Si A: "Dia tu memang selalu moody pun, takde kerja lain, asyik nak marah orang je!"
Al-kisah, dari sakit hati ke mengumpat dan menjaja cerita... Dosa dapat, jiwa pun tak tenang.
Si B: "Takpe, dia ada la masalah atau tekanan yang tak dapat dielakkan tue.. Setiap manusia kan ada masa tenang dan masa tak tenteram masing-masing... Yang penting, fitrah kebaikan memang ada dalam jiwa setiap hamba Allah..."
Kisah tak best jangan diungkit-ungkit, pahala dapat, jiwa pun tenang;)
Jadi, siapa yang untung di sini? Buat apa la susah-susah fikir benda yang menyakitkan hati dan memeningkan kepala... Lepaskan saja segala keburukan atau kesilapan orang terhadap kita, jiwa pun tenteram.
Untuk diri, sentiasa mencari jalan untuk berakhlak dengan akhlak mulia dan membuat apa jua kebaikan terhadap diri + orang lain semata-mata kerana Allah... Jiwa terasa puas dan tenang, kerana fitrah kebaikan adalah 'tarikan semulajadi' buat setiap insan...
0 comments:
Post a Comment