11.1.11 ~ Petang tadi kami menerima tetamu yang sangat istimewa… Kisah pertemuan semula selepas lebih 30 tahun…
............................................................................................
Suatu ketika di penghujung tahun 1970-an, datuk saya (Arwah Cikgu Hj Hashim Hj Mohamad) di Lundang, Kota Bharu diserang penyakit Gallstone (batu karang), dan bapa saudara saya meminta pertolongan seorang doktor untuk datang merawat. Ketika itu abah saya masih di matrikulasi UKM dalam jurusan Biology.
Dr Haydar Ali Tajuddin bin Fateh Mohamed, seorang doktor yang amat dikenali ketika itu. Antara doktor muslim pioneer yang membuka klinik di Kota Bharu. Sifat tawadhu' dan mesranya membuatkan ramai yang menyenangi beliau.
Beliau datang ke rumah datuk untuk merawat tanpa mengenakan sebarang bayaran. Ketika itu datuk bertugas sebagai imam di Masjid Lundang, markas dakwah dan tarbiyah yang sering diadakan kuliyah-kuliyah agama. Dr Haydar Ali dan abang beliau (Engineer Salehuddin) sering menyampaikan kuliyah agama, tazkirah dan pengisian dakwah. Abah saya antara 'peminat setia' tika pulang bercuti dari UKM.
Selesai rawatan, bapa saudara saya dengan nada berseloroh berkata kepada abah: "Harif, nanti nak jadi doktor jugak kan, boleh le tolong hantar beg Dr Haydar ke kereta" ~ (Ambil berkat, kata orang Melayu).
Selepas menghabiskan matrikusi Biology di UKM, abah memilih jurusan kedoktoran. Masa berlalu, sehingga selepas berpuluh tahun, Allah temukan kembali 2 insan yang terpisah selama 30 tahun ini.... Subhanallah...
Pertemuan yang diaturkan-Nya begitu indah... Saya di Kedah dan mereka masih di Kelantan. Saya dan Amalina bt Haydar Ali berkawan rapat tika bekerja bersama di IPPT USM (~Bertam~ Kepala Batas, Penang). Walaupun cuma sempat untuk beberapa bulan sebelum Amalina kembali ke HUSM Kelantan, tapi Allah tiupkan rasa kasih dan sayang umpama saudara sendiri... Ukhuwwah yang terjalin bagaikan 'penyambung' ukhuwwah bapa kami yang pernah disatukan dalam jama'ah dan majlis ilmu serta medan dakwah suatu ketika dahulu...
Fitrah hati, orang-orang beriman dan orang yang baik akan disayangi secara semulajadi. Allah s.w.t. hadirkan rasa senang bila berdampingan bersama...
Dan itu yang saya rasakan apabila bersahabat dengan Amalina ~ Dr Amalina. Penuh dengan kelembutan, tawadhu' dan kemesraan. Sempat berkelah bersama dan ketika beliau bermalam di rumah saya, rupanya saat itu baru mengetahui bahawa abah mengenali ayahnya menerusi siri-siri kuliyah dan medan dakwah puluhan tahun yang lalu.
Subhanallah... Allah mengaturkan pertemuan ini penuh hikmah...
11/1/11, Dr Haydar dan Dr Harif bertemu kembali ~ dipenuhi kasih sehening ukhuwwah yang bertaut kembali selepas 30 tahun... Maha Suci Allah yang mempertemukan 2 jiwa yang berkasih kerana Allah ini...
Wajah yang dilimpahi Iman.. berkat kerja dakwah dan mendirikan sekolah Tahfiz di Kota Bharu, saya mengkagumi beliau.. Dr Haydar Ali Tajuddin sentiasa dalam ingatan dan doa kami...
Buat sahabat saya, Amalina... Selamat berjuang, moga Allah permudahkan segala urusan attachment dan MMed di HUSM sana. Diberi keberkatan ilmu dan keseluruhan hidup, dikurniakan kebahagiaan dalam Iman dan kesihatan yang berpanjangan.
Salam sayang penuh mesra, Uhibbuki Fillah, Amalina..
Usrati Jannati
-
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Bahagiakan kami sekeluarga dengan kebahagiaan dari Mu yang tidak pernah
putus...
Bantulah kami un...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment