CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 3, 2011

Ada Apa dengan Sambutan Tahun Baru?


Teringat ketika berada di tahun 3 UIA, kami berpasukan mengedarkan risalah berkaitan Islam bermula pada petang 31 Disember. 'Menjelajah' taman KLCC yang rata-rata dipenuhi oleh remaja Islam, berpasangan lelaki dan perempuan dengan pakaian yang kurang sedap dipandang, serta beberapa aksi yang sakit mata memandang.

Kami tak putus-putus berdoa moga mereka diberi hidayah suatu hari nanti... Risalah terus diedarkan. Kebanyakannya mengenai aurat, akhlak, dan akidah. Tentang indahnya syari'at Islam.

Selepas solat maghrib dan isyak, semakin ramai membanjiri Taman KLCC tersebut. Kami dibahagikan kepada beberapa pasukan. Ada yang mendengar forum di Masjid Syakirin KLCC dan ada yang terus mengedarkan risalah.





Tapi yang pasti, tinggal yang tua-tua je yang setia mendengar ceramah Ustaz Roslan Mohamed (UM) dan panelist lain. Remaja? Semuanya sibuk menunggu percikan bunga api yang akan berlangsung 2, 3 jam lagi.


Penutup Forum, kumpulan nasyid Hijaz memberi persembahan. Tamat forum seusai setengah jam sebelum 12 tengah malam. Waktu kemuncak, nak berjalan balik pun susah kat dataran KLCC tu. Ramai sangat manusia...


Tepat 12 am 1 Januari, bunga api dilepaskan. Allahu Akbar! Gegak gempita! Rasa macam serangan peluru berpandu Yahudi ;( Ditambah pula dengan sorakan dan gelak tawa para remaja yang kebanyakannya Muslim.


Situasi yang sangat sinonim dengan sambutan Tahun Baru yang dicanangkan oleh kaum Kuffar.

Percampuran antara lelaki dan wanita tanpa batasan.

Aurat tidak diendahkan.

Akhlak dan adab sebagai seorang Muslim tidak diamalkan.

Berlaku gejala sosial, gejala songsang, dan macam-macam gejala tidak sihat.

Maka, siapa yang 'orang kita' tiru sebenarnya?

Kalau jelas Islam melarang semua itu, tidak lain dan tidak bukan, amalan kuffar la yang diikut.



Teringat kata makcik yang menjual air di masjid ketika itu: "Lepas ni, dik... macam-macam le 'tertinggal' pagi esok ~ botol arak, etc yang malu untuk disebut. Hasil sambutan tahun baru ;(


Allahu Akbar... Sinarilah hidayah-Mu buat remaja-remaja Islam, saudara-saudaraku yang pernah dan sedang tersasar... Agar kembali kepada cara hidup Islam yang mulia...


Duhai remaja, carilah keseronokan dalam Deen Islam ini sendiri...



“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha (setuju dan suka) kepadamu (wahai Nabi Muhammad) sehingga engkau mengikut agama mereka. Katakanlah kepada mereka: “Sesungguhnya hidayah petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika engkau mengikut kemahuan mereka setelah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu mengenai kebenaran, tidak lagi akan menjadi pelindung dan penolong bagimu” (Al-Baqarah: 120).


“Dari Ibni Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dianggap salah sorang dari kalangan mereka” (Riwayat Al-Imam Abu Daud)

0 comments: