CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 24, 2011

Selamat Hari Lahir, Abah tersayang...



Masa kecil-kecil dulu, Abah selalu belikan mainan un
tuk kami. time budak-budak memang banyak benda yang teringin, nak mainan itu ini. Cakap je nak apa, Abah belikan. Mungkin masa kecil dulu Abah dibesarkan dalam keluarga yang susah, tak semua benda boleh dapat dengan senang. Sebab tu Abah cuba juga untuk penuhi hasrat anak-anak yang sering meminta macam-macam, itu dan ini...

Masa di zaman sekolah rendah, Abah yang selalu ajar kami buat kerja sekolah. Ada masa saya atau adik2 buat perangai tak nak ke sekolah sebab kerja sekolah tak siap, Abah tak pernah marah.. abah pujuk dengan tenang dan cakap: "ok, takpe, Abah boleh siapkan kerja sekolah nie", sambil cuba meniru tulisan tangan saya yang comot.. ~ Bila saya kenangkan kembali, saya tersenyum rindu... sebab Abah baik sangat...

Bila tamat darjah enam, Abah cakap nak hantar saya (anak sulung Abah) ke sekolah agama. Anak lelaki sulung (Muhamad Hanif), Abah nak hantar ke sekolah tahfiz. Sebab Abah dulu tak berkesempatan untuk ke sekolah agama... Mula-mula saya sedih sebab kena berjauhan dari Mama dan Abah, tapi Abah pujuk... tak rugi ke sekolah agama, nanti bila saya dewasa, saya akan faham... Dan kini, saya sangat memahami dan sangat berterima kasih pada Abah... kerana telah memilih pendidikan terbaik buat saya...

Meningkat remaja dan di alam universiti, Abah selalu pesan... Al-Quran jangan tinggal walau sehari... baca dan renungi selalu. Dalam keadaan apapun, sentiasa yakin dengan Allah! Semua yang terjadi ada hikmah dan kebaikan untuk kita... Buat baik dan tolong orang jangan mengharapkan balasan, sebab jika kita perlukan bantuan, Allah swt akan hantar orang-orang yang baik pula untuk menolong kita. Kata-kata Abah sentiasa sarat dengan pesanan positif dan ketenangan...




Abah mendidik kami melalui contoh dan peribadi Abah sendiri. Memberikan contoh tanpa perlu mengeluarkan sebarang arahan. Menghulurkan kasih tanpa henti, melayan dan memberikan segala yang terbaik, juga menjadi Abah yang sangat baik buat kami. Anak-anak dan sesiapa jua yang mengenali Abah, pasti menyenangi dan mengasihi Abah...

Bagi saya dan adik-adik,
Abah adalah insan yang sangat istimewa di hati sanubari kami... tanda kasih sayang Allah swt pada kami sekeluarga... kerana telah memancarkan sinar kasih dan cinta seorang Abah (dan Mama) yang memantulkan segala kasih dan belas Yang Maha Pengasih pada hamba-hambaNya ini...

Selama
t Hari Lahir, Abah... Anak-anak Abah ini akan sentiasa doakan kegembiraan, kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan syurga buat Abah... terima kasih, ya Allah... atas kurniaan seorang 'Abah' yang terbaik buat kami... sebab Abah baik sangat...




"Sungguh aku mengagumi sosok itu, yang suatu masa sering mendodoi tidurku, dengan Kalam Suci AgungNya.. Juga pada tangan yang semakin kasar dengan kepayahan dan jerih perit usahanya, serta raut wajah yang semakin bertambah kedutan usia pengalamannya.. Abah.. Insan teristimewa bagi kami, Nurdianah, Hazirah, Muhamad Hanif, Hidaya
tul Najiah dan Hafizuddin... Yang mendidik kami dengan contoh & teladan, dengan sabar & hikmah, juga dengan iman & amanah.. Kami menjadi saksi, bahawa tanggungjawab di pundakmu tergalas baik, bahawa dirimu ayah terbaik..! Allah, pertemukan kami kembali di syurgaMu, dengan redha seorang ayah, juga doa seorang anak.. Demi kasih ini, keranaMu.. SELAMAT HARI LAHIR, buat abah tersayang.. Dr Harif Fadzilah Che Hashim...




0 comments: