Sesuatu perjalanan pasti mempunyai matlamat dan arah tujuan.
Kapal yang belayar di lautan pasti punya destinasi dan halatujunya. Begitu juga kenderaan di darat dan di udara, pasti punya destinasi tertentu untuk dituju.
Kita sendiri memang sentiasa mengetahui dan menyedari, namun kurang menginsafi akan destinasi sebenar sebuah perjalanan kehidupan ini. Tahu dan sedar, setiap perjalanan kehidupan pasti berakhir dengan sebuah kematian. Yakin akan adanya syurga dan neraka, tapi jarang menginsafi destinasi terakhir di sana ditentukan oleh 'jalan' yang dilalui di sini.
Pastikah kita, 'jalan' dan 'lorong' yang telah kita pilih di sini benar-benar akan membawa kita ke destinasi terakhir yang membahagiakan di akhirat sana? Cuma ada 2 destinasi terakhir di sana ~ Syurga atau Neraka!
Allahu Akbar! Gerun rasanya tika memikirkan... Apakah benar-benar ter'arah' jalan yang telah kupilih ini? Dorongan Iman atau nafsukah yang memutuskan? Pandangan Allah atau pandangan manusiakah yang diambil kira dalam setiap genap amal perilaku dan seluruh ruang hidupku kini?
Bersamalah kita memilih jalan yang terbaik... biarpun terasa pahit untuk ditempuh di kala maksiat dianggap 'biasa', yakini iman di dalam hati... Manisnya terasa apabila Taqwa telah tersemai, dibajai Iman dan Istiqamah sepanjang menempuh jalan kebaikan ini. Mujahidah dan Doa adalah senjata paling ampuh yang perlu kita sediakan sebagai bekalan menempuh perjalanan berliku ini... Kerana kita benar-benar telah meyakini... Destinasi terakhir kita adalah Syurga dan Redha Allah s.w.t.!
Allahumma Yahdiina ila Shiraathikal Mustaqim...
0 comments:
Post a Comment