Seorang akak bercerita, anak perempuannya yang berusia 4 tahun sudah rajin bersolat=) Tanpa perlu disuruh, kanak-kanak sekecil itu sudah pun mempunyai 'rasa' dan 'tanggungjawab' untuk melakukan solat. Pernah waktu asar, tapi bersolat subuh. Waktu isya' tapi bersolat dhuha=)
Namun apapun, kerana dididik dan dilatih sejak kecil oleh ibu bapa dan guru, kanak-kanak ini membesar dengan rasa tanggungjawab untuk bersolat. Penuh rasa seronok kerana sudah terbiasa. Alhamdulillah, jika punya generasi seperti ini...
Namun apa yang terjadi pada kebanyakan remaja (bahkan ibu bapa) hari ini amat merunsingkan. Yang tidak tahu bersolat dan tidak mahu bersolat masih terlalu ramai. Bersolat tidak cukup 5 fardhu pun masih amat ramai. Dan yang paling ramai, bersolat penuh namun masih belum mampu mencipta rasa 'kemanisan'/ 'zuq' solat itu sendiri.
Rasa syukur bukan sekadar diucapkan di bibir, tapi perlu dizahirkan melalui amalan. Solat juga bukan sekadar dilakukan 'ala kadar', tapi perlu diusahakan sesempurna mungkin. Awal waktu, berjamaah, memahami maksud bacaan, teliti setiap pergerakan solat, lengkapkan dengan solat-solat sunat, dll.
Jika Rasulullah s.a.w. yang maksum dan telah dijanjikan syurga itu pun tenang dan rindu dengan solat di sepertiga malam kerana rasa CINTA dan SYUKUR, di mana pula status solat kita? Sekadar kewajipankah atau terbit dari rasa CINTA dan SYUKUR kepada Allah s.w.t.?
Jika kita cuba menjawab pertanyaan Allah s.w.t. dalam Surah Ar-Rahman, 'Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan', pasti kita punya rasa 'malu' andai segala infiniti nikmat yang dikurniakan ini amat jarang disyukuri melalui pembuktian amalan, terutamanya ibadah asas~ iaitu Solat!
Sanggup bangun malam untuk bertahajjud atau lebih sanggup bangun malam untuk menonton bola/ hanya ke tandas? Sanggup bersolat sunat atau lebih rela bersembang dan sekadar menonton TV (memang menyeronokkan!). Sanggup solat di awal waktu atau lebih senang berehat dan melewat-lewatkan solat? Sanggup belajar untuk memperbaiki solat dan memahami bacaan solat atau lebih rela biarkan saja (asalkan dah solat cukup!)
Nikmat kemanisan sesuatu perkara takkan terasa tanpa usaha dan mujahadah yang istiqamah. Bila dah terasa manisnya sesuatu perkara itu, nescaya Allah akan hadirkan ketenangan dan keberkatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata...
Jom muhasabah di mana status solat kita.... dan gandakan usaha untuk memperbaikinya mencapai tahap kemanisannya. Kita dimuliakan oleh Allah dengan Iman dan Islam... dan destinasi terakhir kita nanti pasti kemewahan dan keindahan syurga. Namun jika ditanyakan LAYAKKAH kita untuk syurga? Jawapannya pasti TIDAK!
0 comments:
Post a Comment