CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 30, 2011

(viii) Sultan Muhammad Al-Fateh dan Penawanan Constantinople

Angkatan tentera laut Sultan Muhammad Al-Fateh:

  • Ketika angkatan darat Sultan Muhammad telah tiba di Constantinople, angkatan laut yang dipimpin oleh Zaqhanus masih lagi berada di Laut Marmara yang menganjur ke Selat Bosphorus dan Golden Horn.


  • 100 buah kapal perang pimpinan Guistiniani menyerang 80 buah kapal tentera Islam. Mereka adalah tentera bantuan dari Genoa yang membawa sejumlah angkatan tentera dan peralatan perang untuk membantu Constantinople.



  • Pertempuran tersebut menyebabkan tentera Islam kehilangan 3 buah kapal manakala 60 buah kapal tentera Genoa dapat ditenggelamkan. Cuma 40 buah kapal Genoa sahaja yang berjaya meneruskan misi bantuan ke Constantinople.


  • Jalan ke Pelabuhan Bayskat di Golden Horn (pelabuhan utama Constantinople) dikawal rapi oleh tentera Constantinople. Mereka memasang 3 lapis rantai besi sebesar pemeluk dan menaikkan rantai besi tersebut bagi menahan kapal perang Islam melalui Golden Horn.


  • Sultan Muhammad dan para tentera darat di pinggir Kota Constantinople sudah berhari-hari bertempur dengan pasukan Constantinople, namun tiada tanda mereka akan memenangi pertempuran. Saingan yang amat sengit dan bantuan luar yang diterima oeh Constantinople amat menyukarkan keadaan tentera Islam ketika itu.


  • Kapal angkatan tentera Islam belum lagi muncul. Setelah mengetahui halangan rantai besi yang tidak dapat mereka lepasi, Sultan Muhammad bergegas ke kawasan pantai Semenanjung Fera untuk berhubung dengan tenteranya di perairan.


  • Cuma beberapa orang dari pasukan berkuda yang pergi bersama Sultan Muhammad. Yang lain dikehendaki terus mengepung Kota Constantinople.


  • Mereka terpaksa melalui kawasan berbukit dan dikelilingi hutan yang tebal sejauh 3 batu untuk ke Semenanjung Fera, satu-satunya jalan untuk berhubung dengan tentera laut Islam di Laut Marmara.



  • Pada sebelah malamnya, Sultan Muhammad menghantar 100 orang tentera untuk memutuskan rantai besi tersebut. Namun ini disedari oleh tentera Constantinople dan berlaku pertempuran. Nyata sekali rantai tersebut terlalu kuat untuk dipotong. Usaha mereka tidak berjaya.


  • Keesokannya Baginda memerintahkan mereka menyerang dari Lembah Lycos di sebelah barat dan baginda sendiri mengetuai pasukan tersebut. Panglima Tharhan pula mengetuai serangan di sebelah timur.


  • Namun tentera Islam terpaksa berundur kerana serangan hebat dari tentera Constantinople.


  • Setelah pelbagai usaha telah dijalankan dan masih belum mampu menggoyahkan pertahanan Constantinople, Sultan Muhammad merintih kepada Allah dalam solat malamnya... "Wahai Tuhan, kami tidak mampu mengalahkan musuh tanpa bantuan-Mu.. Kami hampir berputus asa kerana masih tidak berjaya menawan Kota Constantinople walau pelbagai usaha telah kami lakukan. Kami memohon kepada-Mu, Ya Allah... bantulah kami. Berilah petunjuk kepada kami bagi mengalahkan musuh..."



0 comments: