Pilihan 1: Jam loceng berbunyi menunjukkan tepat pukul 6 pagi. Memilih untuk menarik selimut dan teruskan tidur? Terdetik di hati, ala.. sekarang 6.10 am baru masuk waktu Subuh..
Pilihan 2: Jam tersebut berbunyi lagi, menunjukkan pukul 6.30 am. Ish, semalam tido lewat... sambung tido kejappppp je lagi la...
Pilihan 3: Terjaga, jam sudah menunjukkan pukul 7.00 am. Ops! Dah terlewat nie... cepat bangun!!! Tapi kadang kala tersasar juga hingga jam 7.30 am.
Pilihan tepat: Iman bermonolog: Tak baik la 'berkira' sedikit dari masa kita untuk bangun beberapa minit awal sebelum waktu Subuh (mungkin setengah jam awal) ~ Sujud kepada Allah s.w.t. yang sentiasa mengasihi kita, memberi pelbagai nikmat, mendengari doa kita, mengabulkan segala hajat, memberi kebahagiaan dan kesihatan berpanjangan buat kita, mengurniakan itu dan ini yang takkan habis untuk dinyatakan... Subhanallah...
Lalu, yang mana satu pilihan terbaik kita? Ikut pilihan iman atau pilihan nafsu?
Jawapan seperti tak kuat iman, tak terbuka hati lagi, tak itu dan ini cuma alasan-alasan nafsu untuk mengecualikan diri sedangkan semua itu perlukan usaha!
Cuba berusaha untuk terus bangun, bukan untuk terus memejamkan mata.
Cuba berusaha untuk memingkirkan 'kesedapan' tidur sebentar, bukan untuk terus mengecapi 'nikmat'nya sambung tidur..
Cuba untuk tegas dengan nafsu, bukan menuruti segala kemahuannya yang penuh dengan keselesaan dan kesedapan..
Cuba untuk berusaha, bukan terus membiarkan!
Begitu juga pilihan-pilihan lain dalam hidup: Bertudung atau tidak, bersolat atau tidak, berakhlak atau tidak, bersyariat atau tidak, dll.
Pilihan di tangan kita. Jalan kebaikan dan berpahala memang menuntut 1001 pengorbanan. Bila dah jadi tabiat, insya-Allah dimudahkan untuk terus melakukannya. Hasilnya, timbul rasa bahagia dan tenangnya jiwa yang berkekalan...
Jalan maksiat dan sesuatu yang mengundang dosa memang amat digemari nafsu dan keselesaan diri. Namun kepuasannya tidak lama, akan rasa resah dan tidak bahagia bila diri makin jauh dari Tuhan..
Mulakan langkah pertama dalam membuat pilihan terbaik dalam hidup! Dan percayalah, langkah pertama susahnya hanya sebentar, tapi nikmat bahagianya kekal berpanjangan. Dari situ 'kejayaan-kejayaan' atau 'kebahagian-kebahagian' lain pasti menyusul ~ Insya-Allah, dipermudahkan segala urusan, dilapangkan hati, dikurniakan kecukupan, diberkati kehidupan dan lain-lain. Yakinilah...
0 comments:
Post a Comment