CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 27, 2011

(v) Sultan Muhammad Al-Fateh... Sejarah Kegemilangan Taqwa


Pada tahun 1054 M, Rom berpecah kepada 2 bahagian: Rom bermazhab Kristian Roman Katolik dan Constantinople bermazhab Ortodoks. Kerajaan Rom timur terdiri dari tenggara Eropah, Asia kecil, Syria, Palestin, Mesir, Pulau-pulau Mediterranian dan Pulau-pulau di Corsican dan Sicily.


Constantinople menjadi tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Kota tersebut bersempadan dengan benua Eropah dan Asia yang dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Di sana terbinanya gereja Aya Sophia/ Hagia Sophia yang luar biasa cantik, bumbungnya umpama tergantung, binaan dari batu bewarna emas, perak dan permata yang berkilau.



Kerajaan Byzantium (Rom) sejak dari dulu sering mengancam perkembangan Islam. Pernah suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w., baginda mengutuskan surat kepada Maharaja Rom. Berdakwah ke arah keselamatan dan keadilan bersama Islam. Namun surat tersebut dengan angkuhnya dikoyak-koyak ke atas kepala utusan Rasulullah tersebut...


Kezaliman mereka merampas harta rakyat, cukai terlalu tinggi, rakyat tanpa pembelaan, penguasa yang memerintah tanpa keadilan dan bermacam-macam kepincangan yang berlaku. Lantas Rasulullah s.a.w. berdoa moga suatu masa nanti kerajaan Rom akan 'dikoyak-koyak' oleh tentera Islam umpama mereka mengoyak utusan keamanan dari Islam ketika itu..


Selepas 8 abad berlalu, usaha menawan empayar Rom dan kota Contantinople masih belum terlaksana. Mahupun beberapa cubaan pernah dilakukan oleh pemerintah kerajaan Islam Umayyah dan Abasiyyah, namun penakluk empayar Rom mengikut piawaian 'Sebaik-baik Sultan, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat' yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. belum lagi tercapai.




Islam semakin kuat bertapak dengan jajahan yang semakin bertambah. Sultan Murah (II) pemerintah kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Turki merupakan ayahanda Sultan Muhammad (Al-Fateh). Baginda bercita-besar untuk merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w. tersebut semasa pemerintahannya.


Usaha pengislahan tentera dan rakyat dilakukan selepas mendapati mereka belum lagi tergolong dalam 'sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat'. Masih terdapat segelintir peniaga yang menipu dalam sukatan, tentera yang mengasari rakyat, orang kaya yang kedekut dan enggan bersedekah serta si miskin yang tidak gemar membantu saudara mereka yang lain.


Pengislahan secara besar-besaran dilakukan. Tentera dan rakyat Baginda perlu terlebih dahulu soleh dan bertaqwa! Biarpun memakan masa, paling tidak Baginda telah berusaha ke arah itu. Dan yang paling penting, putera Baginda yang bernama Muhammad dididik dengan didikan Rabbani sedari kecil.


Ketika memangku jawatan Sultan di usia seawal 16 tahun, Sultan Muhammad diuji dengan utusan Rom yang membawa pelbagai hadiah, emas, intan berlian, penari, penyanyi dan guru untuk mengajar adab serta protokol Istana kepada Baginda. Alasannya agar Sultan yang masih 'mentah' itu dapat 'dihasut' pemikirannya.




Namun dengan tegas dan lantang Sultan Muhammad menyatakan: "Saya tidak tertarik langsung dengan hadiah-hadiah yang kamu bawakan dan hiburan-hiburan yang melalaikan itu. Kenikmatan bagi saya adalah apabila beribadah, bukan melakukan maksiat!


Selepas Sultan Murad mangkat, Sultan Muhammad menaiki takhta ketika berusia 19 tahun. Baginda mengekalkan Panglima Khalil Pasya sebagai Perdana Menteri, Panglima Tharhan sebagai Ketua Angkatan Tentera dan melantik Zaqhanus untuk memimpin angkatan tentera laut.


Pengislahan tentera dan rakyat dipastikan betul-batul mantap. Keadilan dan keamanan di mana-mana, tiada jenayah, rasuah dan kepincangan yang berlaku. Rata-rata jajahan lain dengan rela hati ingin berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah yang adil dan aman.. Islam telah berjaya menyebarkan syari'atnya. Keadilan ditegakkan dan kezaliman dibasmi.


0 comments: