maharaja Constantine yang menguasai Kota Constantinople sejak berkurun lamanya amat memusuhi Islam. Seringkali dengan angkuhnya melancarkan serangan terhadap negara jajahan Uthmaniyah, merobohkan tempat ibadah, memperkosa kaum wanita dan menjadikan kaum lelaki sebagai tebusan yang akhirnya dibunuh.

Islam pasti akan menang suatu hari nanti! Setelah banyak siri peperangan berlaku antara kerajaan Islam Uthmaniyah dan kerajaan Taghut yang berpusat di Kota Constantinople, Islam semakin gagah dan kuat kerana punya para tentera yang cintakan syahid.

Latihan ketenteraan diadakan sebagai persiapan menawan Kota Constantinople. Sultan Muhammad beserta 250,000 orang tentera dilatih selama 40 hari di Pulau Magnesia. Latihan intensif tersebut adalah untuk meningkatkan ketaqwaan dan kemahiran berperang khusus untuk angkatan perang yang terbaik yang dipilih dari kalangan terbaik. Siangnya mereka umpama singa yang gagah berjuang, malam pula umpama abid yang berjaga memadu kasih dalam tahajjud yang khusyuk. Subhanallah...

0 comments: