CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 24, 2011

Beruntungnya Kita


Alhamdulillah...

Beruntungnya kita yang dilahirkan Islam, dikuatkan dengan Iman, dan punya fitrah yang sentiasa menginginkan kebaikan dalam diri..

Beruntungnya kita yang diberikan nikmat kesihatan, kecukupan harta dunia, serta kebahagiaan hidup duniawi. Beruntungnya kita yang segalanya sempurna di dunia ini...


Subhanallah...

Walaupun kekadang kita diuji dengan sedikit kesusahan, kesakitan, keperitan hidup, kekecewaan, atau hatta ujian kesenangan sekalipun, segalanya tidaklah sedasyat ujian yang menimpa Nabi Ayub a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Sulaiman a.s., Rasulullah s.a.w. atau para Rasul lainnya. Tidak juga seteruk yang melanda para Muqarrabin atau hatta saudara lain yang sezaman dengan kita.

Bertuahnya kita.. kerana dengan ujian yang sedikit itulah rupanya peluang untuk kita 'kembali' mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, peluang untuk diampunkan dosa-dosa, juga peluang untuk ditinggikan darjat di sisi Allah s.w.t. jika dihadapi dengan redha dan sabar. Yang pasti, terdapat hikmah yang cukup besar untuk kebaikan diri kita sendiri.







Dalam situasi apa sekalipun, sesungguhnya kita sangat beruntung kerana dimuliakan dengan 'status hamba' kepada Tuhan Yang Maha Agung, Pemilik Perbendaharaan 'Arasy Yang Sangat Hebat!

Doa kita didengari, hajat kita dikabulkan, segala permintaan kita diberikan dengan penuh kasih dan belas. Bahagianya... Dilimpahi kenikmatan hidup yang tak terhitung banyaknya berupa infiniti kesenangan dan sedikit kesusahan sebagai hiasan. Subhanallah, alangkah beruntungnya kita...




Wednesday, March 23, 2011

SPM 2010 ~ Tahniah, Adin=)


23/03/11: Keputusan SPM 2010 diumumkan. Tahniah buat adik bongsu saya, Hafizuddin Harif Fadzilah atas kejayaan cemerlang alam persekolahan berdasarkan parameter 'Sijil Pelajaran Malaysia'.

Tapi hakikatnya, penilaian Allah dan ibu bapa menggunakan parameter 'Anak Soleh', itu yang lebih utama. Tahniah buat Hafizuddin Harif, dengan izin Allah s.w.t. jualah yang memberi kecemerlangan buat kedua-dua parameter tersebut. Mabruk, Adin!! =)

Alhamdulillah, Adin yang dulunya 'banyak bermain', berkat doa maAbah dipermudahkan Allah s.w.t. untuk cemerlang duniawi dan ukhrawi. Adik bongsu nan seorang inilah yang dulunya agak manja dan kuat bermain, ala kanak-kanak lelaki lainnya. Menempuhi alam remaja, Alhamdulillah semakin matang berfikir dan bertindak.

Moga Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih senantiasa melimpahkan Kasih SayangNya, menjadikan adik-adik saya penyejuk mata dan hati maAbah dengan kejayaan duniawi dan kecemerlangan akhlak. Ameen...

Tuesday, March 22, 2011

Segalanya Untuk Dia~





Wednesday, March 16, 2011

Ampunkanku...





Allahu Rabbi...

Ampunkan dosa-dosa hambaMu ini...

Dalam sedar, diri tetap berdosa kepadaMu..

Tanpa sedar hati semakin hitam menghimpun dosa...



Allah.. Allah.. Allahu Rabbi...

Jangan Kau palingkan wajahMu dari diri hamba yang hina ini...

Fitrah diri ingin sentiasa rasa kehambaan..

Namun syaitan dan nafsu sering mengalahkan...

Hamba pohon ditetapkan hati dalam ketaatan...

Dikuatkan iman menempuh segala godaan...

Dikurniakan istiqamah dalam meniti keikhlasan beramal...

Dibukakan segala pintu Keberkatan dan Keredhaan...

Dan puncak segalanya, dihadiahkan Jannah yang penuh kenikmatan...

Buat hamba, keluarga, guru dan para mukminin...

Moga kami kan bersatu kembali menggapai keabadian cinta...

Allahumma Ameen...


Tuesday, March 15, 2011

Yang Mana Pilihan Kita?


Pilihan 1: Jam loceng berbunyi menunjukkan tepat pukul 6 pagi. Memilih untuk menarik selimut dan teruskan tidur? Terdetik di hati, ala.. sekarang 6.10 am baru masuk waktu Subuh..

Pilihan 2: Jam tersebut berbunyi lagi, menunjukkan pukul 6.30 am. Ish, semalam tido lewat... sambung tido kejappppp je lagi la...

Pilihan 3: Terjaga, jam sudah menunjukkan pukul 7.00 am. Ops! Dah terlewat nie... cepat bangun!!! Tapi kadang kala tersasar juga hingga jam 7.30 am.

Pilihan tepat: Iman bermonolog: Tak baik la 'berkira' sedikit dari masa kita untuk bangun beberapa minit awal sebelum waktu Subuh (mungkin setengah jam awal) ~ Sujud kepada Allah s.w.t. yang sentiasa mengasihi kita, memberi pelbagai nikmat, mendengari doa kita, mengabulkan segala hajat, memberi kebahagiaan dan kesihatan berpanjangan buat kita, mengurniakan itu dan ini yang takkan habis untuk dinyatakan... Subhanallah...



Lalu, yang mana satu pilihan terbaik kita? Ikut pilihan iman atau pilihan nafsu?

Jawapan seperti tak kuat iman, tak terbuka hati lagi, tak itu dan ini cuma alasan-alasan nafsu untuk mengecualikan diri sedangkan semua itu perlukan usaha!

Cuba berusaha untuk terus bangun, bukan untuk terus memejamkan mata.

Cuba berusaha untuk memingkirkan 'kesedapan' tidur sebentar, bukan untuk terus mengecapi 'nikmat'nya sambung tidur..

Cuba untuk tegas dengan nafsu, bukan menuruti segala kemahuannya yang penuh dengan keselesaan dan kesedapan..

Cuba untuk berusaha, bukan terus membiarkan!




Begitu juga pilihan-pilihan lain dalam hidup: Bertudung atau tidak, bersolat atau tidak, berakhlak atau tidak, bersyariat atau tidak, dll.

Pilihan di tangan kita. Jalan kebaikan dan berpahala memang menuntut 1001 pengorbanan. Bila dah jadi tabiat, insya-Allah dimudahkan untuk terus melakukannya. Hasilnya, timbul rasa bahagia dan tenangnya jiwa yang berkekalan...

Jalan maksiat dan sesuatu yang mengundang dosa memang amat digemari nafsu dan keselesaan diri. Namun kepuasannya tidak lama, akan rasa resah dan tidak bahagia bila diri makin jauh dari Tuhan..

Mulakan langkah pertama dalam membuat pilihan terbaik dalam hidup! Dan percayalah, langkah pertama susahnya hanya sebentar, tapi nikmat bahagianya kekal berpanjangan. Dari situ 'kejayaan-kejayaan' atau 'kebahagian-kebahagian' lain pasti menyusul ~ Insya-Allah, dipermudahkan segala urusan, dilapangkan hati, dikurniakan kecukupan, diberkati kehidupan dan lain-lain. Yakinilah...


Monday, March 14, 2011

Terima 'Kasih'


Terima 'kasih' kerana telah menghulurkan sayang dan ingatan 'kasih' buat saya..

Buat keluarga tercinta, terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan kemesraan yang dikecapi ini. 'Haaza min Fadhli Rabbi', syukur tak terhingga kepada Pemilik Cinta Abadi yang menyalurkan cintaNya melalui nikmat keluarga ini... Terima kasih Usrati Jannati.. kerana terlalu banyak kasih yang telah diberikan...




Buat sahabat dan teman yang sentiasa di sisi, kalian juga umpama sebuah keluarga besar bagi saya! Terima kasih atas jalinan persahabatan di sepanjang laluan berliku kehidupan ini. Serta atas ingatan, doa dan hadiah terutamanya sempena hari kelahiran saya pada setiap tahun =) Kalian umpama cantuman jigsaw puzzle yang melengkapkan sebuah kehidupan ini.. (>.<)v


Terima 'kasih'... buat Mama Abah, keluarga, guru-guru yang merupakan insan-insan istimewa dalam hidup saya kerana telah menghulurkan kasih penuh ikhlas dalam membesarkan, mendidik, berkorban, mendoakan, menyayangi, mengasihi, membahagiakan, dan memberikan segala yang terbaik dalam hidup saya selama ini.. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segala kasih tersebut...



Allahu Rabbi... satukan kami semua di syurgaMu kelak dengan Rahmat dan belas kasihMu... Ameen ya Rahim..




Thursday, March 10, 2011

Murahkanlah Doa Kita

Situasi 1: Kita berada di atas kereta dan terpandang seorang pakcik tua membawa beca penuh kepenatan. Di seberang jalan, seorang makcik tua menyapu dan mengutip sampah sambil mengelap peluhnya. Kita hanya memandang dan kereta pun berlalu.

Situasi 2: Kawan di pejabat menceritakan masalah ibunya yang ditimpa strok dan lumpuh separuh badan. Kita mendengar penuh prihatin. Pulang dari tempat kerja, lupa terus.

Situasi 3: Ketika menonton TV di rumah, berita memaparkan kekejaman rejim Israel terhadap umat Islam di Palestin. Kita hanya mendengar dan mengubah saluran TV.

Untuk ketiga-tiga contoh situasi di atas, alangkah ruginya kita jika tidak sudi 'melapangkan masa' sesaat dua untuk mendoakan mereka... Detikkanlah doa kita buat mereka... moga anak-anak mereka 'menjadi', berupaya mengubah kemiskinan dan membawa sedikit kesenangan buat ibu ayah yang susah, moga kesabaran membahagiakan mereka dengan ujian, moga Allah kurniakan iman yang kental dan anugerahkan syurga buat mereka, dan macam-macam doa boleh didetikkan buat mereka yang diuji.


Itu tanda kita prihatin dan cuba untuk membantu. Bayangkan jika ramai yang doakan mereka, Allahu Akbar! Moga termakbul segala kebaikan yang kita doakan untuk mereka. Bukankah jika mendoakan kebaikan untuk orang lain juga bermakna 'menarik' kebaikan dan redha Allah pada kita? Jom... bersama kita murahkan doa untuk saudara-saudara kita...

Wednesday, March 9, 2011

Ibu Bapa yang Kesedihan


Remaja bermasalah, silap ibu bapa mendidik atau silap rakan sebaya yang mempengaruhi? Jika didikan ibu bapa sudah betul, itu ujian buat ibu bapa. Beberapa orang yang saya kenali diuji dengan ujian 'anak tak menjadi'. Anak perempuan dengan cara hilangnya malu yang menghias diri, anak lelaki dengan cara liarnya.


Jauh di sudut hati, saya tak ingin melihat orang-orang yang saya kenali (malah berhubungan rapat) tersasar dari jalan yang lurus ini... Sedihnya hati bila kita sendiri tak upaya untuk membantu. Hanya rantaian doa yang menjadi penghubung...

Ibu bapa mana yang tak susah hati jika anak sendiri sudah jarang pulang ke rumah, bahkan lebih menyedihkan, gemar ke kelab malam dan menghabiskan masa melepak bersama teman sebaya. Ibu bapa mana yang tidak sakit hati bila seorang anak yang dibesarkan sepenuh kasih sayang sudah pandai melawan cakap. Ibu bapa mana yang tidak terasa, bila mana seorang anak sudah pandai membelakangkan mereka dalam segenap urusan hidup. Ibu bapa mana yang tidak risau, bila anak-anak sudah mula 'lupakan' agama...




Allahu Rabbana... Engkau ringankanlah ujian yang melanda ibu bapa itu.. Berikanlah hidayahMu kepada anak-anak mereka, lembutkanlah hati-hati itu untuk kembali ke jalanMu... Mereka saudara-saudara kami, ya Allah... Engkau maafkanlah mereka... bukalah pintu hati mereka, ya Allah...



Duhai teman yang berstatus anak... Kenangilah betapa sukarnya pengorbanan ibu ayah membesarkan kita penuh kasih dan sayang... Tolong... Tolong jangan biarkan mereka menangis kesedihan atas segala tingkah laku kita...




Tuesday, March 8, 2011

Syukurku Hanya UntukMu...






Monday, March 7, 2011

Allahu Rabbi, Kurniakanlah yang Terbaik Buatku...

Dalam setiap bait-bait doa yang kita pohon kepada Allah s.w.t., pasti pelbagai hajat dipinta moga Allah kabulkan. Saya selalu membayangkan, jika seorang pengemis datang menadah tangan meminta sedikit wang dari kita, sayu dan belas membuatkan kita sudi untuk memberi. Tak sanggup rasanya menghampakan dia.



Apatah lagi Allah s.w.t. yang punya rasa belas dan kasih yang Maha Hebat. Jika hamba-hambaNya menadah tangan memohon segala hajat dan permintaan, yakinilah... Allah pasti mengabulkannya! Itu janji yang pasti, tapi dengan syarat... kita terlebih dahulu perlu melunaskan segala tanggungjawab sebagai seorang hamba. Jangan berkira untuk membuat amal kebaikan kerana Allah, supaya kelak Allah juga 'tidak berkira' untuk mengabulkan segala hajat yang kita pohon...

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka: sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah: 186).




Namun disebalik permintaan si hamba yang dilambatkan atau belum lagi dikabulkan lagi, terselit hikmah yang cukup besar tanda kasih sayang Allah buat hambaNya. Umpama seorang ibu yang melarang si anak kecil bermain dengan mancis, larangan itu tanda sayang yang punya hikmah penuh kasih. Tidak memberi atau melewatkan sedikit permintaan itu adalah tanda cinta, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk si hamba..

"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah: 216).



Yakinilah, setiap permintaan pasti dikabulkan oleh Yang Maha Pengasih...

Yakinilah, mungkin ada sesetengah permintaan yang dilewatkan sedikit kerana Allah ingin memberikan yang sangat terbaik buat kita!

Dan yakinilah, setiap sesuatu yang terjadi punya hikmah tanda kasih Rabbul Jalil buat si hamba...

Yakinilah... tiada satu pun yang mustahil dengan doa! Kerana Allah s.w.t. punya Keagungan yang menguasai seluruh 'Arasy...

Allahu Rabbi... kurniakanlah apa-apa yang terbaik buatku...

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih... kurniakanlah segala yang terbaik buat hamba... Allahumma Ameen...



Sunday, March 6, 2011

Melangkah untuk Berjaya!









Saturday, March 5, 2011

Kisah UIA, UTP, dan UITM

Dari UIA ke UTP
Ini kisah adik kedua saya, Hazirah Harif... seorang yang happy go lucky, optimis dan sentiasa ceria=) Pelajar master di UIA, tapi kerana minat... tetiba buka kedai masakan Arab di Universiti Teknologi Petronas (UTP).



Berpadu tenaga bersama sahabat, Asma' (pelajar UIA berasal dari Mesir) dan Mahmud (chef yang diimport dari Mesir=).. memang sangat sedap la masakannya! Moga Allah murahkan rezeki adikku dan kurniakan kejayaan dalam urusan hidupnya~ Ameen...

Dari UITM ke UIA

Ini pula kisah adik keempat saya, Hidayatul Najiah Harif... seorang yang matang, suka gelak dan agak tegas=) Pelajar perubatan tahun keempat di UITM Selayang. UIA dah jadi 'rumah kedua' Ida bila setiap hujung minggu akan bermalam di bilik kakaknya (Hazirah) dan menghabiskan hujung minggu bersama. Study, dan kadang-kadang keluar shopping bersama untuk membeli barang-barang keperluan. Manisnya!


Teringat zaman saya di UIA sebelum 2007 dahulu, adik-adik masih bersekolah kecuali yang kedua. Dan adik ketiga, Muhamad Hanif yang ketika itu menuntut di sekolah Tahfiz di KL, sering datang melawat saya di UIA. Kerana seronok dengan biah di UIA, saya memujuk adik-adik supaya memlilih UIA nanti! =) Tak sangka, 'dekat' juga tautan hati mereka dengan UIA (>.<)v

Moga Allah permudahkan urusan adik-adik saya dalam menuntut ilmu... Allahumma ameen..

Dari Sekolah ke UIA


Adik bongsu saya juga nampaknya pernah 'merasa' menuntut ilmu dan tinggal di UIA buat seketika. Hafizuddin Harif, seorang yang sangat baik, rajin dan agak kelakar=) Pandai memasak pulak tue! =) Sementara menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan nanti, Adin mengikuti kelas English Course di UIA selama 2 bulan.

Maka mereka bertiga 'bersatu' di UIA yang pernah menggamit memori indah saya suatu ketika dulu.. =) Moga Allah s.w. tempatkan adik bongsu kesayangan saya di Universiti terbaik buatnya... Ameen.


UIA Sentiasa Di Hati



Ini 'Taman Ilmu dan Budi' kesayangan saya... Kuliyah ilmu hidup dengan banyaknya, biah solehah memancarkan ketenangan buat jiwa, dan Islamisasi diterapkan. Guru-guru pensyarah kami pasti menyelitkan unsur-unsur Islam dan dakwah dalam pengajaran.

Yang paling best, sambutan Ramadhan di UIA sangat meriah. Sebelum subuh berduyun-duyun pelajar berjalan ke masjid untuk menunaikan qiamullail berjamaah. Sahur dan iftar disediakan untuk pelajar dengan tajaan pelbagai pihak. Tarawih di sebelah malamnya dipenuhi foreigners (pelajar dan pensyarah yang kebanyakannya dari negara Arab). Merdu alunan suara Imam (kebanyakan Imam dari negara Arab) menghabiskan 1 juzu' Al-Quran setiap malam menggamit kesyahduan malam-malam sepanjang Ramadhan. Tazkirah ringkas akan disampaikan oleh Imam seusai solat tarawih. Dan pada 10 terakhir Ramadhan, program iktikaf di masjid UIA dijalankan penuh meriah.




Subhanallah... rindunya pada saat bergelar pelajar di UIA! Bersama para sahabat dan guru, kami menuntut ilmu dan berukhuwwah di 'Taman Ilmu dan Budi' yang menerapkan Islamisasi sebagai asas ~ itu kemanisannya! =)




Friday, March 4, 2011

'Lulu' Si Sugar Glider

Adik saya, Muhamad Hanif memang penggemar binatang sejak kecil. Seingat saya, zaman kanak-kanak kami hinggalah sekarang, rumah kami memang akan ada 'family members tambahan' selain kami bertujuh=) Ikan, kucing, arnab, hamster, puyuh, burung, ayam katik, itik, dan yang terbaru... seekor sugar glider.

Binatang comel ini berasal dari Australia dan dipanggil 'sugar glider' kerana mempunyai 'wing' yang dapat dibuka untuk membolehkannya terbang/ menggelongsor di udara (ala-ala tupai).



'Lulu', nama yang Hanif berikan untuk sugar glider nie. Sangat comel dan baik, sebab tu timbul rasa sayang kat dia. he=) Fitrah hati memang akan sukakan benda yang comel (macam baby) dan yang baik-baik (orang2 yang baik, etc).


Selain Lulu, Mimi, dan ci Tomel juga 'menumpang kasih' di rumah kami sekarang=) Mimi si arnab dan ci Tomel si kucing yang manja.


Belajar dari alam dan dari binatang. Jika mereka amat sayangkan anak-anak mereka, kita sebagai manusia yang punya akal ini sepatutnya punya rasa malu andai sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Bergelut antara fitrah kasih sayang semula jadi yang Allah hadirkan dan maruah diri yang tercalar. Cuma iman yang dapat menyelamatkan!

E-book untuk peminat arnab: THE RABBIT CARE by Hanif Harif.