- Antara amanat Sultan Muhammad terhadap tawanan perang yang terdiri daripada tentera dan rakyat Kota Constantinople:
~ "Hari ini adalah hari kemenangan kepada kami, umat N abi Muhammad s.a.w . Kamu sudah menjadi hina dengan kekalahan ini. Sesungguhnya apabila datang yang hak, lenyaplah yang batil. Apabila datang kebenaran, lenyaplah kemungkaran. Apabila datang keadilan, lenyaplah kezaliman. Sesungguhnya kami datang kepada kamu membawa yang hak. Kami membawa cahaya kebenaran dan kami menegakkan keadilan. Percayalah, tiada sesiapa yang akan dianiaya pada hari yang mulia ini” - Mengikut undang-undang sedia ada pada zaman tersebut, tentera yang kalah akan dibunuh oleh kaum yang menang. Tetapi kerana Islam, Sultan Muhammad menyatakan kepada para tawanan perang:
~ “Sekiranya kami bukan umat Nabi Muhammad s.a.w., nescaya hari ini kepala kamu bercerai dari badan. Kalaulah kami bukan umat Islam nescaya darah kamu pada hari ini akan mengalir umpama sungai. Anak-anak gadis kamu diperkosa dan anak-anak kamu dibakar hidup-hidup. Tetapi agama Islam melarang kamu melakukan kezaliman. Kami disuruh mencontohi pemimpin kami yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w. kerana Baginda adalah sebaik-baik pemimpin yang mesti kami contohi” - Maka menangislah sekalian tawanan kerana pancaran nur kasih sayang Islam…
- Gereja Aya Sophia dijadikan masjid. Jumaat pertama selepas kemenangan Islam, Sultan Muhammad memimpin para muslimin melakukan solat berjamaah di masjid Aya Sophia.
- Rumah yang roboh diperbaiki, makanan diagih-agihkan dan pendididkan diberikan kepada sekelian rakyat secara percuma. Subhanallah… Tika Constantinople masih di bawah pemerintahan Rom, hasil pertanian rakyat dirampas dan cukai terlalu tinggi dikenakan kepada mereka. Perempuan sering dikacau dan tiada keamanan dirasai. Kini, Islam berjaya mengubah segalanya…
- Istana baru bercirikan senibina Islam dan ayat-ayat suci Al-Quran dibina.
- Malamya, Sultan Muhammad meronda pelusuk kampung demi melihat keadaan rakyat baginda.
- Constantinople kini bertukar kepada Istanbul (cahaya Islam keseluruhannya).
~ Allahu Akbar! Di sebalik rahsia Taqwa, lahirlah sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat umpama gemilangnya Islam di era Sultan Muhammad Al-Fateh...