CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 6, 2011

Jemputan-Nya Tiada Henti

Allah menjemput kita untuk meluangkan masa bertemu' dengan-Nya... Namun ramai di kalangan kita yang tidak mengendahkan, seolah-olah perkara keduniaan ini lebih penting daripada menyahut seruan Allah... Alpa, sedangkan kesemua nikmat yang diberi pinjam ini datangnya daripada Rabbul Jalil jua...


Azan adalah satu manifesto menyiapkan diri dan bersedia untuk 'bertemu-janji' dengan Allah, Tuhan dan Raja sekelian alam melalui ibadah solat yang akan didirikan.


Pada setiap waktu, kalimah azan dialunkan penuh ketenangan, mengakui keagungan Allah s.w.t, Muhammad sebagai Rasul-Nya, mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan.


Azan Subuh yang mula berkumandang di timur akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1 1/2 jam. Belum pun alunan azan di seluruh Indonesia selesai, azan sudah mulai berkumandang di Malaysia.




Berikutnya di Burma dan dalam waktu satu jam selepas azan dialunkan di Jakarta, masuknya waktu solat Subuh di Dacca, Bangladesh. Azan terus menerus dilaungkan. Kemudian alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.


Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit, dan dalam jangka waktu ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum pun berakhir di Pakistan, azan akan mula berkumandang pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, laungan azan terus bersambung di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berlanjutan setiap saat dan minit sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak waktu Azan mulai dialunkan di Indonesia hingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 1/2 jam.Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia . Ini berterusan pada setiap waktu solat tanpa putus.


Subhanallah, syiar Islam terus menerus dialunkan tanpa henti selama 24 jam sehari di seluruh dunia. Kemudian bersambung dan terus bersambung. Allahu Akbar! Jemputan Allah buat hamba-Nya tidak pernah berhenti…



http://vodpod.com/watch/674634-laungan-azan-selama-24-jam-tanpa-henti

0 comments: