Pada usia 20 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh sama-sama berpadu tenaga dengan tentera dan rakyatnya untuk membina Tembok 'Rumeli Hissari' (bermaksud tembok orang-orang Rom). Ini adalah sebagai persediaan menghadapi kemaraan tentera Rom ke Turki.
Tembok ini dibina hasil dari ibrah Perang Khandak yang ketika itu parit digali sebagai langkah bijaksana menghadapi tentera kuffar Al-Ahzab. Kisah lebih 800 tahun itu dijadikan pembakar semangat untuk menawan Kota Constantinople.
Suatu ketika di zaman Rasulullah, sewaktu sedang menggali parit tersebut, para Sahabat Rasulullah terjumpa satu bongkah batu yang besar tertanam di dalam tanah. Puas dicuba, namun tidak berjaya dipecahkan. Lantas Rasulullah mengambil penukul lalu berdoa sambil menetak batu tersebut. Pada pukulan pertama kelihatan percikan api dan sebahagian batu tersebut pecah. Pada pukulan kedua, juga terdapat seolah-olah percikan api lalu pecah berderailah kesemua batu itu.
Baginda s.a.w. lalu bersabda: "Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana Kisra di Hirah (Parsi). Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka"
Pada kalam inilah, janji pasti menjadi nyata. Dengan semangat inilah setiap generasi umat Islam cuba merealisasikan penaklukan ke atas Rom dan Parsi demi menyebarkan kalimah Allah di muka bumi, bersikap adil dalam pemerintahan dan menjamin keamanan manusia sejagat.
Usaha menakluk Constantinople dimulakan oleh Saidina Ali b. Abi Thalib (pada tahun 34 H), Mu'awiyah b. Abu Sufyan (84 H), Sultan Sulaiman (91 H), Khalifah Harun Ar-Rasyid (165 H), dan Sultan Beyazid (pada tahun 1391, 1397, 1400 M) akan tetapi semuanya masih belum mampu menawan kota kebanggaan kaum kristian itu...
Kekejaman Raja Rom dan Parsi yang sentiasa bermusuh dan menyerang negara-negara di bawah wilayah Islam, menindas dan membunuh rakyat mereka sesuka hati, merampas harta dan hasil pertanian, serta segala macam bentuk kezaliman menaikan lagi semangat jihad di kalangan tentera-tentera Islam.
Bukan memulakan peperangan, tetapi mempertahankan hak terhadap mereka yang menceroboh dan mengancam perkembangan Islam.
Bukan ingin menguasai hasil bumi semata, tetapi menyebarkan risalah Islam yang mulia.
Dan bukan kerana kepentingan dunia yang lain, tetapi kerana tuntutan mengamankan dunia melalui cara hidup deenul huda yang selamat dan menyelamatkan ini...
Lantas kata-kata Rasulullah suatu ketika dahulu digenggam erat, Islam pasti dapat menawan empayar terbesar dunia ketika itu ~ Rom dan Parsi! Parsi telahpun dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a., dan empayar Rom yang zalim tentunya pasti ditawan oleh 'sebaik-baik sultan, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat'! Subhanallah... itulah era ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh...
"Kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Constatinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!" ~ Napoleon Bonaparte
0 comments:
Post a Comment