Dia 'Sahabat' paling setia + paling lama yang pernah saya kenali...
Sewaktu masih kanak-kanak, dia kerap bertindak sebagai 'penyelamat' dan 'pelindung' saya. Pernah suatu ketika di tadika, saya menangis kerana kehilangan kasut. Dengan nada memujuk sambil menepuk-nepuk bahu saya, dia terus bertindak sebagai penyelamat lalu meredah kanak-kanak lain yang masih meluru keluar dari kelas. Mencari sepasang kasut di sebalik deruan kanak-kanak ribena;)
Sekolah rendah, saya masih cuba membiasakan diri setelah 3 kali berpindah sekolah (perpindahan kerana tuntutan kerja abah di hospital kerajaan). Berlainan sekolah, kawan silih bertukar ganti. Tika itu, dialah sahabat paling baik saya di zaman persekolahan dulu. Waktu rehat sering saja bersama;)
Tika di zaman sekolah menengah, saya agak 'syadid' dalam kebanyakan hal. Sekolah agama, perspektifnya lain dari remaja yang bersekolah harian biasa. Namun dia banyak 'betulkan' saya dalam hal-hal yang tak sepatutnya 'syadid' tak bertempat. Dan dalam keseluruhan hidup, dia banyak mengajar dan mengertikan hidup pada sesuatu yang positif dan gembira. Mindanya sering saja positif, hatinya sering saja ceria, dan perlakuannya sering saja menghiburkan...
Dia benar-benar seorang sahabat yang menyeronokkan! =) Alhamdulillah... atas kurniaan seorang 'sahabat sejati' tautan mahabbah sedarah sedaging saya~ Hazirah Harif... seorang adik yang ceria dan bertanggungjawab (pelindung dan penyelamat dalam banyak hal;). Selamat hari lahir, Jee... Sanah Helwah ya Habiibati~ Moga segalanya dipermudahkan Allah buatmu dalam urusan dunia ini.. Diberkati dalam segenap ruang hidup dan disatukan kembali kita semua di SyurgaNya kelak.. Ameen..
Hembusan kasih setulus Sutera Kasih Ilahi... buat seorang sahabat sejati a.k.a. adik comel nan seorang ini... (>.<)v
0 comments:
Post a Comment