CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 26, 2011

(iv) Sultan Muhammad Al-Fateh... Sejarah Kegemilangan Taqwa

"You tengah baca buku apa tue?" tanya seorang lecturer berbangsa Cina kepada saya, sambil memerhatikan buku yang terpegang pada tangan saya. Mungkin perasaan ingin tahunya meluap-luap, kenapa la agaknya budak nie khusyuk sangat membaca;)

"O... ini buku novel sejarah Islam ~ mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Constantinople dari kerajaan Rom suatu ketika dahulu", jawab saya sambil tersenyum.

"Ha? Baca buku 'sejarah'? Dah habis belajar pun you boleh baca buku 'sejarah' ke?"

Terdetik di dalam hati, mungkin ramai yang tak sukakan 'sejarah' kot, terkejut benar reaksinya melihat saya membaca buku 'sejarah' =) Ini bezanya kita sebagai umat Islam... jika mereka yang bukan Islam bejalar sejarah untuk sekadar lulus peperiksaan, kita lebih dari itu!

Ambil ibrah, betapa kejayaan umat Islam, kegemilangan tamadun dan kehebatan Taqwa berjaya menjulang tinggi Islam dan seluruh umat ketika itu...

Umpama Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang berjaya menawan empayar Rom suatu ketika dahulu, semuanya tidak mungkin berjaya tanpa kekuatan Taqwa! Baginda sendiri tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud sejak usia baligh. Kerana didikan taqwa, lahirlah sebaik-baik Sultan, sebaik-baik tentera, dan sebaik-baik rakyat... dan akhirnya kegemilangan berulang kembali seakan waktu Rasulullah s.a.w. masih bersama mengadun taqwa dalam diri para sahabat...

0 comments: