Walaupun tanpa sedar dan tanpa niat, apatah lagi jika sengaja... Jika dihitung, pastinya terlalu banyak kesilapan yang berlalu dan mendatang...
Kini diri semakin matang menilai dan mengawal.. Saya insafi betapa kemaafan itu perlu sentiasa dipinta dan diberikan... kerana nilai usia ini belum tentu selamanya milik kita... Tika terpisa nyawa dari jasad, kita sudah terlambat untuk memohon kemaafan dari jasad yang pernah kita sakiti jiwanya...
Allahu Akbar! Tiada rugi dengan berbuat kebaikan dan memohon kemaafan. Kita seluruhnya bersaudara, dan mereka inilah yang bakal menjadi 'jiran' kita di pertemuan abadi kelak...
Saya maafkan semua orang yang pernah tersalah dan tersilap terhadap saya, kerana hakikatnya fitrah diri mereka sentiasa baik dan suci. Mungkin ketidakmatangan membuatkan mereka tersasar dari fitrah murni ini.
Dan saya sering memohon agar Allah bukakan hati mereka untuk memaafkan saya. Keluarga yang saya cintai, saudara mara terdekat, guru, sahabat, teman dan sesiapa juga yang pernah saya lukai, tersilap atau berdosa terhadap mereka, maafkanlah saya...
0 comments:
Post a Comment