skip to main |
skip to sidebar
April 1453:
- 04/04/1453: Constantinople dalam keadaan tegang kerana mengetahui Sultan Muhammad dalam persiapan untuk menyerang kota suci kaum Kristian itu.
- Sultan Muhammad mengaturkan 250,000 tenteranya kepada 5 pasukan yang dipimpin oleh Pangllima Tharhan (ketua Panglima angkatan tentera), Khalil Pasya (PM Kerajaan Uthmaniyah), Sulaiman Olgo, Hamzah Pasya dan Zaqhanus (sebagai ketua angkatan tentera laut).
- Strategi Sultan Muhammad adalah melalui jalan lain untuk ke Constantinople bagi mengelak dari bertembung dengan tentera Constantinople yang berkawal di sepanjang jalan menuju kota tersebut.
- Mengambil masa selama 2 bulan untuk tiba di Constantinople.
- Meriam Urban ditarik oleh 4 ekor lembu bagi setiap meriam.
- Bagi angkatan laut pula, jumlah kapal perang adalah 80 buah.
- 06/04/1453 (Khamis): Angkatan darat tiba di pinggir kota Constantinople. Subuh keesokannya mereka semua bertakbir dan bertahmid. Bergema seluruh tempat dengan alunan zikir para tentera. Ini mengejutkan Maharaja Constantine yang sedang lena diulit mimpi.
- Sultan Muhammad menghantar surat keamanan kepada Maharaja Constantinople, mengajak mengesakan Allah s.w.t. dan menerima Islam. Tetapi ditolak dengan angkuh dan memilih untuk berperang.
- 100 orang tentera Constantinople dihantar untuk memusnahkan meriam urban pada waktu tengah malam/ awal pagi.
- Mereka menyusup secara senyap-senyap untuk memusnahkan meriam tersebut, tetapi alangkah terkejutnya mereka, tentera Islam berjaga sepanjang malam menunaikan solat tahajjud.
- Berlaku pergelutan dan mereka berjaya ditawan. 30 orang terbunuh dan 70 orang lagi dijadikan tawanan dan dilayan sebaik mungkin.
- Sultan Muhammad memberi pilihan kepada mereka sama ada memeluk Islam dan menjadi saudara mereka atau membayar jizyah (tebus diri) sebanyak 100 dinar sahaja dan dilepaskan.
- Pada mulanya tentera Constantinople memilih untuk membayar jizyah, namun hati mereka terikat dengan keindahan dan kerendahan budi Sultan Muhammad beserta para tentera baginda, lantas kesemuanya memeluk Islam. Subhanallah...
0 comments:
Post a Comment